Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

9 Perkara Yang Tidak Sepatutnya Kita Lakukan Ketika Ziarah Bayi Baru Lahir

with 2 comments

Assalamualaikum Dunia! 


Minggu ni banyak betul berita daripada saudara mara sahabat handai dapat ahli keluarga baru. Wall news feed facebook saya tidak lekang dari memaparkan berita kegembiraan ini. Sahabat di Bangi bersalin, kawan di selatan beranak, roomate masa belajar bersalin dalam kereta di Kuala Lumpur, sepupu di kampung menimang cahaya mata sulung, jiran selang sebuah rumah pon bersalin anak kelima dan banyak lagi kalau nak diceritakan. Tahniah saya ucapkan. Semoga dengan kehadiran bayi baru ini melimpahkan lebih banyak rezeki kepada kalian.


Saya ni memang suka cium bayi. Bau syurgalah katakan. Tak sabar nak pergi ziarah kenalan yang baru bersalin ini. Uols suka tak bau bayi? Seronokkan dapat cium, peluk-peluk bayi newborn. Tapi ingat yek! Nak ziarah bayi baru lahir ini ada adab dan etika. Kita tak boleh lepas laku sahaja. Ada 9 perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan ketika ziarah bayi baru lahir.

1. Jangan terus angkat atau dukung bayi sedang tidur


Kita tak tahu berapa lama mommy si baby ini 'bertarung' ambil masa hendak tidurkan bayinya. Mungkin baby dah beberapa jam meragam dan sukar nak ditidurkan. Kesian ibunya keletihan tidak cukup rehat apabila baby asyik menangis. Kita pula datang (kebetulan baby baru sahaja berjaya ditidurkan) dan sibuk hendak angkat-angkat, hendak dukung-dukung. Akhirnya baby terjaga. Saya rasa bukan saya sahaja akan rasa geram dan marah. ibu baby pun turut sama menahan kemarahan  dalam hati. 

2. Tidak Mengganggu Rutin Bayi

Pastikan semasa kunjungan kita tidak mengganggu bayi. Jika bayi sedang tidur, diberi makan atau dimandikan, biarkan si ibu menguruskan bayinya itu. Jangan sesekali cuba memandai-mandai atau cuba tunjuk pandai. kalau ada kesilapan si ibu dalam menjaga baby dia, tak salah hendak tegur, tapi biar dengan cara yang betul.


contoh:
kenapa tak bedung baby?...bla...bla..bla...
(sambil pandai-pandai ambil kain pergi bedung si baby).

Sepatutnya tanya dulu si ibu kenapa. Mungkin dia ada alasan yang tersendiri. Kalau pun dia memang tak tahu tentang itu, kita ni jangan pandai-pandai nak buat kerja amal tanpa disuruh. Kalau buat juga, saya rasa si ibu maki dalam hati je. Nak cakap direct, macam tak manis. Jadi maki dalam hati jelaaa. Lainlah si ibu minta tunjuk ajar atau minta tolong, masa tu barulah kita menolong.


3. Jangan datang waktu malam


Elakkan datang ziarah bayi baru lahir atau newborn pada waktu malam. Kita kena berfikiran rasional. Manalah tahu keadaan ibu bayi yang mungkin letih dan perlukan rehat. Ibu bersalin belum sihat sepenuhnya dan masih dalam fasa pemulihan berpantang. Jadi dia perlukan rehat yang lebih untuk gain energy semula selain nak menyesuaikan kehidupan fasa baru dengan baby.

4. Elakkan berziarah jika tidak sihat

Jika kita sedang demam, batuk atau selsema atau masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan penyebaran kuman dan virus, adalah lebih baik kita duduk di rumah dan berehat sahaja. Sistem imunisasi bayi yang baru lahir masih lemah dan mudah dijangkiti.

5. Pastikan kebersihan diri 


Walaupun kita sihat, tapi pastikan diri kita ini menjaga kebersihan. Kuku tangan hendaklah pendek. Tangan sentiasa bersih dibasuh sebelum memegang bayi. 

6. Hendaklah mengucap tahniah dengan lafaz

Ketika kita datang ziarah anak tersebut hendaklah mengucap tahniah kepada ibu bapa bayi dan lafazkan kepada bayi itu dengan  : بارك الله لك في الموهوب لك, وشكرت الواهب, وبلغ أشده, ورزقت بره “ Semoga keberkatan terlimpahkan kepadamu atas kelahiran ini. Bertambah syukur kepada Allah Yang Maha Pemberi kurnia. Dapat melihatnya sehingga dewasa. Dan dikurniakan kebaikan serta kebaktiannya.


7. Jangan tanya soalan-soalan sensitif 

Berikut adalah contoh beberapa soalan-soalan yang sensitif dan menjengkelkan dan tak perlu kita lakukan ketika ziarah ibu bersalin.

Contoh pertama: Kenapa kau tak kurus lagi ni?
Kalau ibu itu bersalin pembedahan memang tak kenalah soalan ini. Nak berpantang pun tak boleh sangat macam orang yang normal. Jadi  memang logiklah, perut  dan badan dia lambat nak turun. Jangan nampakkan kebodohan kita tanya soalan macam ni.






Contoh kedua: Baby minum susu badan je ke? Mana cukup khasiat kalau minum susu badan je.
Jangan tanya soalan macam ni. Nampak sangat kebodohan kita dan kurangnya ilmu kita tentang susu ibu. Sebenarnya susu ibulah yang terbaik di dunia ini. Jemput baca Kebaikan Susu Ibu Yang Perlu Kita Tahu

Contoh ketiga : Laa,cser.tak best la,beranak normal lagi best.
What the fish la, ingat dia suka-suka nak cser? Sentap sungguh si ibu bila kita tanya soalan ini. Jangan ditambahkan dukanya lagi takut kemurungan yang boleh membawa meroyan.

8. Jangan ambil gambar bayi guna flash.

Jangan buat begini. Nanti baby terkejut dan boleh menyebabkan mata dia jadi sakit bila terkena flash. Mata baby sensitif (kecil  lagi kan).  Baru-baru ini ada bayi menjadi buta kerana terkena flash kamera. Ini kisahnya dan klik di sini.



9. Bawa hadiah buah tangan


Belilah hati orang yang kita ziarah ni. Tak miskin pun kita kalau dapat beri hadiah buah tangan kepada bayi baru lahir ini. Bagi hadiah yang simple jer. Tak perlu mahal pun. Kalau saya suka bagi hadiah pada ibunya. Saya selalu bagi hadiah sebotol Zinc Complex atau Ostematrix.

Itu sahaja perkongsian entri kali ini. Semoga ia membawa banyak ilmu bermanfaat kepada kita semua. Ops terlupa saya. Tak nak tanyakah apa kebaikan zinc complex dan Ostematrix ini? Zinc dan Ostematrix ini adalah sebahagian daripada Set Bersalin Shaklee. Uols boleh baca perinciannya dengan klik Kebaikan Set Bersalin Shaklee


Testimoni berpantang terbaik

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan mengenai Shaklee boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

2 comments:

  1. Bismillah,

    9 adab yang baik untuk perkongsian...:)

    ReplyDelete
  2. bagusnya perkongsian nie...especially bab2 jgn pandai2 nak komen cara ibu tu jaga anak dia...kita pun bukanlah pandai sangat dlm hal nie...

    ReplyDelete

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Promosi September 2016

Promosi September 2016
Jangan lepaskan peluang ini

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?