Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Tips Sebelum Balik Kampung dan Cuti Panjang

with 0 Comment

Balik kampung! Hati girang!


Wah seronoknya nak balik kampung! Tak sabar nak jumpa orang tersayang. Suasana raya di kampung semakin menggamit diri. Segala persiapan balik kampung sudah pun hampir selesai. Lagu-lagu raya sudah pun di downoad ke dalam thumb drive untuk menambah kemeriahan hari raya sepanjang perjalanan pulang ke kampung. Tapi sudahkah kita double check apa yang penting sebelum kita balik kampung? Jom kita baca tips sebelum balik kampung dan cuti panjang ini. Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua.


1. Tutup punca kuasa elektrik 


Perkara paling penting sebelum kita keluar rumah. Tolong periksa semua plug dan pastikan kita tutup dan cabut plug dari soketnya. Jika kita balik kampung untuk seminggu dan anda water heater/boiler kat umah, sila offkan dulu boiler tu. Takut nanti air di dalamnya kering dan 'meletup'. Jangan kita berputih mata dapat tahu rumah kita terbakar nanti.

2. Tutup kepala tong gas memasak


Bagi yang memasak guna gas silinder, ini merupakan langkah pencegahan kebakaran yang perlu dilakukan. Tutup kepala tong gas silinder. Jangan dibiarkan injap gas terbuka kerana risiko berlaku kebocoran gas adalah tinggi. Malang tidak berbau.

3. Kosongkan air kolah


Kalau rumah ada kolah kecik dalam bilik air, sebolehnya kosongkan dulu. Kalau ada penutup kolah, itu lagi bagus. Pastikan segala tempat yang ada takungan air di dalam rumah dan di luar rumah dibersihkan dan dikeringkan. Jangan jadikan diri kita usahawan penternak nyamuk aedes tak bertauliah pula. :)

4. Simpan segala barangan berharga di tempat yang selamat


Ni dekat nak raya ni, penyamun perompak pakat dok intai umah kita nak buat 'kenduri'. Tentu sekali kita tak mahu rumah kita jadi tempat 'kenduri' pencuri kan. Jadi, simpan barangan berharga di tempat yang selamat. Jangan dibiarkan di ruang tamu kerana kecuaian sebegini akan memudahkan 'projek' pencuri tersebut. 

5. Kunci semua pintu dan gril


Yang ni pasti kebanyakan kita tak akan gagal lakukan. Tapi, pintu bilik kunci tak? Memang lecehla kan nak kunci semua pintu bilik. Betul tak? Demi keselamatan takkan takleh buat kot? Mencegah lebih baik dari mengubati guys! Kuncilah semua pintu di rumah kita.

6. Buka lampu dalam rumah


Bunyi macam membazir letrik, tapi kaedah ini sangat membantu! Tambah kalau rumah ada pasang automatik light. Setkan time pukul berapa nak on dan off lampu. Pastikan time dekat nak maghrib tu lampu tu automatik akan on dengan sendirinya. Subuh esoknya ia akan padam kembali. Hati pun tak risau jika kita tinggalkan rumah kita lama.

7. Buang sampah


Jika nak rumah diserang ulat dan berbau busuk silalah jangan buang sampah. Baunya memang semerbak. Boleh pengsan! Jadi pastikan kita meninggalkan rumah kita dengan keadaan sampah kosong. Bukan rumah orang lain pun. Rumah kita jugak yang bersih nanti. Rumah kita ni kan syurga kita.

8. Telefon bimbit dan gajet


Dunia sekarang memang tanpa smartphone macam rasa hidup dalam gua. Rasa macam hidup ini tak berguna. Jadi memang patutlah ramai yang claim ini nyawa kedua. Pastikan kita jangan lupa bawak handphone. Charger pun penting jugak. Lagi bagus kalau ada powerbank, time travel ni memang powerbank sangat berguna! Kat kampung nanti takyah berebut soket ngan anak buah sedara mara.

9. Servis kereta


Pastikan kereta kita dalam keadaan tip top. Servis kereta untuk memudahkan perjalanan kita. Jangan sampai tersadai di tepi jalan kerana kehabisan air bateri, temperature naik, minyak itam kering dan sebagainya. Memang tension tau kalau kereta buat hal kat jalan! 

Last, but not least.....

10. Baju raya


Ini memang mustahak. Jenuh dok bershopping di jalan TAR, Plaza Alam Sentral bagai tapi terlupa bawak baju raya. Menangis tak berlagu dibuatnya. Pastikan baju raya kita, pasangan kita, anak-anak kita di bawa. Periksa dulu booth kereta tu banyak kali. Takut tertinggal beg pakaian di rumah plak.

11. Supplement dan vitamin

Musim perayaan ini macam-macam juadah lazat dihidangkan.Rumah sana ada menu special, rumah sini ada daging rendang, hujung kampung ada ketupat bagai... Pendek kata makanan di musim raya ni memang lazat dan sukar ditolak. Perut yang sebulan puasa ni macam terkejut tetiba dalam satu hari sumbat macam-macam makanan. Jadi kenalah bawa vitamin ini untuk jaga kesihatan kita sentiasa sihat. Amalkan vitamin perayaan ini:


Omega guard - Mengawal dan menghapuskan kolestrol jahat dalam darah kita



Phytocol - Bertindak menghalang kolestrol jahat memasuki dalam darah kita. Ambil sebiji sebelum menjamah makanan. Insyallah kolestrol tak dapat meresap masuk dan kita pun bolehlah melantak makanan tanpa takut kepada kolestrol.



Nutriferon - Untuk kuatkan sistem imunisasi badan kita. Tak seronok tetiba kita demam pula masa raya kan.... 



Vitamin C - Antioksida. Juga untuk kuatkan antibodi dalam badan kita. Selesema ke resdung di pagi raya confirm hilang di pagi raya.

Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:
♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 0192249556
♥Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya



Akhir sekali, saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada pembaca setia blog saya khususnya dan semua umat muslim amnya. Maafkan segala salah silap saya selama mana saya berblog dan bershaklee dgn uols. Saya sayang uols! 

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Promosi September 2016

Promosi September 2016
Jangan lepaskan peluang ini

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?