Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Wanita Yang Nak Hamil Perlu Elak Punca Yang Menyebabkan Rahim Jatuh

with 3 comments

Ramai wanita tidak sedar rahim mereka jatuh

Ramai yang tidak tahu bahawa rahim jatuh boleh menyebabkan sukar untuk hamil. Ramai juga wanita yang tidak menyedari rahim peranakan mereka jatuh. Wanita yang nak hamil perlu elak punca yang menyebabkan rahim jatuh. Tapi benarkah rahim jatuh akan menyebabkan kesukaran hamil? Jeng... jeng... Jom baca entri ini sampai habis untuk mengetahui jawapannya.


Tanpa kita sedari ada banyak aktiviti yang kita lakukan boleh menyebabkan rahim jatuh. Mari kita ambil tahu apakah punca rahim jatuh?

Punca rahim jatuh

Jatuh terhentak dengan kuat

Kemalangan yang kecil pun akan menyebabkan rahim jatuh jika punggung anda terhentak. Saya sendiri tak sedar kedudukan rahim saya jatuh, sehingga saya berurut untuk menghilangkan kelesuan badan. Kata makcik tu rahim saya jatuh, dan dia urut untuk betulkan semula rahim saya. Bila difikirkan, saya cuma pernah jatuh sekali sahaja disebabkan lantai licin.


 

Angkat benda yang berat

Mengangkat benda berat boleh menyebabkan peranakan kita jatuh. Oleh itu, elakkan mengangkat benda berat. Contoh benda berat? Alihkan meja, angkat beg baju, alihkan mesin basuh, dan sebagainya.


Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin

Jika ibu bersalin baru melahirkan atau keguguran, pastikan kita berpantang dengan betul bagi mengelakkan bentan, sakit-sakit badan & rahim jatuh. Set Berpantang Shaklee adalah teman terbaik untuk ibu bersalin semasa berpantang.


Tolak benda dengan kaki terutama sekali menggunakan ibu jari

Satu lagi punca peranakan jatuh yang ramai wanita tak tahu ialah menolak benda dengan hujung kaki iaitu ibu jari kaki. Awas! Jangan sesekali buat macam tu kalau sayangkan peranakan kita.


Seks terlalu ganas

Jika wanita mempunyai masalah rahim lemah semasa mengandung, selepas bersalin atau disebabkan keguguran, seks yang terlalu ganas boleh menjadi punca rahim jatuh. Para suami kena faham keadaan isteri masing-masiing. Perlu pandai mainkan peranan dan jangan nak sedap sahaja.


Pergerakan yang lasak

Aktiviti lasak seperti menunggang kuda atau  menunggang jet ski boleh menjadi punca rahim jatuh. Atlit wanita memang terdedah gejala rahim jatuh.




Bagaimana nak tahu sama ada peranakan kita jatuh? 

Kita boleh lakukan pemeriksaan sendiri. Senang sahaja caranya.
  1. Baring lurus dan jangan gunakan bantal.
  2. Sapu minyak gamat / minyak serai /minyak kelapa / minyak kelapa dara pada perut dan atas tundun especially di bawah pusat.
  3. Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
  4. Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
  5. Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
  6. Bernafas seperti biasa. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas tundun.
  7. Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, sah peranakan kita dah jatuh

Kesan akibat peranakan jatuh boleh baca kisah ni, klik link di bawah
Rahim Jatuh Akibat Tidak Berpantang selepas Bersalin

Rawatan Untuk Rahim Jatuh

  • Kebiasaannya, mak bidan akan urut dan naikkan balik rahim kepada kedudukan asal.
  • Selain itu boleh amalkan senaman kagel tu. Cara ini pon boleh membantu. 
  • Tapi sebaiknya buat urutan sengkang rahim dulu dari mak bidan...
  • Selepas itu boleh amalkan Set Menaikkan Rahim Shaklee


Energizing Soy Protein (ESP) berfungsi untuk menguatkan sel-sel otot rahim supaya otot rahim menjadi kuat semula. ESP yang kaya dengan protein akan menjadi makanan utama sel-sel dalam tubuh badan kita. Apabila sel dalam otot rahim mendapat makanan yang berkualiti, ia menjadikan otot rahim menjadi kuat dan berfungsi dengan baik.

Alfalfa Complex adalah herba yang dipanggil kacip fatimah moden. Pengambilan Alfalfa dengan dos dan aturan makan yang betul akan menjadikan rahim kita kuat. Insyallah membantu menaikkan rahim ke kedudukan yang asal.

Set Menaikkan Rahim Shaklee ini terdiri daripada vitamin semulajadi yang selamat dan sesuai untuk semua wanita, termasuk ibu mengandung. Insyallah dengan mengamalkan set ini secara konsisten akan dapat membantu menaikkan peranakan yang jatuh dan menguatkan rahim sekaligus mengelakkan  rahim kita jatuh lagi.

*perhatian: kepada yang mengalami rahim jatuh kronik atau dah teruk, sila dapatkan nasihat dengan doktor pakar dengan segera.

Benarkah rahim jatuh akan menyebabkan kesukaran hamil?

Ya! Rahim jatuh boleh menjadi punca kita susah untuk mengandung. Kedudukan rahim yang lari dari tempat asal akan menyebabkan persenyawaan sukar untuk berlaku. Sebab tu ibu yang baru bersalin biasanya akan berurut sengkak rahim untuk membetulkan semula kedudukan rahim supaya tiada masalah untuk mengandung semula.



Dari segi perubatan moden, kedudukan rahim yang berubah dari tempat asal boleh menjejaskan kesuburan. Kedudukan yang berubah itu termasuklah rahim jatuh atau  rahim terbalik.

Jika anda sedang berusaha untuk mengandung dan mengalami rahim yang lemah atau jatuh silalah mengamalkan Set Menaikkan Rahim Shaklee. Kalau ada bajet lebih boleh amalkan sekali dengan Set Kesuburan Shaklee. Usaha itu tangga kejayaan. Kita ikhtiar dulu dan jangan sesekali berputus asa tentang zuriat. Teruskan usaha dan jangan lupa berdoa kepada Allah yang Maha Pemurah.


Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:
♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 0192249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya




3 comments:

  1. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Kesuburan

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. tips yg sgt membantu.. trutama utk ibu dan bakal ibu zmn skrg ni ...

    ReplyDelete

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?