Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Tips Untuk Elakkan Cyst Daripada Berulang.

with 0 Comment

Jangan biarkan cyst mengganggu hidup kita!



Oh lama saya tak updet blog kesayangan saya ini. Kepada follower blog ini saya mohon jutaan kemaafan kerana membiarkan uols tertunggu-tunggu. Saya sekarang ni sedang gigih marathon puasa selama sebulan. Almaklumlah bersalin 4 hari sebelum Ramadhan tahun lepas. Kenalah ganti puasa. Hari ni 4 Sya'ban saya baru dapat selesaikan 18 hari. Adoooi banyak hari lagi ni!

Tetapi bisnes Shaklee tetap  beroperasi seperti biasa. Walaupun sibuk berpuasa disamping membelai anak bongsu saya Iman Izziqry yang sudah pun mencecah umur 11 bulan, saya masih melayan smartphone saya yang sentiasa berbunyi tak mengira waktu. Tanpa uols siapalah saya. Betul tak?




Sejak akhir-akhir ini saya sering mendapat pertanyaan mengenai cyst. Ramai yang bertanya apa tips untuk elakkan cyst daripada berulang. Penyakit ini memang antara penyakit yang popular di kalangan wanita. Perasaan fobia dan trauma itu sentiasa menjadi igauan ngeri kepada mereka yang telah sembuh daripada cyst. Persoalannya di sini, bolehkah cyst ini berulang sekali lagi?




Ramai yang beranggapan selepas cyst yang kecut atau dibuang pasti dirinya akan terhindar dari penyakit ini selama-lamanya. Tidak! Ada yang kembali mengidap cyst selepas 4 tahun membuang cyst melalui pembedahan. Ada juga terpaksa menjalani pembedahan membuang cyst berkali-kali. Sebenarnya tiada jaminan cyst yang dibuang tidak akan wujud semula.

Cyst yang terbentuk boleh dibuang dengan melakukan pembedahan tanpa mencederakan ovari. Teknik ini dinamakan cystectomy, yang bermakna mengeluarkan cyst sahaja daripada ovari dan ovari dikekalkan untuk kesuburan wanita.

Namun begitu, cyst yang baru boleh muncul lagi walaupun yang lama telah dibuang. Ianya boleh tumbuh di tempat yang sama ataupun di ovari sebelah satu lagi walaupun pembedahan cystectomy telah dilakukan.





Apa yang saya belajar tentang cyst ni ialah ianya adalah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebasIa boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan


Apa itu radikal bebas?

Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan barah. 

Jom baca pengalaman saudara kita ini



Saya setuju 100%. Penggunaan bahan kimia dalam produk seharian kita seperti bahan pencuci, bahan kecantikan, dalam pemakanan sememangnya punca utama cyst. Sebab tu kita kena amalkan pemakanan yang betul dan sihat, gaya hidup yang sihat dan jadikan suppleman sebagai vitamin untuk kesihatan dalaman, cuci apa yang patut, buang apa yang tak perlu dan biarkan tubuh hasilkan sel-sel baru yang lebih sihat.

Untuk mengelakkan cyst daripada berulang, saya selalu cadangkan kepada customer saya untuk amalkan set vitamin ini.



Vitamin ACE


Vitamin Ace terdiri dari Carotomax (Vitamin A), Vitamin C dan Vitamin E. Ketiga-tiga vitamin ini merupakan rangkaian anti-oksidan yang penting untuk membunuh hormon xenoestrogen. Vitamin ACE juga dapat menyingkirkan radikal bebas yang terdapat dalam badan kita sekaligus  mengelakkan cyst daripada berulang lagi

Memang ada kes dah makan GLA dan alhamdulillah cyst mengecut. Tapi kemudian cyst membesar semula. Faktor ini disebabkan oleh root cause tidak diselesaikan, iaitu xenoestrogen tidak dihapuskan sepenuhnya oleh Vitamin ACE.

Jom kita bersuai kenal dengan lebih terperinci lagi. Sila klik Kebaikan Vitamin ACE






Kalau nak cuba GLA Complex sahaja boleh ke?

Boleh kalau nak cuba GLA saja, cuma adalah lebih digalakkan untuk menggabungkan GLA bersama Vitamin ACE kerana GLA hanya membetulkan ketidakseimbangan hormon manakala ACE menghapuskan hormon xenoestrogen. Estrogen dan progesteron akan diseimbangkan supaya tiada yang lebih dari yang lain. Untuk mereka yang mempunyai cyst adalah dicadangkan untuk amalkan GLA Complex ini kerana ia dapat mengecutkan cyst.
Apapun pengidap cyst perlu dapatkan rawatan dan nasihat doktor terlebih dahulu kerana dikhuatiri jika cyst terlalu besar, kemungkinan pembedahan  membuang cyst perlu dilakukan segera.

Jadi saya nak ingatkan uols semua, sesiapa pun boleh terkena cyst jika tidak ambil berat gaya hidup, amalan pemakanan, kekurangan nutrisi dan sebagainya. Kepada yang trauma dan takut cyst ini berulang sekali lagi silalah amalkan set vitamin ACE ini. Jangan biarkan diri kita diselubungi duka lagi. Kita berikhtiar untuk jaga kesihatan kita pada tahap yang terbaik! Insyallah.


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee 
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?