Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Kenapa Halimatus Saadiah Enggan Menyusukan Rasulullah?

with 0 Comment


Memang Halimatus Saadiah ibu susuan Nabi Muhammad SAW. Tapi tahukah kita bahawa Halimatus Saadiah pernah menolak untuk menyusukan Rasulullah ketika kali pertama ditawarkan oleh Aminah? Kenapa Halimatus menolak pada awalnya?




Nabi Muhammad sebelum disusui oleh Halimatus, sebenarnya tidak mendapat tempat di hati para ibu susuan dari desa yang datang ke Kota Mekah adalah semata-mata untuk mencari bayi yang hendak mereka susui.


Hanya kerana baginda anak yatim dan apabila ditawarkan untuk menyusukan Nabi Muhammad kesemua ibu desa tadi enggan menerima baginda sebaik sahaja mendapat tahu bahawa nabi adalah anak yatim.

Kelazimannya para ibu ini mengharapkan agar mendapat sesuatu kebaikan atau imbuhan lumayan dari bapa bayi. Anak yatim akan menyebabkan mereka gagal mendapatkan upah dan jika diberi oleh datuk atau ibu bayi pun ganjarannya tidaklah lumayan.


Nabi Muhammad juga tidak terlepas dari menjadi sebahagian dari amalan ini walaupun pada awalnya baginda telah disusui oleh ibunya sendiri, Siti Aminah dan diikuti Thuwaibah, hamba perempuan milik bapa saudara baginda, Abu Lahab yang ketika itu sedang menyusui bayinya sendiri, yang bernama Masruh.




Namun Nabi Muhammad masih perlu disusui dalam suasana yang lebih baik berbanding di Kota Mekah walaupun kota tersebut merupakan kota Ibadat dan menjadi tumpuan oleh ramai pengunjung setiap tahun yang datang untuk mengerjakan haji dan menemui mereka yang alim dan kuat beribadat di situ.

Lalu, keluarga Rasulullah terutama datuk baginda, Abdul Mutalib mencari-cari ibu susu untuk menyusukan cucunya itu yang antara lain bertujuan supaya baginda Rasulullah tidak dijangkiti penyakit-penyakit sama ada dari serangan virus atau kuman mahupun penyakit yang merosakkan pemikiran.

Sebenarnya menghantar bayi ke desa-desa adalah penting bagi memastikan si anak mempelajari Bahasa Arab jati, fasih dan asli.

Lalu siapakah wanita desa yang bertuah dapat menyusui baginda dan dapat menyaksikan sendiri Nabi Muhammad membesar di tangannya?


Tentu sekali nama yang telah sering menjadi sebutan, Halimah atau dikenali juga Halimatus Saadiah (kerana berasal dari Bani Saad) binti Abu Dhuayb, isteri kepada al Harith bin Abdul Uzza yang terkenal dengan gelaran Abu Kabsyah dari kabilah yang sama.



Lalu diceritakan Halimah antara wanita-wanita dari desa Bani Saad yang beramai-ramai keluar dan menuju ke Mekah untuk mencari bayi dan dibayarkan upah apabila mereka menyusui bayi-bayi itu.



Mereka terpaksa keluar untuk mencari upah itu akibat tekanan dari musim kemarau yang menimpa kampung mereka.



Halimah dan suaminya bersama seekor keldai tua, bernama Qamra dan unta betina yang juga sudah tua dan telah kering susunya menuju ke Mekah dengan penuh kepayahan.




Mereka sering terpaksa berada dalam kelaparan kerana tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi dan unta yang tidak lagi mampu mengeluarkan susu.



Setiba di Mekah, Halimah merupakan ibu susuan yang sanggup menerima Nabi Muhammad setelah ibu-ibu lain enggan menerima baginda kerana status anak yatim yang dimiliki oleh baginda itu.



"Demi Allah, saya tidak akan pulang semula ke desa tanpa seorang bayi pun untuk saya susui," katanya kerana kesukarannya untuk mendapatkan bayi untuk dibawa pulang.


Halimah sama sekali tidak mengetahui gerangan tuah si bayi kecuali mengambil baginda kerana Nabi Muhammad satu-satunya bayi yang masih tinggal minta untuk disusui oleh ibu-ibu susu.

Namun suami Halimah berkata: "Tidak ada salahnya kamu mengambil bayi itu, mudah-mudahan Allah memberikan kita keberkatan pada bayi itu," kata Al Harith.

Lalu Halimah membawa Nabi Muhammad yang masih bayi itu untuk disusui walaupun dirinya dalam keadaan yang serba kekurangan termasuk susu badannya yang semakin berkurangan.

Namun dihulurkan juga kepada Nabi Muhammad untuk menyusu badan dan tidak semena-mena didapati bayi itu menyusu dengan enak dan puas seolah-olah terdapat banyak bekalan susu dari badan si ibu susuan itu.

Sehinggakan Rasulullah kemudiannya dapat tidur dengan lena seperti kekenyangan dan cukup bekalan susunya.

Malah ketika suami Halimah keluar, melihat unta betinanya yang sudah tua itu didapati unta itu juga dapat mengeluarkan susu dengan banyak sehingga tidak tertampung untuk diminum.

Ini membolehkan Halimah sendiri dapat menambahkan bekalan susu dalam badannya apabila beliau sendiri dapat minum susu unta dengan banyaknya.

Pada keesokan paginya, Al Harith berkata kepada isterinya: "Demi Allah, ketahuilah Halimah, sesungguhnya engkau telah mengambil seorang manusia yang sangat diberkati. Jika tidak manakan engkau dapat menyusukan bayi ini dengan bekalan yang banyak dan unta yang tiba-tiba juga mengeluarkan susu dengan begitu banyak sekali," katanya.

Tanda-tanda keberkatan dan kelebihan Rasulullah tidak henti setakat itu sahaja, sebaik tiba di perkampungan Bani Saad lebih banyak keajaiban yang berlaku.

Sedangkan kampung itu paling teruk di landa kemarau, tetapi didapati kambing-kambing peliharaan Halimah dan suaminya, yang ditinggalkan sepanjang pemergian mereka ke Mekah turut mengeluarkan susu yang banyak.

Seolah-olah kambing-kambing itu dapat meragut rumput-rumput sedangkan kesemua tumbuhan dan rumput mati akibat musim kemarau yang melanda.

Sejak mengambil Nabi Muhamad sebagai anak susunya, hidup Halimah sekeluarga benar-benar berubah kepada yang lebih baik berbanding orang lain. 



Penyusuan susu ibu sehingga hari ini masih lagi dikaitkan dengan kata sinis dan menganggap ia merupakan budaya arab jahiliah walaupun Nabi Muhammad Saw turut menerima penyusuan susu ibu dalam tempoh 2 tahun.

Susu ibu adalah terbaik di dunia dilengkapi segala keperluan nutrisi mencukupi untuk pertumbuhan bayi dan kanak-kanak. Jadi hendaklah ibu-ibu di luar sana berazam dan bertekad untuk menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun. 

Jom saya belanja uols sebuah video pendek yang menceritakan seorang ibu bekerjaya yang sangat gigih dan kental untuk menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun.


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.


Ibu menyusu yang mencari supplement untuk penyusuan susu ibu boleh klik link di bawah:

Vitamin Ibu Menyusu




Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019-2249556 atau 016-5199271

♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Promosi September 2016

Promosi September 2016
Jangan lepaskan peluang ini

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?