Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Tidak Sempurna Seorang Ibu Jika Tidak Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

with 0 Comment

Susu ibu adalah susu terbaik di dunia!


Bagi saya gelaran ibu tidak boleh diperolehi sebaik sahaja kita selesai bersalin dan memperolehi cahaya mata jika kita tidak ada niat nak menyusukan bayi kita. Tidak sempurna seorang ibu jika tidak menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak berusia 2 tahun. Kenapa nak bagi susu formula pula? Kita yang bersusah payah mengandung 40 minggu tetiba apabila lahir terus diberi susu formula pula. Tak adilkan?


Sebelum itu mari kita lihat kisah ibu yang melahirkan anak pramatang tidak cukup bulan berusaha untuk memberikan susu ibu kepada bayinya. Susu ibu penuh keajaiban. Akhirnya.... Oooops! Nak tahu kisah seterusnya sila lihat sebentar video di bawah ini.



Untuk menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun wajib perlu ada ilmu-ilmu penyusuan. Ramai ibu yang gagal kerana kurangnya ilmu penyusuan. Hanya try and error dan itu menyebabkan berlakunya andaian sendiri sehingga menggagalkan usaha murni ini. Semangat yang berkobar-kobar akhirnya terkulai layu dek kerana ceteknya ilmu penyusuan di kalangan para ibu.

Entri kali ini saya nak berkongsi mengenai apakah persediaan menjayakan penyusuan susu ibu yang sewajarnya dilakukan oleh para ibu. Nampak macam mudah tetapi perlu ada strategi dan taktikal ampuh untuk kita menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak berusia 2 tahun.

1. Persediaan Mental


Yang penting sekali niat. Nak buat sesuatu mesti ada niat. Kena pasang niat awal2 untuk menyusukan anak. Mesti ada sifat macam ni,"Aku yang penat-penat mengandung, tapi kenapa nak bagi anak aku susu lembu pula. Anak aku mestilah dia minum susu aku!"

2. Pam



Sebelum bersalin belilah pam susu. Belilah jenama yang baik. Ikut kemampuan masing-masing. Yang penting ia mudah dibawa, ringan senang diselenggara. Saya suka medela kerana ia portable. Boleh mengepam susu sambil buat kerja di opis.


3. Breastmilk Storage Beg / Bottle



Hargailah susu yang kita pam tadi dengan menyimpan  di dalam bekas yang baik dan berkualiti. Belilah storage plastic beg. Tak mahal pun. Storage plastic ni kedap udara dan susu dijamin bersih sentiasa. Boleh juga guna storage bottle. 


4. Cooler beg untuk simpan susu




Cooler beg amat berguna jika kita dalam situasi mobile seperti berada di pejabat, sedang melancong, berada dalam kereta dan sebagainya. Apabila selesai mengepam, simpanlah storage plastic ke dalam beg ice ack. Sediakan cooler beg dan juga ice pack. 3 ice pack cukup untuk simpan susu selama 8jam. Maximum 3 ice pack tahan sehingga 12jam. Jika tempat kerja ada peti ais, lagi mudah. Boleh simpan sementara dalam peti sejuk sebelum bawa balik ke rumah.



5. Demand vs Supply


Konsep demand & supply sangat penting dalam penyusuan. Ianya konsep yang mudah.

Semakin banyak permintaan susu dari bayi, maka ibu pun semakin kerap mengosongkan payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu. Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! . Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.



6. Supplement /  milk booster





Mengapa ibu menyusu perlu ambil supplement atau milkbooster? Ibu menyusu perlu sentiasa memastikan kesihatan dan tenaga berada dalam tahap terbaik. Untuk mengekalkan kecergasan sepanjang masa adalah digalakkan ibu menyusu untuk mengambil vitamin ibu menyusu


Selain itu amalan supplement ini dapat menggalakkan penghasilan susu ibu dengan cepat. Jadi konsep demand and supply dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. Susu ibu pula akan lebih meriah, berkhasiat dan mengenyangkan. Insyallah bayi kita tidak kerap merengek kelaparan untuk menyusu di waktu malam lagi. Tak percaya? Kenalah cuba sekarang!




7. Deep Freezer / Chest Freezer



Adalah dinasihatkan untuk membeli peti ais yang baru. Saya sendiri ketika menyusukan anak saya Ilmuna Izzahra terpaksa untuk membeli peti ais yang lebih besar untuk menyimpan stok susu ebm.

Boleh juga untuk membeli deep freezer atau chest freezer. Terpulang dengan kemampuan masing-masing.



8. Lain-lain.

Lain-lain keperluan ialah seperti baju nursing, nursing bra, nursing cover dan sebagainya. Tidak dinafikan semua ini sangat membantu kita dalam menyusukan anak. 


Inilah rezeki anak saya Iman Izziqri. Syukur Alhamdulillah


Stok Susu EBM yang dapat dihasilkan ketika saya berpantang. Banyakkan?

Semoga perkongsian saya kali ini dapat membantu dan membakar semangat para ibu di luar sana untuk berazam menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Ingat! Anak kita berhak untuk merasai nikmat susu ibu. Susu ibu adalah susu terbaik di dunia. 

Jika  nak tahu mengenai vitamin ibu menyusu yang terbaik boleh klik link di bawah ini:



Vitamin Ibu Menyusu : Milk Booster untuk Ibu Bertenaga & Anak Sihat







Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.






0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Promosi September 2016

Promosi September 2016
Jangan lepaskan peluang ini

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?