Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Bayi Saya Colic Kembung Perut Kerana Terlebih Foremilk Daripada Hindmilk

with 1 comment

Bayi meragam di waktu malam memang meletihkan!


"Anak awak ni colic. Kembung perut dan angin tak lepas. Itu yang dia meragam." Kata Doktor Asyikin Klinik An-Nisa' Subang Bestari.

"Tapi doktor, saya hanya beri dia susu ibu. Takkan boleh colic juga. Susu ibukan cepat hadam? " Balas saya dengan rasa hairan.

"Ya betul cepat hadam. Perkara ini amat jarang berlaku kepada bayi yang menyusu susu ibu. Tapi mungkin dia terminum lebih foremilk daripada hindmilk." Doktor Asyikin memberi penjelasan...


Ya Allah! Iman, maafkan Mama! Baru-baru ini anak ketiga saya Iman Izziqry meragam sepanjang malam. Nak kata demam tak pula. Bacaan suhu termometer menunjukkan suhu badan dia normal. Syak dia kembung perut dan sapu minyak yuyi di perut pun boleh legakan dia 15 minit jer. Lepas tu Iman akan merengek semula. Malam tu saya dan suami bergilir-gilir menenangkan Iman sehingga pagi. Rabak mata ni dibuatnya. 

Risau keadaan ini berlarutan panjang, kami bawa Iman jumpa doktor pada siangnya. Takutlah kalau-kalau Iman dijangkiti penyakit lain pula. Mujur doktor cakap Iman colic kembung perut kerana terlebih foremilk daripada hindmilk. Ini semua salah saya kerana tidak memastikan Iman menyusu dengan kadar formilk dan hindmilk yang seimbang dan betul.

Yang sebelah kiri itulah foremilk, sebelah kanan pula ialah hindmilk

Apakah perbezaan foremilk dengan Hindmilk?

Foremilk
  • Susu yang berada di 'hadapan' kilang susu ibu (bahagian dalam breast)
  • mengandungi gula semulajadi, vitamin, karbohidrat, protein, mineral dan air dan vitamin tetapi tidak cukup lemak.
  • Tinggi kandungan air dan nampak lebih cair
  • Warna kehijauan atau kebiruan  

Hindmilk
  • Susu yang berada di 'belakang' kilang susu ibu (bahagian dalam breast)
  • Hindmilk ialah susu selepas foremilk yang mengandungi lemak dan kalori. 
  • Warnanya kelihatan lebih pekat dan 'rich'
  • Hindmilk akan mengenyangkan bayi

Bagaimana colic boleh terjadi?

Bayi kita mungkin mendapat terlebih foremilk. Foremilk mengandungi gula semulajadi, vitamin, protein, mineral dan air, tetapi tidak cukup lemak. Hindmilk, susu selepas foremilk baru mengandungi lemak. 

Hindmilk akan mengenyangkan bayi. Jika terlebih foremilk, maknanya terlebih manis menyebabkab perut bayi tidak selesa. Bayi juga akan cepat lapar dan boleh menyebabkan colic kembung perut. Pastikan bayi menyusu sebelah payudara sehingga susu habis sebelum tukar ke sebelah. Jika bayi masih lapar baru tukar ke sebelah.



Apakah Hindmilk lagi penting daripada foremilk?

Jawapannya kedua-duanya sangat penting. Foremilk sangat  penting untuk perkembangan otak bayi serta tenaganya. Foremilk jugalah yang menghilangkan haus bayi kita kerana kandungan air yang tinggi (oleh sebab itu bayi menyusu badan tak perlu air masak. Susu ibu dah cukup airnya). 

Manakala hindmilk pula mengandungi lemak yang penting untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi kita. Kalau bayi tak dapat cukup foremilk, bayi boleh dehydrate (kurang air dalam badan), kurang hindmilk pula, bayi tak kenyang dan tumbesaran tak berapa bagus.

Oleh sebab itu ibu menyusu perlu kerap  mengosongkan payudaranya sama ada dengan mengepam atau menyusukan secara direct feeding. Semakin sedikit susu yang berada di payudara, semakin banyak hindmilk.

Sekiranya ibu menyusu membiarkan payudara bengkak dan lebih suka tunggu 'susu penuh', susunya lebih kelihatan cair apabila dipam dan kandungan khasiatnya tidak seimbang. Maknanya kuantiti foremilk lebih banyak dari hindmilk. Bila foremilk lebih banyak, bayi akan mendapat banyak ‘susu cair’ dan ini menyebabkan bayi tidak berasa kenyang.

Bayi yang mendapat ketidakseimbangan foremilk dan hindmilk selalunya akan mengalami simptom-simptom seperti ini:
  • Bayi selalu meragam 
  • Bayi kembung perut atau colic
  • Najis bayi menjadi kehijauan
  • Bayi tak kenyang
  • Berat badan bayi tidak meningkat seperti yang sepatutnya
  • Bayi kerap sangat berak

Anak saya Iman Ziqry kini sudah berusia 6 bulan
Berbalik kepada cerita anak saya tadi, Doktor Asyikin memberi ubat cecair untuk membuang angin sekaligus dapat melegakan perut Iman. Alhamdulillah malam ini Iman dapat tidur dengan aman damai dan tidak lagi meragam. Insyallah Iman tidak akan colic kembung perut lagi dan saya akan pastikan Iman mendapat foremilk dan hindmilk yang seimbang.

Setiap ibu bapa perlu ingat ini:

  • Sekiranya bayi membesar dan menyusu dengan normal walaupun kelihatan kembung perut, ia biasanya bukan sesuatu yang perlu dirisaukan dan terdapat cara-cara untuk mengatasinya. Masalah ini sepatutnya akan hilang apabila bayi semakin membesar.
  • Namun, adalah sangat penting kita tidak terlewat mendapatkan perhatian doktor sekiranya masalah kembung perut adalah disebabkan oleh penyakit yang serius.
  • Tanda-tanda yang merisaukan adalah seperti kurang berat badan, muntah-muntah, cirit-birit, najis berdarah, perut kembung sehingga sangat keras dan bayi kelihatan sangat lemah dan tidak sihat.
Akhir sekali saya nak belanja uols video kisah seorang mommy yg superb buzy tetapi masih lagi mampu menyusukan anak dia sehingga 2 tahun. Jom kita tonton apakah rahsianya sekarang!


Ibu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup.... from iReach HD on Vimeo.

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

1 comment:

  1. Bismillah,

    rupa-rupanya hindmilk dan foremilk sama penting.
    perlu take note nie...tq ya

    ReplyDelete

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Promosi September 2016

Promosi September 2016
Jangan lepaskan peluang ini

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?