Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Kenapa Lelaki Suka Wanita Cantik Tanpa Mekap

with 0 Comment

Merimaskan jika wanita terlebih mekap!



Sehingga sekarang wanita masih lagi diajar, kalau tanpa makap, "Tak lawalah kau, tak cantiklah kau, tak menari lah kau." Untuk siapa sebenarnya? Untuk wanita itu sendiri? Atau untuk kepentingan syarikat peralatan makeup?


 Tapi tahukah wahai wanita bahawa lelaki memang suka wanita yang cantik semula jadi? Cantik ini subjkektif. Ada orang lihat wanita ni cantik tapi ada orang cakap tidak. Cantik luaran tidak kekal selamanya. Jadi janganlah risau sangat! Yang penting adalah cantik dalaman kerana ia akan kekal dan disanjung tinggi jika kita berpekerti mulia dan baik hati. Betul tak?


Jom kita baca kenapa lelaki suka wanita cantik tanpa mekap di bawah ini.

Suka Wanita Yang Yakin


Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Lelaki suka wanita yang berkeyakinan tinggi dan mempunyai rasa percaya diri yang kuat.

Tidak Suka Wanita Obses

Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Walaupun mahu ke kedai mamak, wanita sudah mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki sebenarnya sukakan yang simple. Asalkan kemas dan tidak selekeh sudah memadai. Mereka tidak suka wanita terlalu bergantung kepada solekan sehingga  tidak boleh hidup tanpanya.

Suka Melihat Wanita Ketika Bangun Tidur


Apa yang pasti, wanita tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya hendak tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi dan menghairahkan. Bukan itu sahaja, wajah wanita kelihatan lebih semulajadi akan membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras bakal isterinya ketika tidur di sebelahnya setelah sah diijabkabul kelak.

Lelaki Tidak Suka Menunggu

Setiap kali wanita ada temu janji atau 'dating' dengan buah hatinya, pasti lelaki harus menunggu lama di dalam kereta kerana wanita akan mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka wanita keluar tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.

Cantik Luaran Tidak Penting

Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan, sekiranya wanita hanya cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkan, lelaki akhirnya akan merasa bosan. Jadi cantik luaran dan dalaman kenalah sentiasa seiring untuk memikat hati lelaki.


Jom saya nak belanja satu video untuk dijadikan tauladan. Kepada wanita yang sangat obses untuk menjaga kecantikan kulit wajah cantik berseri haruslah berwaspada dalam mengamalkan produk kecantikan yang berlambak di pasaran. Pastikan produk kecantikan itu selamat, tiada bahan kimia, dan halal. Kalau boleh amalkan produk yang merawat dari dalaman kulit. Bila dalaman sihat luaran pasti sihat dan cantik berseri. Betul tak?

Ini kisahnya. Jom layan video seminit ini


Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.


Jika uols mencari produk kecantikan kulit wajah cantik berseri yang selamat dan semulajadi, bolehlah klik link yang tersenarai di bawah ini:

Set Kecantikan Kulit Shaklee Untuk Wajah Cantik Berseri

ESP & Set Kecantikan kulit Shaklee Untuk Wajah Cantik Dan Semakin Putih Berseri


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Bahaya Penyakit Darah Tinggi Kerana Ia Boleh Membawa Maut

with 1 comment



Salah satu sebab mengapa penyakit darah tinggi diabaikan ialah kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang gejala menakutkan yang dapat dilihat dengan mata kasar. Pada masa yang sama, ia juga mengambil masa bertahun-tahun untuk meninggalkan kesan kepada penghidapnya.

Justeru, tidak hairanlah jika kita kurang berminat untuk mempedulikan bacaan tekanan darah setiap kali menjalani pemeriksaan doktor. Malah, rata-rata juga beranggapan bahawa darah tinggi atau dalam istilah perubatannya, hipertensi ini bukanlah satu ancaman kepada kesihatan.

Tanggapan dan penilaian sebegini menyebabkan kita melakukan satu kesilapan yang cukup besar. Hipertensi, yang diklasifikasikan sebagai penyakit senyap inilah sebenarnya penyumbang utama kepada banyak penyakit yang serius. Ini termasuklah penyakit jantung, angin ahmar (strok) dan kegagalan buah pinggang berfungsi.

Secara tidak langsung, ia juga mempunyai impak yang besar pada ekonomi kerana kos penjagaan pesakit meningkat dan kehilangan produktiviti akibat pesakit tidak dapat bekerja,'' demikian menurut Ketua Jabatan Nefrologi, Jabatan Perubatan, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaki Murad.

Kurangnya kesedaran dan minat orang ramai untuk mengambil tahu berhubung hipertensi ini menyebabkan kadar peratusannya cukup membimbangkan. Di negara ini sahaja, tinjauan Mobiditi dan Kesihatan Kebangsaan pada 1996 mendapati, 30 peratus penduduk yang berusia 30 tahun ke atas menghidap hipertensi.

Darah TInggi atau Hipertensi

Hipertensi merupakan satu keadaan di mana bacaan tekanan darah melebihi 140/90 meningkat secara berterusan. Seseorang itu diklasifikasikan sebagai penghidap hipertensi setelah ujian ulangan dilakukan beberapa kali. Bagaimanapun, seseorang tidak dikategorikan sebagai penghidap hipertensi jika bacaan tekanan darah yang melebihi paras biasa hanya sekali.


Hipertensi berlaku apabila arteri-arteri atau dinding cabang pembuluh darah halus menjadi keras dan menyukarkan darah melaluinya. Kesannya, tekanan darah meningkat dan menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat. Sekiranya bacaan tekanan darah kekal pada kadar 140/90 atau lebih, ini bermakna anda menghidap hipertensi.

Setiap hari jantung akan berdenyut lebih daripada 100,000 kali. Darah akan dipam dari jantung ke seluruh pembuluh darah setiap kali jantung berdenyut. Di antara degupan jantung, tekanan dalam dalam pembuluh akan menurun. Bacaan tekanan darah direkodkan dalam dua nombor, contohnya 120/80.

Nombor yang pertama, 120, adalah tekanan darah pada dinding pembuluh darah apabila proses degupan jantung berlaku. Ia juga dikenali sebagai sistolik. Manakala, nombor kedua, 80, merupakan tekanan pada pembuluh darah ketika jantung berehat antara degupan jantung. Ia dikenali sebagai diastolik.

Hipertensi Tidak Memilih Jantina di Kalangan Penghidapnya.

Secara purata, dianggarkan satu pertiga penduduk di seluruh dunia menghidap hipertensi. Kajian di Amerika Syarikat (AS), mendapati kekerapan menghidap hipertensi lebih tinggi di kalangan penduduk negara itu, terutama mereka yang berketurunan Afrika dan Caribbean. Menurut Dr. Zaki, sebagai langkah mencegah dan menangani hipertensi lebih berkesan, garis panduan rawatan hipertensi diperkenalkan khusus untuk pengamal perubatan.

Garis panduan praktik klinikal (CGPs) edisi ke-2 ini adalah hasil usaha panel Garis Panduan Rawatan Hipertensi Malaysia, Kementerian Kesihatan, Akademi Perubatan Malaysia dan Persatuan Hipertensi Malaysia.

Garis panduan ini diterbitkan untuk menyelaraskan amalan pengamal perubatan di seluruh negara apabila merawat pesakit hipertensi,' katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Pada masa yang sama, orang ramai dinasihatkan mengambil peluang menjalani pemeriksaan tekanan darah setiap kali berjumpa doktor.


Menurut Dr. Zaki, oleh kerana hipertensi adalah pembunuh senyap, pesakit dinasihatkan supaya mematuhi jadual ubat-ubatan yang ditetapkan. Kegagalan pesakit mematuhi jadual rawatan ubat-ubatan yang ditetapkan menyebabkan masalah ini sukar dikawal. Malah, risiko menghidap penyakit kronik seperti serangan jantung, angin ahmar dan kegagalan buah pinggang berfungsi juga tinggi,'' katanya. Beliau tidak menafikan, ubat-ubatan antihipertensi yang perlu diambil seumur hidup ini mempunyai kesan sampingan tersendiri.

Namun, katanya orang ramai tidak perlu bimbang dengan generasi baru ubat-ubatan antihipertensi kerana sebahagian besarnya mempunyai kesan sampingan yang terlalu sedikit. Menangani hipertensi tanpa ubat-ubatan (non pharmacological management) melalui perubahan gaya hidup juga memainkan peranan penting dalam menangani hipertensi. Ini termasuklah:
  • Mengawal berat badan
  • Mengurangkan pengambilan garam
  • Tidak mengambil minuman keras
  • Melakukan senaman secara kerap
  • Pemakanan sihat
  • Berhenti dari merokok.


Jenis Hipertensi

Hipertensi essential (HE)
Ia diwarisi secara keturunan dan faktor persekitaran. Dianggarkan 90 peratus mereka yang menghidap hipertensi terdiri daripada jenis ini. HE ini tidak boleh dicegah, tetapi kesannya dicegah.

Seseorang lebih cenderung mendapat hipertensi ini sekiranya mereka mengambil makanan yang mengandungi garam yang tinggi. Tekanan juga, dikenal pasti sebagai faktor penyumbang hipertensi jenis ini.

Hipertensi sekunder
Ia disebabkan oleh penyakit-penyakit hormon, jantung, ubat-ubatan, kegagalan buah pinggang dan sebagainya.

Gejala
Hipertensi tidak menunjukkan sebarang gejala kepada penghidapnya. Bagaimanapun, jika hipertensi terbabit agak serius, individu terbabit biasanya mengalami sakit kepala.



Apakah Yang Meningkatkan Tekanan Darah?

Tekanan darah meningkat sekiranya ada tindak balas pada aktiviti lasak seperti senaman dan terkejut. Keadaan seperti ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen bertambah dan tekanan darah meningkat.

Dalam keadaan sejuk secara tiba-tiba, kapilari darah bawah kulit akan mengecut untuk menyimpan haba tubuh. Keadaan ini juga, meningkatkan tekanan darah. Kesemua tindak balas ini dikawal oleh sistem saraf pusat.

Peningkatan dan penurunan tekanan darah bergantung pada perubahan aktiviti. Ia juga cenderung untuk meningkat seiring dengan peningkatan usia. 

Sekiranya, bacaan tekanan darah meningkat setelah beberapa kali ujian dilakukan, ia dikenali sebagai hipertensi. Bagaimanapun, jika bacaan ini menurun pada tahap tertentu, ia dikenali sebagai hipotensi.

Klasifikasi ini berdasarkan bacaan purata yang diambil dua kali atau lebih setiap kali berjumpa doktor, selepas lawatan imbasan peringkat permulaan.

Apabila tekanan darah sistolik dan diastolik termasuk dalam pelbagai kategori, kategori tertinggi akan dipilih untuk mengklasifikasikan tekanan darah individu terbabit.

Sumber Maklumat: Utusan Malaysia

Ok, sekarang saya nak share produk shaklee yang sesuai diambil bagi pesakit darah tinggi:

Garlic Compex

  • membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolestrol
  • menggalakkan kesihatan kardiovaskular
  • menurunkan kolestrol LDL, trigliserida dan kelikatan darah
  • Perincian lanjut boleh klik Kebaikan Garlic Complex Shaklee

Omega Guard


  • Omega 3 telah diuji dan dibuktikan untuk mengurangkan hipertensi (tekanan darah tinggi). Menurut kajian terbaru dari  American Heart Association Journal telah menguji 5000 orang. Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Ia menunjukkan kebaikan Omega 3 merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.
  • Bertindak melancarkan saluran darah, membuang kolestrol . Kolestrol yang tidak terkawal menjadi bapa kepada penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
  • Perincian lanjut boleh klik Kebaikan dan Keistimewaan Omega Guard Shaklee
Saya tahu uols tak perlukan produk ini jika belum mengalami stroke, sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan sebagainya. Kenapa perlu jatuh sakit baru nak mengubati. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Hargailah kesihatan kita. Jangan abaikan kesihatan kita. Sebolehnya biarlah kita dapat melihat anak-anak kita membesar dan berjaya dalam hidup sebelum kita dijemput ilahi.

Jika uols sedar penyakit darah tinggi ini merbahaya silalah dapatkan supplement yang boleh mengawal hipertensi ini dengan cepat dan mudah. Hanya klik gambar di bawah ini


ATAU


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Sakit Lutut Hilang Dan Puan Ragayah Boleh Solat Dengan Sempurna Semula

with 0 Comment

Akhirnya sakit lutut saya sembuh!



Beberapa hari lepas hati saya sangat berbunga-berbunga bila mendengar khabar berita daripada seorang wanita.  Beliau kini sudah mampu untuk bersolat secara normal semula. Ya! Sakit lutut hilang dan Puan Ragayah boleh solat dengan sempurna semula. Sebelum ini beliau terpaksa menggunakan kerusi untuk solat kerana lututnya amat sakit ketika melakukan sujud dan duduk antara dua sujud. Bukan itu sahaja, nak memandu kereta pun sengsara, nak buat aktiviti lasak pun takut dan berdiri lama pun tak boleh. Pendek kata bila dah kena sakit lutut, kita nak buat apa pun terbatas. 



Ini semua kuasa Allah. Kita hanya berusaha dan dengan keizinan Allah kesakitan lutut dan sendi Puan Ragayah telah pulih setelah mengamalkan set vitamin kesihatan lutut dan sendi Shaklee. Syukur Alhamdulillah kerana saya dapat menggembirakan orang lain. Kebaikan Shaklee dapat saya kongsikan dengan mereka yang memerlukannya. 


Gambar Puan Ragayah ketika 'repeat order' vitamin minggu lepas

Ooops lupa nak beritahu uols, apa yang istimewa sangat set vitamin kesihatan lutut dan sendi Shaklee ini? Jom kita baca.

Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omeg- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas. 

Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 

Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Jom saya belanja uols dengan video yang best ini. Video ni kisah wanita yang sakit sendi di jari dan telah menyebabkan nak lipat baju pun tak boleh. Jom tengok kisahnya.


Rahsia Dia Tambat Hati Suami Kaw2, Sambil Tersenyum Manja from iReach HD on Vimeo.


"Alaa sapu minyak angin hilanglah sakit ni." Minyak angin memang sinonim dengan dengan sakit lutut. Sakit lutut ni macam makan biskut, kejap ada kejap takde. Bila sakit sapulah minyak angin maka hilanglah sakit tu.

Tanggapan dan amalan konvesional ini perlu diubah. Sebelum ia sakit atau sebelum lebih kronik lebih baik dicegah sebelum parah. Jangan tunggu sampai pergerakan kita terbatas (pergerakan dalam rukun solat) baru nak amalkan vitamin. Sediakanlah payung sebelum hujan!


Kalau boleh jadikan buah tangan setiap bulan untuk ibu bapa kita. Sayang ayah dan ibu tak? Jom klik gambar di bawah untuk pembelian mudah dan pantas.


ATAU


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Bayi Saya Colic Kembung Perut Kerana Terlebih Foremilk Daripada Hindmilk

with 1 comment

Bayi meragam di waktu malam memang meletihkan!


"Anak awak ni colic. Kembung perut dan angin tak lepas. Itu yang dia meragam." Kata Doktor Asyikin Klinik An-Nisa' Subang Bestari.

"Tapi doktor, saya hanya beri dia susu ibu. Takkan boleh colic juga. Susu ibukan cepat hadam? " Balas saya dengan rasa hairan.

"Ya betul cepat hadam. Perkara ini amat jarang berlaku kepada bayi yang menyusu susu ibu. Tapi mungkin dia terminum lebih foremilk daripada hindmilk." Doktor Asyikin memberi penjelasan...


Ya Allah! Iman, maafkan Mama! Baru-baru ini anak ketiga saya Iman Izziqry meragam sepanjang malam. Nak kata demam tak pula. Bacaan suhu termometer menunjukkan suhu badan dia normal. Syak dia kembung perut dan sapu minyak yuyi di perut pun boleh legakan dia 15 minit jer. Lepas tu Iman akan merengek semula. Malam tu saya dan suami bergilir-gilir menenangkan Iman sehingga pagi. Rabak mata ni dibuatnya. 

Risau keadaan ini berlarutan panjang, kami bawa Iman jumpa doktor pada siangnya. Takutlah kalau-kalau Iman dijangkiti penyakit lain pula. Mujur doktor cakap Iman colic kembung perut kerana terlebih foremilk daripada hindmilk. Ini semua salah saya kerana tidak memastikan Iman menyusu dengan kadar formilk dan hindmilk yang seimbang dan betul.

Yang sebelah kiri itulah foremilk, sebelah kanan pula ialah hindmilk

Apakah perbezaan foremilk dengan Hindmilk?

Foremilk
  • Susu yang berada di 'hadapan' kilang susu ibu (bahagian dalam breast)
  • mengandungi gula semulajadi, vitamin, karbohidrat, protein, mineral dan air dan vitamin tetapi tidak cukup lemak.
  • Tinggi kandungan air dan nampak lebih cair
  • Warna kehijauan atau kebiruan  

Hindmilk
  • Susu yang berada di 'belakang' kilang susu ibu (bahagian dalam breast)
  • Hindmilk ialah susu selepas foremilk yang mengandungi lemak dan kalori. 
  • Warnanya kelihatan lebih pekat dan 'rich'
  • Hindmilk akan mengenyangkan bayi

Bagaimana colic boleh terjadi?

Bayi kita mungkin mendapat terlebih foremilk. Foremilk mengandungi gula semulajadi, vitamin, protein, mineral dan air, tetapi tidak cukup lemak. Hindmilk, susu selepas foremilk baru mengandungi lemak. 

Hindmilk akan mengenyangkan bayi. Jika terlebih foremilk, maknanya terlebih manis menyebabkab perut bayi tidak selesa. Bayi juga akan cepat lapar dan boleh menyebabkan colic kembung perut. Pastikan bayi menyusu sebelah payudara sehingga susu habis sebelum tukar ke sebelah. Jika bayi masih lapar baru tukar ke sebelah.



Apakah Hindmilk lagi penting daripada foremilk?

Jawapannya kedua-duanya sangat penting. Foremilk sangat  penting untuk perkembangan otak bayi serta tenaganya. Foremilk jugalah yang menghilangkan haus bayi kita kerana kandungan air yang tinggi (oleh sebab itu bayi menyusu badan tak perlu air masak. Susu ibu dah cukup airnya). 

Manakala hindmilk pula mengandungi lemak yang penting untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi kita. Kalau bayi tak dapat cukup foremilk, bayi boleh dehydrate (kurang air dalam badan), kurang hindmilk pula, bayi tak kenyang dan tumbesaran tak berapa bagus.

Oleh sebab itu ibu menyusu perlu kerap  mengosongkan payudaranya sama ada dengan mengepam atau menyusukan secara direct feeding. Semakin sedikit susu yang berada di payudara, semakin banyak hindmilk.

Sekiranya ibu menyusu membiarkan payudara bengkak dan lebih suka tunggu 'susu penuh', susunya lebih kelihatan cair apabila dipam dan kandungan khasiatnya tidak seimbang. Maknanya kuantiti foremilk lebih banyak dari hindmilk. Bila foremilk lebih banyak, bayi akan mendapat banyak ‘susu cair’ dan ini menyebabkan bayi tidak berasa kenyang.

Bayi yang mendapat ketidakseimbangan foremilk dan hindmilk selalunya akan mengalami simptom-simptom seperti ini:
  • Bayi selalu meragam 
  • Bayi kembung perut atau colic
  • Najis bayi menjadi kehijauan
  • Bayi tak kenyang
  • Berat badan bayi tidak meningkat seperti yang sepatutnya
  • Bayi kerap sangat berak

Anak saya Iman Ziqry kini sudah berusia 6 bulan
Berbalik kepada cerita anak saya tadi, Doktor Asyikin memberi ubat cecair untuk membuang angin sekaligus dapat melegakan perut Iman. Alhamdulillah malam ini Iman dapat tidur dengan aman damai dan tidak lagi meragam. Insyallah Iman tidak akan colic kembung perut lagi dan saya akan pastikan Iman mendapat foremilk dan hindmilk yang seimbang.

Setiap ibu bapa perlu ingat ini:

  • Sekiranya bayi membesar dan menyusu dengan normal walaupun kelihatan kembung perut, ia biasanya bukan sesuatu yang perlu dirisaukan dan terdapat cara-cara untuk mengatasinya. Masalah ini sepatutnya akan hilang apabila bayi semakin membesar.
  • Namun, adalah sangat penting kita tidak terlewat mendapatkan perhatian doktor sekiranya masalah kembung perut adalah disebabkan oleh penyakit yang serius.
  • Tanda-tanda yang merisaukan adalah seperti kurang berat badan, muntah-muntah, cirit-birit, najis berdarah, perut kembung sehingga sangat keras dan bayi kelihatan sangat lemah dan tidak sihat.
Akhir sekali saya nak belanja uols video kisah seorang mommy yg superb buzy tetapi masih lagi mampu menyusukan anak dia sehingga 2 tahun. Jom kita tonton apakah rahsianya sekarang!


Ibu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup.... from iReach HD on Vimeo.

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?