Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

7 Tips Kemas Rumah Mudah Dan Cepat

with 8 comments

Jangan tunggu hujung minggu!

Salam ceria semua! Selamat berbahagia di mana jua uols berada. Pastikan kita sentiasa awasi ahli keluarga dalam keadaan selamat. Almaklumlah Malaysia masih aman! Betulkah aman? Aman sangatkah?


Rumah berselerak? Rumah macam tongkang karam? Nak tahu tips kemas rumah mudah dan cepat? Senang sahaja, kita minta pertolongan Doraemon! "Alat pengemas rumah!" Hahahaha. Bestkan kalau Doraemon ni benar-benar wujud. Senang kerja kita! Hahahaha





Hari ini saya nak sharing tips kemas rumah mudah dan cepat. Buangkan tabiat nak tunggu hujung minggu baru nak kemas rumah. Kalau hujung minggu sibuk macam mana? Sebulan sekali kot baru nak kemas rumah. Dah tahap teruk tu. Jemput baca entri ni sampai habis. Tips ini memang sesuai untuk mereka yang bekerjaya dan tidak mempunyai banyak masa untuk mengemas.

1. Basuh pakaian setiap hari


Jangan tunggu hujung minggu dengan pakaian penuh dan berselerak barulah hendak dibasuh. Jadikan tabiat basuh pakaian satu tugas wajib setiap hari.

2. Pengurusan kain baju yang mudah

Bila sebut kain baju, ada tiga langkah yang memang akan kita buat iaitu basuh, lipat dan susun. Tapi bahagian yang paling malas hendak buat adalah melipat baju!Tips paling mudah dilakukan adalah sewaktu menyidai pakaian tersebut, gantung atau disangkutkan sahaja. Contohnya seperti kemeja. Ketika mengangkat pakaian, ambil kemeja tersebut dan terus sangkut dalam almari. Siap satu kerja!

3. Bijak membahagikan kerja dalam satu masa.

Tips ini mesti diamalkan jika kita nak cepat mengemas rumah. Sambil kita menyapu lantai, kita juga boleh membasuh baju. Sambil tunggu baju kita dibasuh oleh mesin baju, kita boleh buat kerja lain seperti menyapu, basuh bilik air dan sebagainya.

4. Ikut arah jam

Tips ini memang elok diamalkan. Pastikan kita mengemas mengikut arah jam. Sebaiknya kita mula mengemas di bahagian dapur dahulu kemudian barulah di ruangan lain. Tetapkan titik permulaan dan ikutlah arah putaran jam. Cara ini akan lebih sistematik dan mempercepatkan proses kita mengemas rumah. 

Memang kalau berkemas, saya akan mulakan bahagian dapur dulu sebab sebaik bangun pagi dan ruang pertama yang wajib saya tuju adalah dapur untuk masak air dan sarapan keluarga

5. Dari atas ke bawah

Lakukan proses mengemas dari bahagian atas dulu seperti buang sawang-sawan di dinding dan siling, habuk yang melekat di kipas siling dan sebagainya. Jika rumah 2 tingkat, kita dinasihatkan untuk bermula mengemas dari bahagian atas kemudian ke bawah. Ini untuk mengelakkan kita membuat kerja yang sama berulang kali. 

6. Berhibur sambil mengemop lantai

Mengemop lantai tidak perlu dilakukan selalu. Elok dilakukan selang sehari. Seminggu sekali sudah memadai. Sebelum mengemop lantai, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah vakum lantai, supaya habuk dan sampah sarap dapat kita singkirkan. Saya akan menggunakan Basic H Shaklee untuk mengemop lantai. Lantai jadi bersih berkilat dan yang penting tiada bahan kimia.


Mengemoplah lantai dengan sepenuh hati kerana ia adalah senaman semula jadi yang dapat membakar kalori badan kita. Pasanglah muzik atau lagu kegemaran kita ketika mengemop lantai untuk mendapatkan feel mengemop yang best. Cubalah! 

7. Gunakan bantuan mesin

Zaman moden yang canggih sekarang begitu banyak mesin atau gajet yang ada ditawarkan di pasaran. Seharusnya penggunaan mesin atau gajet dalam tugas membersihkan rumah harus digunakan sepenuhnya untuk membantu meringankan dan mempercepatkan tugasan di rumah. Kita boleh guna penyedut hampagas atau vakuum. Kerja kita menjadi lebih mudah untuk membersihkan habuk berbanding jika anda menggunakan cara tradisi iaitu penyapu.


Last but not least. Kena amalkan 5S di rumah



1. SEIRI – SISIH
Cuba lihat di sekeliling rumah yang penuh dengan pelbagai barangan. Asingkan yang mana masih boleh digunakan dan yang rosak buangkan sahaja.

2. SEITON – SUSUN
Susun perabot dan aksesori yang ada secara kemas dan teratur. Kaedah ini juga akan dapat mengelakkan rumah kita kelihatan semak dan sesak.

3. SEISO – SAPU
Lakukan pembersihan atau menyapu lantai setiap hari. Jangan tunggu hujung minggu untuk melakukannya.

4. SEIKETSU – SERAGAM
Walaupun ruang kediaman asalnya berkeadaan bersih dan kemas, ia pasti akan menjadi berselerak apabila digunakan. Oleh itu kita perlu mengulangi seiri, seiton dan seiso untuk memastikan keadaan kediaman sentiasa bersih dan kemas.

5. SHITSUKE – SENTIASA AMAL
Amalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya di dalam rumah. Untuk itu kita perlu menerapkan disiplin yang tinggi kepada setiap ahli keluarga.
Dah habis baca tips kemas rumah mudah dan cepat ni? Tunggu apa lagi! Jomlah kita kemas dan cantikkan rumah kita. Persekitaran yang bersih dan cantik dapat menghasilkan aura yang positif di rumah kita. Lagipun kebersihan itu sebahagian dari iman kan? Betul tak?
Sebelum entri ini berakhir, mari saya belanja kisah ibu yang supermom superb duperb buzy tapi masih mampu berbisnes.

Jom kita tonton video 2 minit ini. Rugi tau tak tengok 

Kenapa Emak Yg Sibuk Jaga Anak Pun Mampu Buat Bisnes



Kenapa Emak Yg Sibuk Jaga Anak Pun Mampu Buat Bisnes. from iReach HD on Vimeo.


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

8 comments:

  1. ibu bekerja memang sgt2 perlukan tips mcm ni. terima kasih kerana berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome dear, tqvm too cz sudi baca blog saya ni. semoga segala yg baik dari blog ini dapat manfaat utk kita semua.

      Delete
  2. SElamat berkenalan saya WAHM mom juga. baru je mulakannya. Selamat berkenalan, de masa jemput ke blog saya http://dalilayusof.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dear... Selamat berkenalan juga.. :) Insyallah nanti saya blogwalking yek

      Delete
  3. wahh rumah awak mesti berkilatkan sebab Basic H tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkilat depend on keaktifan anak2 ni... selalunya x lama pun berkilat kalau diorang ni aktive... tumpah sana tumpah sini.... Biasalah kan....

      Delete
  4. Bismillah,

    7 tips mengemas yang amat membantu...saya memang suka kemas dapur dulu...rupanya dalam tips ni pun di cadangkan kemas ikut putaran jam.

    ReplyDelete
  5. Penat sebenarnya kalau nak mengemas hari2. Bila mula nak mengemas, pening pikir nak start yang mana dulu. hahaha..sebab semua tempat pun bersepah. aduhai.. pening jugak ada anak kecil ni. :) nice sharing dear...

    ReplyDelete

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Promosi September 2016

Promosi September 2016
Jangan lepaskan peluang ini

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?