Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Tips Memindahkan Stok Susu EBM

with 0 Comment

Kenangan berpantang!

Assalamualaikum semua! Semoga ceria selalu! Rasanya belum terlambat saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pencinta blog Superb Vitamin. Ampun maaf dipinta jika ada coretan di blog saya ini yang menyinggung perasaan uols semua. Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan berceloteh di blog saya ini. Lama blog saya bersawang.  Almaklumlah ibu berpantang di kampung yang kemudahan internetnya kejap ada dan kejap tiada.





Oh yeah! Semalam adalah hari merdeka saya! Merdeka berpantang 44 hari! Dah boleh gantung semua bengkung, tungku, stokin. Yeayyh! Pastinya saya merindui momen berparam pilis, bertungku, bertangas, berurut segala.. chewahh!! Rindu le sangat. Terima kasih to my beloved umi & abah yang banyak bagi bantuan & sokongan sepanjang berpantang. Tanpa mereka mahunya saya jadi hulk. Hihii
Raya 2014

Sekarang ni tengah berusaha nak kurangkan berat badan pulak. Misi nak dapatkan kembali 48kg. Macam biasa lecithin, alfalfa, esp, chinch shake jadi peneman. Moga breastfeeding dapat bantu dalam segala usaha saya ini.

Bercakap mengenai breastfeeding ni, sempat juga saya membuat stok susu ebm ketika berpantang hari tu. Saya juga telah melakukan power pumping dan mengamalkan vitamin milkbooster Shaklee untuk menghasilkan susu yang melimpah ruah, pekat dan menggiurkan. Syukur Alhamdulillah!

Susu ebm yang telah beku

Susu ebm yang telah beku

Kini tibalah masanya untuk pulang ke rumah di Shah Alam. Perjalanan dari Teluk Intan ke Shah Alam mengambil masa lebih kurang 2 jam. Stok susu ebm juga kenalah dipindahkan. Untuk info susu ebm yang beku ini tidak boleh dibiarkan cair kemudian dibeku semula. Jika cair sahaja susu ini hendaklah diberikan serta merta kepada bayi kita. Takkan nak bagi semua stok ebm ni kpd bayi kita sekaligus kan? Naya anak kita nanti. Hahaha

Susu ebm tidak boleh melalui proses 2 kali pembekuan! Ia akan rosak dan tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi kita. Jom ikuti tips bagaimana saya memindahkan susu ebm ini dari Teluk Intan ke Shah Alam.

1. Untuk memastikan susu ebm kekal beku, kita memerlukan beberapa barang seperti ini:

Bekas kedap udara


Ketulan ais batu yang banyak

2.Kemudian masukkan stok susu ebm itu ke dalam bekas kedap udara ini. Lihat gambar di bawah

Kak Ngah Muna sibuk bantu mama

Susu ebm yang beku

Proses menyimpan susu ebm ke dalam bekas

3. Akhir sekali jangan lupa taburkan garam ke dalam bekas kedap udara ini. Tujuannya untuk membantu melambatkan ais batu itu cair. Tutup dengan kemas bekas ini. Kalau boleh balut penutup bekas ini dengan masking tape untuk memastikan penutup ini betul-betul rapat.

Garam ditaburkan
Alhamdulillah setibanya di rumah saya susu ebm ini masih kekal beku. Saya segera masukkan susu ebm ini ke peti ais di rumah saya. Kini saya berazam dan sentiasa berdoa kepada Allah untuk memudahkan saya menjayakan penyusuan susu ibu kepada Iman Izziqry sehingga 2 tahun.

Ibu-ibu diluar sana yang ingin mendapatkan info dan ilmu penyusuan bolehlah hubungi saya. Saya sudah 2 kali mempunyai pengalaman menyusukan anak saya sehingga berusia 2 tahun. Ingat! Susu ibu adalah terbaik di dunia! Anak kita berhak untuk mendapatkannya.


Akhir sekali saya nak belanja uols video ibu yang superb buzy dan cekal untuk menjayakan penyusuan susu ibu kepada bayinya. Jom tonton video pendek ini. Siapa tak tengok dia rugi tau!



Jika ada pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Promosi September 2016

Promosi September 2016
Jangan lepaskan peluang ini

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?