Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Marhalah Kehamilan Saya: Alhamdulillah Seorang Bayi Lelaki Selamat dilahirkan!

with 0 Comment

Syukur, Alhamdulillah......

Salam Ramadhan Al Kareem semua! Selamat berpuasa semua! Lama sudah saya tidak bersiaran berceloteh dengan pembaca blog SuperbVitamin. Ada yang dah merajuk. Mohon jutaan kemaafan kerana meminggirkan uols semua. Saya tidak sengaja untuk melakukan sedemikian.

Apa pun Ramadhan kali ini saya tidak berkesempatan untuk berpuasa. Hanya boleh melihat orang lain begitu semangat melipat gandakan ibadat pada bulan yang mulia ini. Apa nak buat dah nasib kita... hukhukhuk.

Kenapa saya tidak boleh berpuasa? Adakah saya sengaja nak ponteng puasa? Jemputlah baca entri ini sampai habis yek. Inilah kisahnya.....

Ouuccchhh, sakit nak bersalin muncul sekitar pukul 3 pagi. Selang 30 minit pasti berlaku kontraksi. Saya terus kemaskan barangan keperluan yang sepatutnya. Sekitar pukul 5 pagi suami terjaga dari tidur. Saya terus beritahu pukul 10 pagi kita balik kampung. Memang dah buat perancangan awal nak bersalin di Hospital Teluk Intan  my hometown. Jangkaannya 25 Jun nak balik Teluk Intan sebab due saya 28 Jun.

Suami: Dah sakit nak bersalin ke? Berapa minit selang kontraksi?
Saya: 5 minit sekali kontraksi
Suami: Alamak! Sekarang juga kita kena balik! Dah sampai masanya. Nak tunggu pukul 10 pagi kang terberanak pulak jap lagi. Suami terus bergegas mandi, solat subuh dan masukkan barang dalam kereta.

Pukul 7:15 pagi kami meninggalkan Subang menuju ke Hospital Teluk Intan. Saya tetap berkeras nak bersalin di sana walaupun suami ada memujuk untuk bersalin di Hospital Sungai Buloh. Masa tu kontraksi berlaku selang 2 minit. Perlahan-lahan saya usap perut sambil berkata, "Baby jangan keluar lagi yek. Tunggu mama sampai Teluk Intan dulu." Alhamdulillah keadaan traffic pagi itu agak selesa untuk memandu laju. Saya tak tahulah berapa kelajuan kereta dipandu suami. Kereta kami  berluncur di lebuhraya plus tu dengan pantas. Memang laju macam Michael Shumacher!

Pukul 8:45 pagi selamat sampai di Hospital Teluk Intan. Terus ke wad bersalin. 5 cm pintu sudah terbuka. 

Pukul 9:00 pagi ummi dan abah sampai di wad bersalin. Bertambahlah kekuatan semangat saya. Saya keluar ke ruang meunggu dan sempat lagi  menjamah nasi lemak dalam keadaan sakit kontraksi tu. Nak bersalin ni kena kumpul tenaga banyak-banyak tau! Kalau perut kosong nanti kita tak bertenaga nak 'push' pula.




Selepas sarapan pagi dengan nasi lemak saya terus melangkah ke labour room. Alhamdulillah jururawat dan doktor di sini mesra dan baik belaka. Saya sempat request hanya jururawat dan doktor perempuan sahaja dibenarkan untuk urusan bersalin saya. Alhamdulillah permintaan saya diterima dengan senang hati. Ketika ini  'pintu' sudah terbuka 10 cm. Kemudian air ketuban pecah dengan sendirinya. Nampaknya proses bersalin saya dipermudahkan dan akhirnya tepat jam 10.45 pagi saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.57 kg.




Berakhir sudah kisah marhalah kehamilan saya pada tanggal 24 Jun bersamaan 26 Sya'ban. Nantikan kisah saya dalam kisah 'Sihat dan Ceria Semasa Berpantang' pula. Setialah membaca blog saya yang tak seberapa ini.

Selamat menjalani ibadah puasa semua! Salam Ramadhan Al Kareem

Mommy-mommy bersalin dan mencari set berpantang terbaik boleh klik link di bawah:


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini








Set Slimming Breastfeeding: Vitamin Ibu Menyusu dan Cepat Kurus

with 1 comment

Badanku dah tak kerengga lagi!

Adooooiyaaaa! Malunyer nak tengok cermin! Cermin ini betul ke tak betul? Apsal badan ku bagai dipam-pam! Cermin ni dah expired ni. Rosak dan tak boleh guna lagi!


Set Slimming Breastfeeding Shaklee

Huhuhuhuhu, akhirnya cermin juga yang disalahkan. Kesian cermin kan kan... Memang menjadi igauan ngeri kepada ibu bersalin apabila melihat keadaan fizikal tidak lagi seperti zaman anak dara dulu. Kurus dan ramping bagai kerengga sudah menjadi lipatan sejarah. Ops! Jangan susah hati uols! Ini semua adalah normal bagi ibu bersalin. Apa yang penting kita dan bayi sihat. Yang pasti janganlah kita berputus asa untuk mendapatkan hak kita semula iaitu badan kurus, langsing dan ramping.


Set Slimming Breastfeeding Shaklee


Antara kaedah cepat untuk kurus, langsing dan ramping ialah dengan menyusukan bayi kita. Ramai ibu di luar sana tidak tahu perkara ini. Ramai yang enggan menyusu kerana takut payu dara tak cantik dan kendur. Masih ada lagi ibu yang menafikan hak untuk anak mereka menikmati susu ibu. Gerrrrraaaammmm! Kita yang mengandung anak kita, tetapi kenapa kita nak bagi susu lembu juga! Tepuk dada tanyalah iman yek!

Alhamdulillah, menerusi blog SuperbVitamin ini saya telah berjaya menyedarkan ramai ibu tentang kebaikan menyusu anak. Gembira dan puas hati saya apabila melihat ibu-ibu berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun. Lebih terharu ada ibu yang berjawatan tinggi, berpangkat besar seperti, peguam, arkitek, jurutera, hakim, akauntan dan sebagainya walaupun mampu untuk membeli susu formula dan sentiasa sibuk tetapi mereka berjaya menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun! Sangat awesome!.

Lagipun islam amat menggalakkan ibu menyusukan anak sehingga 2 tahun. Saya sendiri berjaya menyusukan anak saya Ilmuna Izzahra sehingga 2 tahun 4 bulan walaupun saya seorang wanita bekerjaya. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Betul tak? 



Set Slimming Breastfeeding Shaklee



Bagaimana saya berjaya menyusukan anak saya? Macam mana saya dapat kekalkan tenaga dan sihat? Bagaimana saya dapat kurus dengan cepat?  Sudah tentu saya mengamalkan set slimming breastfeeding Shaklee. Bagi ibu menyusu, konflik utama ialah nak kurus dan pada masa yang sama nak memastikan anak mendapat bekalan susu secukupnya dan berkhasiat.Perut pula sentiasa lapar sebab menyusu. Akibatnya ibu cenderung untuk makan.

Nak diet bimbang susu kurang. Jangan amalkan ini:

  • Ibu cenderung ambil ubat diet yang merbahaya di pasaran. Bukan sahaja susu merudum, tapi juga merbahaya untuk bayi anda juga ibu cenderung mengamalkan "crash diet". Akibatnya susu berkurang dan semakin cair kerana tak cukup nutrisi

Set Slimming Breastfeeding Shaklee


Bertindaklah secara bijak - Ambil "Set Slimming Breastfeeding"

  • Mengandungi Lecithin - untuk memecah lemak dalam badan
  • Mengandungi Alfalfa - untuk membuang lemak yang dipecahkan tadi, serta bertindak sebagai milkbooster
  • Mengandungi ESP iaitu protein terbaik yang memberi rasa kenyang berpanjangan dan turut bertindak sebagai milkbooster juga!

Set Slimming Breastfeeding: Vitamin Ibu Menyusu dan Cepat Kurus



Set Slimming Breastfeeding: Vitamin Ibu Menyusu dan Cepat Kurus

Kelebihan Set Slimming Breastfeeding Shaklee

  • Selamat untuk ibu dan bayi
  • Tiada sebarang side effect
  • Terjamin berkesan dan BONUS! Mampu meningkatkan penghasilan susu ibu dan susu juga
  • Memberikan tenaga berpanjangan.
  • Memberikan kulit halus dan gebu (baik kepada bayi mahupun ibu)
  • Memekatkan susu (mengkualitikan susu >> bayi tak lama bergayut)
  • Memberikan kulit cantik, menghilangkan parut, mencegah jerawat.
  • Memberikan rasa Kenyang dang Menurangkan BERAT BADAN
  • Mengetatkan ‘miss v’ ibu-ibu.
  • Menghilangkan keputihan.
  • Menguatkan rambut.
  • Mencegah payudara ‘jatuh’.
  • Meningkatkan fungsi saraf termasuk saraf otak.
  • Mengurangkan sinus/alergi.
  • Menguatkan sistem imun ibu dan juga bayi. (tidak mudah demam, batuk dan selsema, walaupun semasa musim tersebut)

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan." Jadi kenapa kita nak bagi susu formula kepada anak kita? Susah payah kita mengandung 40 minggu tetiba anak kita diberi susu lembu. Kita punya anak, lembu dapat nama! 

Memang terbukti menyusu boleh membantu ibu bersalin mendapatkan kembali bentuk badan yang kurus dan ramping. Tapi kena ingat! Nak menyusukan bayi ni kita perlu sentiasa sihat dan bertenaga. Barulah kita seronok menjayakan misi murni ini. Badan sihat, kurus dan ramping. Susu kita pula melimpah ruah dan bayi sentiasa kenyang! Jadi jomlah ambil Set Slimming Breastfeeding ini dengan buat pembelian secara cepat dan mudah. Hanya klik gambar di bawah:


ATAU


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Marhalah Kehamilan Saya: Mengandung 38 Minggu

with 0 Comment

Episod kesembilan

Semalam saya pergi buat scan kandungan saya di Pusat Perubatan Damansara Damai. Marhalah kehamilan saya sudah masuk ke minggu 38. Doktor di Klinik Ibu Mengandung Taman Tun KL telah memarahi saya pada minggu lepas. Dia taklah marah sangat. Cuma suruh kita bawa laporan scan kandungan sahaja. Saya pula culas dan kekangan masa nak 
buat pemeriksaan scan masa tu.  


Alhamdulillah, bayi dalam perut berada dalam keadaan normal dan mengikut perkembangan yang sepatutnya.


Jantina bayi sah memang XY. Bayi lelaki. Panjang kandungan pun normal. Insyallah masa bersalin nanti berat 3.6 kilogram. Semua cukup sifat. Kedudukan bayi sudah memasuki ke laluannya. Semalam semasa scan nampak juga bayi ni menguap beberapa kali. Wah!!! Seronoknya! Pelbagai bentuk perasaan kini mula berselerak di minda ini. Gembira, berdebar, suka, cuak dan sebagainya mula menjelma. Ini semua perasaan normal yang memang dilalui oleh semua mommy preggy di dunia.

Mommy preggy macam mana fasa kehamilan uols? Gembira ke murung?  Baru hamil dan tak tahu nak ambil vitamin apa? Jangan risau klik je link di bawah ini. Insyallah membantu uols.

Untuk ibu hamil yang ingin mencari vitamin ibu mengandung  klik 


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini





Tips Berjaya Bisnes Shaklee - Ikhlas, Ceria dan Gembira

with 0 Comment

Shaklee National Conference 2014




Berakhir sudah Shaklee National Conference 2014 pada 9 Jun yang lalu. Program yang berlangsung selama 3 hari sejak 7 Jun yang lalu sarat dengan aura-aura positif yang amat berguna kepada kita untuk sentiasa maju dalam bisnes Shaklee. 


Tips Berjaya Bisnes Shaklee - Ikhlas, Ceria dan Gembira

Peluang begini tidak harus dilepaskan untuk kita meraih pengalaman dan tips yang dikongsikan daripada insan-insan hebat dalam majlis yang berlangsung sekali setahun ini. Wow! Nak berjaya dalam bidang apa jua sekalipun kita kena sentiasa positif dan salah satu caranya kenalah berdamping dengan insan-insan yang hebat. Betul tak?

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah yang Maha Esa. Shaklee National Conference kali ini saya telah berjaya meraih 7 anugerah. Penat termengah-mengah mak buyung naik stage ambil anugerah tau! Dah minggu 37 uols! Hahahaha. Berkat usaha yang konsisten dan sokongan hebat daripada uols saya telah berjaya mara ke hadapan dalam bisnes ini. Insyallah doakan saya untuk terus istiqamah berkongsi kebaikan Shaklee dengan lebih ramai orang dengan ikhlas, ceria dan gembira!









Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Semoga kejayaan ini tidak teroktah di sini. Semoga kejayaan yang tidak seberapa ini tidak membuatkan saya lupa diri dan takbur. Jadilah seperti resmi padi semakin berisi semakin tunduk aksinya! Saya tetap maznifaeza yang sama uols kenali dan sentiasa sedia berkongsi kebaikan Shaklee dengan semua orang dengan perasaan yang ikhlas, ceria dan gembira.

Tips berjaya bisnes Shaklee

Ikhlas

Ini adalah element paling penting sekali yang perlu ada pada setiap Shaklee Independent Distributor untuk berjaya bisnes Shaklee. Kenapa perlu ikhlas? Saya telah menyaksikan ramai yang kecundang dalam bisnes Shaklee jika niat di hati tidak betul. Mereka mengejar imbuhan dan ganjaran semata-mata. Hanya nak mengaut keuntungan sahaja. Ada yang memaksa customer beli shaklee. Lagi teruk ada yang tidak pernah rasa pun kebaikan shaklee ni. Macam mana tu? Nak jual shaklee tapi diri sendiri pon tak pernah amalkan Shaklee. Ini semua bukan cara saya! 

Perbetulkan nawaitu kita. Kita nak berkongsi kebaikan Shaklee dengan ramai orang. Kita nak bantu kepada mereka yang memerlukan Shaklee. Kita nak galakkan lebih ramai mempunyai kesedaran bahawa kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan. Kita dah rasa kebaikan Shaklee dan kita patut sebarkan perkara baik ini kepada orang lain. Insyallah segala bentuk imbuhan dan ganjaran akan menyusul dan dibalas Allah nanti! Percayalah! What  goes around comes around!

Ceria

Ini juga element penting jika kita nak berjaya bisnes Shaklee. Kena sentiasa ceria. Macam mana nak ceria? Do what you love! Jangan paksa diri untuk buat perkara yang kita tak suka. Kejayaan memang tidak akan menjelma jika kita tiada hati pada kerja yang kita lakukan itu.

Sedut segala aura-aura positif dan boostkan kepada bisnes kita. Jauhilah anasir-anasir negatif yang boleh buat kita murung, marah, sakit hati dan sebagainya. Barulah kita boleh sentiasa ceria untuk menyebarkan kebaikan Shaklee kepada orang lain. Kita kena enjoy melakukan bisnes Shaklee. Insyallah masalah sebesar gajah akan nampak seperti kuman jer dan dapat diatasi dengan perasaan ceria. 

Gembira

Sentiasa tanamkan dalam diri untuk mengembirakan orang lain dengan Shaklee. Kita memang rasa bertuah kerana kekuatan Shaklee terletak kepada produknya. Apa lagi yang ditunggu? Tugas kita hanya menyebarkan kebaikan Shaklee kepada lebih ramai orang di luar sana. Apabila mereka gembira kita pun turut gembira. Kekadang tu boleh mengalir air mata saya ini dek terharu kegembiraan mendapat khabar seperti ini:

"Puan Mazni, terima kasih kerana memperkenalkan saya dengan set kesuburan Shaklee. Akhirnya saya hamil juga selepas 4 tahun berumah tangga"

"Seronoknya! Tqvm sis Mazni! Set milkbooster Shaklee ini sangat best. Susu saya banyak dan baby pon cepat kenyang dan tidak meragam. Insyallah saya akan menyusukan dia sehingga 2 tahun"

"Alhamdulillah, kini emak saya sudah boleh solat dengan sempurna. Kesakitan pada lutut  sudah hilang. Paras gula mak saya pun stabil dan doktor pun terkejut dengan tahap kesihatan emak saya yang baik sekarang."

"Syukur Alhamdulillah. Daripada saya consumer tegar shaklee kini saya sudah mampu mendapat pendapatan 4 angka sebulan dengan Shaklee. Bolehla duit itu buat beli basikal sekolah anak. Anak saya happy sangat sebab tak perlu berjalan kaki jauh untuk ke sekolah setiap hari. Terima kasih kepada kak Mazni kerana gigih memberi tunjuk ajar selok belok bisnes Shaklee ini."

Kegembiraan mereka kebahagian kita. Shaklee boleh menggembirakan kita semua. Ingat untuk berjaya dalam Shaklee kena ada 3 perkara ini. Ikhlas, ceria dan gembira! 

Rahsia Menjana Income 4 angka Shaklee Dalam Masa 3 Bulan. Sila baca best buat bisnes Shaklee (sila klik).

Nak tahu bagaimana saya boleh terjebak dengan bisnes Shaklee ini? Sila klik di sini 

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran keahlian Shaklee  boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini









Phytocol Shaklee Turunkan Kolestrol Secara Semulajadi

with 3 comments

Wah! Sedapnya!

Sedapnya makanan Malaysia! Sememangnya Malaysia bumi bertuah. Bukan sahaja kaya dengan pelbagai budaya berbilang bangsa tapi juga mempunyai varierty makanan yang lazat dan best! Rugi tak rasa wooo....




Bestkan video klip ni kan? Itu baru sedikit jer. Sebenarnya banyak lagi makanan Malaysia yang lazat-lazat di luar sana. Kita hanya perlu amalakan konsep 'Jalan-jalan cari makan' jer. Hahaha..  Betul tak? Takkan nak tengok jer makanan yang best ni! Apaaaa! Takut kolestrol!

Banyak kita makan banyak jugalah kadar kolestrol yang tinggi meresap ke dalam badan kita. Kolestrol adalah pembunuh senyap tanpa kita sedari. Cuba cek kadar kolestrol diri kita. Berapa kadar mg kolestrol kita? Kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan. Entri kali ini ingin mengajak pembaca blog SuperbVitamin bagaimana nak menikmati makanan Malaysia yang lazat ini dan pada masa yang sama dapat mengelakkan penyerapan kolestrol di dalam badan kita. Jom baca seterusnya!




Lihat pada gambar di atas. Adakah kita tergolong dalam 6 juta itu? Risau tak? Kolestrol tak terkawal memang merbahaya dan boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke. Secara logiknya memang kita tidak menyedari kolestrol bermaharaja lela dalam badan kita. Tambahan pula kita tidak mampu menolak daripada menjamah  kelazatan pelbagai makanan yang terdapat di negara kita ni. Umumnya kadar maksimum kolestrol normal adalah seperti gambar di bawah.


Lihat pada gambar pola permakanan gambar di atas. Berapakah jumlah kolestrol yang berjaya masuk ke dalam badan kita? 942 mg sedangkan saranan pengambilan kolestrol untuk mereka yang sihat ialah 300 mg sehari. Itu belum lagi kita ketahui jumlah kolestrol yang didapati daripada makanan yang lain. Cuba lihat gambar di bawah.



Kalau diikutkan banyak makanan kegemaran kita yang tak boleh dijamah. Memang kita sukar nak limitkan pengambilan makanan kurang dari 300 mg selagi kita berada di Malaysia. Makanan di Malaysia memang best dan lazat! Rugi kalau kita tak rasa. Betul tak? Huhuhu

Produk baru Shaklee  2014 Phytocol

Untuk mengatasi masalah kolestrol tinggi di kalangan rakyat Malaysia, Shaklee telah memperkenalkan produk baru iatu Phytocol.

Phytocol adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000 mg fitosterol setiap hari dan disarankan 100% Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Phytocol Shaklee dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh

Fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolestrol dalam badan dan apabila kolestrol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem penghadaman badan. 

 

Sterols dan stenols ni akan menghalang kolestrol jahat (LDL kolestrol) dan akan merendahkan kolestrol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah. 

Sterol dan stenoil yang ada dalam makanan seharian kita seperti makan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato  setiap hari. 



Keistimewaan Phytocol Shaklee

  • dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif
  • fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 untuk merendahkan paras LDL kolestrol
  • mengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap hari
  • kandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh NIH
  • tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan

Bagaimana Phytocol Shaklee berfungsi?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita. Lihat gambarajah di bawah.


Sekarang bagaimana? Dah tahu cara nak turun kolestrol kan? Kini kita boleh menikmati makanan kegemaran tanpa perlu bimbang dengan ancaman kolestrol asalkan kita mengamalkan Phytocol Shaklee setiap hari. Sebelum kolestrol melarat dan mengundang penyakit merbahaya adalah lebih baik kita amalkan Phytocol Shaklee untuk turunkan kolestrol secara semulajadi.

Kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan!

Boleh buat pembelian Shaklee dengan saya. Servis & consultation superb tiptop.

Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Tips Cantik Menjelang Raya : Kebaikan Vitamin E Shaklee

with 0 Comment

Adooooi, malunya!


"Aaaaaaargh! Teruknya muka saya! Banyaknya jerawat. Jeragat dan kulit kusam ni boleh hilang ke? Bolehkah wajah saya ni cantik berseri-seri di hari raya nanti?"

Testimoni vitamin E Shaklee
Runsing dengan wajah kusam?

Begitulah luahan yang saya terima melalui whatsApp daripada seorang customer saya tempoh hari. Bila sebut hari raya semuanya nak cantik. Penampilan bergaya dengan baju baru blink-blink magneka manik seakan ada kekurangan jika wajah kita kusam dan tidak berseri. Kekadang tu mula timbul rasa rendah diri atau dalam bahasa saintifiknya inferiority complex.

Tapi uos jangan risau. Saya akan bagi tips cantik menjelang raya dalam entri ini. Salah satu cara nak wajah cantik berseri ialah dengan mengamalkan vitamin E Shaklee sebelum tidur. Makan 1 biji vitamin E setiap malam sebelum tidur. Umum mengetahui vitamin E ni berfungsi untuk anti-oksidan, menghilangkan parut jerawat, mengembalikan kelembapan wajah dan lain-lain lagi la. Tapi tahukah kita apa kriteria pemilihan produk Vitamin E?

Cara Memilih Vitamin E Yang Tepat


  1. Perhatikan komposisinya. Vitamin E ada dua jenis, iaitu vitamin E sumber semulajadi dan vitamin E sintetik. Produk vitamin E sumber semulajadi biasanya mencantumkan keterangan d-alpha Tocopherol. Vitamin E sumber semulajadi kebaikannya dua kali lebih baik daripada vitamin E sintetik,” ujarnya.
  2. Sumber terbaik dari alam untuk vitamin E adalah dari ekstrak biji gandum dan biji bunga matahari. Vitamin dalam bentuk kapsul lebih mudah ditelan dan diserap.
  3. Perhatikan jumlah kandungan vitamin E per kapsulnya. Keperluan kulit dan tubuh terhadap vitamin E sumber semulajadi adalah antara 100 sampai 300 international units (IU). Jumlah keperluan bergantung kepada usia, jenis kulit, serta banyaknya aktiviti luar ruangan.
  4. Untuk usia di bawah 30 tahun, pengambilan vitamin E 100 sampai 200 IU. Seiring usia bertambah serta aktiviti yang meningkat, kadar vitamin E boleh ditambahkan sampai 300 IU untuk hasil maksima.

Bagaimana nak rawat kulit secara optimum?

Jangan jadi seperti manggis yang cantik di dalam tapi hitam diluar. Jika hadapi masalah kulit pada wajah jangan merawatnya melalui luaran sahaja. Ramai yang tidak tahu nak kulit cantik kenalah rawat dari dalaman kulit. Tidak hairanlah ramai yang berhabis duit membeli produk-produk kecantikan tetapi hasilnya tidak seberapa. Ada yang okay tapi hanya bertahan sekejap sahaja. Justeru itu mari kita rawat dalaman kulit dahulu. Apabila dalaman sihat, pasti luaran pun sihat. Betul tak?

Untuk mendapat kulit cantik berseri yang optimum kenalah amalkan vitamin E dengan set gabungannya. Untuk perinciannya boleh klik  Set Kecantikan Kulit Shaklee

Jom kita lihat apa kata mereka yang mengamalkan vitamin E dan set yang berkaitan dengannya:


Testimoni vitamin E Shaklee

Testimoni vitamin E Shaklee

Testimoni vitamin E Shaklee

Testimoni vitamin E Shaklee
Parut chicken pop hilang dengan vitamin E

Selain itu Vitamin E Shaklee juga boleh buat masker. Klik cara buat masker vitamin E

Boleh buat pembelian Shaklee dengan saya. Servis & consultation superb tiptop.

Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini


Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?