Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

8 Tips Dan Cara Tidur Terbaik Ibu Hamil

with 0 Comment

Episod ketujuh marhalah kehamilan saya


“Susahnya nak tidur bila dah masuk trimester ketiga ni. Tidur sekejap terjaga sebab nak pergi tandas. Kalau tak sebab nak ke tandas pun terjaga sebab bayi bergerak sebab dia pun tak selesa! Tension betul. Esok nak kerja pula.”
Orang Perak kata libang libu dibuatnya. Rimas dan serba tak kena. Apa taknya mengiring ke kiri tak selesa, pusing pula ke kanan tapi perut pula mengeras tiba-tiba. Keadaan ini sering terjadi kepada ibu hamil terutamanya di trimester ketiga. Bayi dalam kandungan kian membesar dan menjejaskan keselesaan ibu mengandung ketika tidur.
Ibu hamil dan juga suami wajib ingat perkara ini! Keselesaan ibu hamil yang tenang ketika tidur sangat berkait rapat dengan keselamatan bayi dalam kandungan. Jadi apakah tips yag selesa dan selamat untuk ibu hamil tidur? Apakah tips dan cara tidur terbaik ibu hamil?

1. Tempat tidur yang selesa

Tak sabar nak pulang dari kerja jika ada bilik tidur macam ni
Sebelum ibu hamil mencuba tips yang lain, pastikan tempat tidur kita berada di dalam keadaan yang bersih dan kemas. Tak mungkin kita nak tidur di katil yang bersepah dengan longgakan baju, bukan? Alihkan segala barang elektronik seperti telefon bimbit, televisyen atau jam jauh dari kita. Selain itu boleh menyalakan minyak aroma terapi yang menenangkan fikiran. Antara minyak aroma yang sesuai adalah haruman lavender.

2. Mandi atau berendam dengan air panas sebelum tidur


Mandi malam tak bagus ke? Itu hanya mitos lama
Ketika hamil kebanyakan ibu hamil akan mengalami ‘kepanasan’ badan yang luar biasa. Kadang-kadang di dalam bilik yang berhawa dingin pun boleh berpeluh. Ini akan menyebabkan ketidak selesaan untuk tidur. Apakata cuba tips ini. Berendam di dalam air panas atau jika tiada tab mandi, boleh juga mandi di bawah pancuran air panas. Mandi air panas dapat membuka liang roma sekaligus mengurangkan sengal dan sakit di bahagian kaki dan badan. Ianya pasti memudahkan ibu hamil tidur dengan nyenyak kelak.

3. Tidur dengan posisi mengiring

Posisi mengiring ke kiri lebih baik untuk ibu hamil
Posisi mengiring adalah posisi terbaik untuk ibu hamil terutamanya kepada mereka yang mempunyai terlalu banyak air ketuban atau hamil anak kembar. Ibu hamil digalakkan untuk tidur mengiring ke kiri kerana darah akan mengalir ke fetus, uterus dan ginjal anda. Elakkan posisi tidur terlentang kerana ini akan menyebabkan tekanan kepada usus dan vena besar (vena cavar inferior) dan mengganggu peraliran darah kembali ke jantung anda. Sekiranya ibu hamil terjaga pada tengah malam dan mendapati diri sedang tidur di dalam posisi terlentang, usah bimbang. Ia tidak membahayakan bayi. Ibu hamil cuma perlu alih ke posisi mengiring mengikut keselesaan diri sendiri.

4. Lebihkan bantal untuk sokongan


Tengok pun dah tahu. Selesakan?
Mencari posisi yang sesuai semasa tidur memang menyukarkan bagi para ibu hamil. Namun adakah kita tahu bantal yang baik dapat meningkatkan kualiti tidur ibu hamil? Cuba letakkan bantal di bawah perut ketika baring mengiring dan kepitkan bantal di celah peha untuk menyokong tulang belakang. Selain itu, meletakkan bantal di bahagian belakang juga dapat memberi keselesaan kepada ibu hamil. Jika ibu hamil mahu lebih selesa, saya cadagkan cuba tidur dengan bantal kehamilan yang direka khas untuk ibu hamil.

5. Berurut sebelum tidur

Leganya dapat urut dari suami
Setelah seharian bekerja, ketika inilah waktu yang sesuai untuk bermanja dengan suami. Minta suami untuk mengurut bahagian badan yang sakit seperti bahu, kaki dan tulang belakang. Lakukan urutan ini sekurang-kurangnya 10-15 minit sebelum tidur agar peraliran darah dapat mengalir dengan baik ke seluruh tubuh. Ingat, urutan kasih sayang ini bukan sahaja dapat melegakan ibu hamil malah dapat mempengaruhi emosi wanita hamil.

6. Elakkan makanan pedas dan berasid

Lupakan sementara makanan kegemaran kita
Selalunya makan makanan pedas akan menyebabkan pedih ulu hati disebabkan kerana perubahan hormon dan fizikal dalam badan. Bayi yang semakin membesar memenuhi ruang abdomen dan menekan asid perut kembali ke esophagus menyebabkan rasa pedih di dada. Bagi mengelakkan rasa pedih ulu hati ini, ibu hail perlu elakkan makanan yang pedas dan berasid. Selain itu, kurangkan makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Sebaliknya makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

7. Minum air banyak di siang hari, kurangkan minum air di waktu malam

Minumlah air secukupnya
Pasti ibu hamil tidak mahu tidur ternganggu untuk berulang-alik ke tandas membuang air. Betul tak? Situasi ini dapat dielakkan dengan mengurangkan minum air pada malam hari. Sebaliknya banyakkan minum air pada siang hari sahaja. Jika pundi kencing penuh, bayi pun akan mengeras. Pasti akan menganggu tidur malam ibu hamil.

8. Makan Ostematrik Shaklee sebelum tidur


Amalan ostematrix shaklee sebelum tidur dapat membantu ibu hamil mendapat tidur yang selesa terutamanya ibu hamil yang sering mengalami kekejangan kaki dan sakit belakang. Ini adalah situasi biasa semasa hamil. Ostematrik memberi nutrisi kalsium dan magnesium lengkap kepada ibu hamil. Semasa tempoh kehamilan ibu hamil jangan abaikan keperluan kalsium. Ibu hamil wajib membaca kebaikan ostematrix shaklee (klik sini) 

Ini sahaja yang dapat saya kongsikan pada segmen marhalah kehamilan saya kali ini. Semoga dapat bermanfaat dan menjadi panduan berguna kepada ibu hamil sekalian. Untuk ibu-ibu hamil yang ingin mencari vitamin ibu mengandung bolehlah klik di sini.  

Okay, terima kasih kerana sudi membaca entri ini. Selamat beramal dan enjoy pregnancy!

Boleh buat pembelian Shaklee dengan saya. Servis & consultation superb tiptop.

Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Promosi September 2016

Promosi September 2016
Jangan lepaskan peluang ini

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?