Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Makanan Yang Perlu Dielakkan Ibu Hamil

with 0 Comment

Ibu hamil wajib tahu!

Wow! Alhamdulillah. Usia kehamilan saya kini 31 minggu. Semoga saya dipermudahkan Allah untuk mengharungi beberapa minggu lagi sebelum bersalin. 

Kepentingan menjaga pemakanan Ibu mengandung

Ibu hamil perlu menjaga kesihatan supaya tidak mudah demam,selesema, batuk dan sakit perut. Untuk menjaga kesihatan ini saya amat berhati-hati ketika memilih menu makan. Ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan ibu hamil. Tidak boleh main hentam sahaja. Yang penting kesihatan ibu hamil dan anak dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan stabil.

Jom kita baca apakah jenis makanan yang perlu dielakkan ibu hamil ini. Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu ibu mengandung elakkan semasa hamil kerana ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

  • Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan. Kita perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam makanan itu kerana tidak pasti sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak. 
  • Bahan-bahan dalam hidangan steambot yang tidak masak sepenuhnya. Pastikan supnya dipanaskan hingga mendidih setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
  • Keju dengan kulit ari yang putih dan berkulat seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
  • Pate, daging mentah atau kurang masak dan telur. Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi kita. Apabila memasak daging atau telur, pastikan ia masak sepenuhnya. 
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
  • Ikan jerung, todak atau marlin. Ikan-ikan tersebut mengandungi raksa (merkuri) yang hadir secara semula jadi dalam jumlah yang tidak selamat. Tuna juga mengandungi raksa, oleh itu hadkan pengambilannya kepada tidak kurang daripada empat tin bersaiz sederhana atau dua stik segar seminggu.
  • Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan kerana kesemuanya mungkin mengandungi sejumlah besar vitamin A jenis retinol. Terlalu banyak bahan ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
  • Hadkan juga pengambilan kafein kepada 200mg sehari. Itu bermakna dua cawan besar (mug) kopi segera atau empat cawan teh atau lima tin minuman kola sehari. Sebagai ganti, kita boleh ambil ESP Shaklee untuk memberi tenaga dan stamina kepada ibu hamil.
  • Pastikan membasuh sayur yang hendak dimakan dengan sempurna bagi mengelakkan risiko toxoplasmosis. Toxoplasmosis mungkin mencemarkan tanah dimana sayur ditanam.
Makanan Yang Perlu Dielakkan Ibu Hamil

Lagi satu saya nak ingatkan ibu hamil, jangan abaikan keperluan kalsium ketika hamil. Kalsium penting. Kenapa ia penting? Jemput baca di sini kepentingan kalsium untuk ibu hamil



Okay, terima kasih kerana sudi membaca entri ini. Selamat beramal dan enjoy pregnancy!

Boleh buat pembelian Shaklee dengan saya. Servis & consultation superb tiptop.

Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini


Cara Atasi Masalah Sakit Migrain

with 0 Comment

Migrain Menyerang!


Adoooi! Bila sakit kepala melanda memang kita tak boleh buat apa-apa. Nak-nak tu sakit sebelah sahaja atau lebih dikenali migrain. Serangan migrain ini tidak mengira tempat dan waktu. Tak terdaya rasanya. Rasa kepala seperti dicucuk dan dihempap batu. Rasa nak buang jauh-jauh sakit migrain ni .Habis segala aktiviti yang dirancang tergendala. 

Cara Atasi Masalah Sakit Migrain


Bagaimana Sakit Migrain Terjadi?

Sakit Migrain berlaku apabila darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.

Punca Sakit Migrain Berlaku

  • Kesan daripada alahan seseorang
  • Silau akibat lampu yang terang
  • Bunyi yang terlalu kuat
  • Bau wangi yang terlampau kuat
  • Tekanan fizikal atau emosi
  • Waktu tidur yang tidak teratur
  • Merokok atau terdedah kepada asap rokok
  • Stress
  • Menahan lapar
  • Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.

Cara Mengelakkan Sakit Migrain

  • Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju 
  • Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
  • Elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
  • Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
  • Stress dan tekanan
  • Jadual tidur yang tak tetap
  • Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama
Kebiasaanya pesakit migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi pesakit migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.
Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah  sakit migrain.
Apa kata ubah gaya hidup kita. Amalkan gaya hidup sihat. Hindarkan diri kita daripada unsur-unsur yang boleh mendatangkan sakit migrain. Salah satunya kita amalkan pemakanan sihat. Kita boleh ganti ubat-ubat dengan supplement semulajadi. Kita cegah migrain sebelum ia melanda kita. Supplement Shaklee adalah supplement terbaik untuk atasi masalah sakit migrain ini.

Supplemen Shaklee atasi masalah sakit migraine:



Cara Atasi Masalah Sakit Migrain
Atasi Masalah Migrain dengan Shaklee


Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)


Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.


Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Kesimpulannya, sakit migrain akan menjejaskan kehidupan seharian kita dan ia mampu membawa kesan yang amat besar kepada kita seperti pelajaran, kerjaya dan lain-lain. Jika tidak diubati apabila dikesan, ia akan menjadi teruk dan susah diubati pada masa yang akan datang. Jadi, tindakan sewajar perlu diambil sebelum sakit migrain menjadi lebih teruk dan merbahaya. 

Boleh buat pembelian Shaklee dengan saya. Servis & consultation superb tiptop.

Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

iREACH menentang MLM Haram Jadah

with 0 Comment

Jangan terpedaya dengan MLM haram jadah!


"Niat nak tambah duit, tapi aku terjebak tambah hutang. Hutang yang ada pun tak terbayar, ini dah tambah 1 lagi hutang." Begitulah luahan kesal seorang rakan kepada saya tempoh hari. Tergambar kekesalan dan kerungsingan pada raut wajahnya. MLM menjerat dia berhutang dengan bank.

Jangan terjebak dengan MLM haram jadah


Saya percaya ramai di luar sana yang menghadapi masalah ini. Bercita-cita membebaskan diri daripada masalah kesempitan kewangan tapi yang dapat hanyalah keperitan. "Masuk angin keluar asap." Kata P.Ramlee.

Kenapa jadi begini? Adakah MLM itu membinasakan? Jangan terjebak dengan MLM haram jadah seperti ini:


Tabur Kekayaan

Cara ini memang selalu dipraktikan oleh geng MLM. Tabur kekayaan. Ajak orang join bisnes dengan tabur duit dan tunjuk duit. Tujuan utama mereka ialah nak dapat ahli baru. MLM seperti ini patut dijauhi kerana ia bukan berlandaskan kekuatan produk tetapi head hunting atau sesuai dikenali dengan cari orang makan orang. Ramai yang gelap mata kerana percaya kejayaan boleh diraih dengan cepat dalam sekelip mata. Ada yang sampai kena register rm20 ribu. Memang pelik ada juga yang percaya. Ishk, ishks ishks.. Kesian... Secara logiknya bukan bertambah kaya tetapi telah menghampiri ke lembah kesengsaraan sebab awal-awal lagi dah keluar modal sebanyak itu. Jangan terpedaya!


Jangan terjebak dengan MLM haram jadah


Tunjuk Kereta Mewah

Modus operandi ini paling glamour dilakukan. Tunjuk kereta mewah. Adakah kereta mewah itu lambang kekayaan dan berduit? Awas jangan tertipu. Kekadang tu bukan kereta mereka pun. Ada yang pinjam kereta company atau menyewa kereta semata-mata nak memancing orang join MLM. Selalunya orang muda akan cepat kelabu mata. Tanpa berfikir panjang mereka akan menyertainya walaupun yuran pendaftaran berpuluh ribu.  Hanya orang buta hati sahaja mudah terpedaya. 

Janji Manis

Tanam tebu di tepi bibir. Ayat yang keluar dari geng MLM seperti ini manis belaka. Pendek kata mereka lah hebat. MLM mereka memang superb dooperb. Yang paling best ayat macam ni, "Korang tak perlu menjual, hanya perlu cari orang jer jadi ahli bawah korang. Kalau korang nak aku boleh cari orang sign up bawah korang. Korang hanya goyang kaki jer" Rakyat Malaysia terutama orang melayu memang terpesona dengan ayat ini. Ramai nak jadi kaya tapi tak nak menjual. Tak sanggup nak menebalkan muka jadi penjual. Yang tahu nak goyang kaki jer dapat duit. Dalam dunia ni setahu saya yang goyang kaki dapat duit adalah tukang jahit sahaja. Akhirnya terjebak. Kita menanggung kerugian dan akan dilabelkan kita tak berjaya kerana tak pandai cari orang.

MLM Haram Jadah

Daripada niat suci murni join MLM nak tambah pendapatan tapi yang dapat adalah kerugian penuh penyesalan. Semangat berkobar-kobar ingin keluar dari belenggu kesmpitan kini telah menjadi nostalgia. Nostalgia bukan untuk dikenangkan. Maka MLM dipersalahkan. Ada yang memanggil MLM haram jadah! MLM pula dihukum seteruknya akibat kepandaian manusia memanipulasi dan mengambil kesempatan atas kelemahan yang ada. Jadi stigma MLM haram jadah semakin kuat melekat di sanubari rakyat Malaysia. MLM telah dipandang hina.

Bagaimana iReach menentang MLM haram jadah?

Sebelum itu, mari kita lihat keindahan dan kecantikan MLM yang hebat lagi suci pada video ini. Info: video ini adalah Program Jom Hebat Mega 2014 dan pelancaran iReach pada 15 Mac yang lalu.






iReach

Apakah itu iReach? Kenapa ia dipanggil iReach? Mari kita berkenalan dulu bagaimana iReach tercipta. iReach adalah satu organisasi kumpulan Shaklee hebat dan unggul yang diterajui oleh Master Lyna Noh dan Master Zainul Anuar. Kombinasi kekuatan produk Shaklee, plan permasaran yang unggul dan disulami dengan element murni iREACH, bukan sahaja untuk melahirkan ahli perniagaan MLM Shaklee yang berjaya, tetapi objektif utamanya ialah melahirkan JUTAWAN SHAKLEE yang unggul dari semua aspek modal insan dan mempunyai nilai tambah diri yang tinggi.


  • I = Saya/aku
  • R = Respect, kalau orang perak kata hormat menghormati
  • E = Excel, orang Shah Alam selalu sebut cemerlang
  • A = Able,  yang ni oghang utagha panggil serba boleh
  • C = Care, hok ni orghe kelate sebut ambil berat atau ambil peduli
  • H = Humble, orang sabah bah  panggil walaupun hebat tapi sangat merendah diri.
Untuk info, group saya iaitu Superb Fantastic berada di bawah naungan Organisasi iREACH. Insyallah sesiapa yang menjadi ahli Shaklee dengan Superb Fantastic tidak akan terlepas dari radar iREACH. Kita bukan sahaja mengejar kejayaan di dunia tetapi kita turut membuat persediaan untuk akhirat. Jom kita jadi modal insan dengan nilai tambah yang tinggi!

daftar ahli shaklee dengan superbvitamin
Peserta Jom Hebat Mega 2014

Shaklee bukan Head Hunting

Shaklee adalah satu-satunya MLM yang bukan terlalu 'desperate' atau head hunting. Bukan membina kekayaan untuk orang lain. Kekuatan Shaklee terletak kepada produknya yang semulajadi dan bukan organik. Mari kita baca kekuatan shaklee (sila klik) yang menjadi fenomena rakyat Malaysia sekarang.

menjadi ahli shaklee dengan group hebat
Vitamin Shaklee siap sedia untuk dipos

Shaklee bukan sekadar mencari kekayaan

Saya bersyukur kerana saya mampu membuat orang lain bahagia dan gembira. Saya berjaya menyebarkan kebaikan kepada orang lain. Sesungguhnya inilah yang saya cari selama ini. Selain mencari rezeki, kita berpeluang untuk berbuat kebaikan. Shaklee sangat membahagiakan saya dan orang lain. Shaklee mendidik kita membantu orang lain gembira. Sila klik kebaikan shaklee untuk perinciannya.

Layan steam boat bersama keluarga Superb

Aktivit santai mengeratkan ukhuwah


Aktiviti potluck sambil tukar-tukar ilmu

Kaum bapa sangat enjoy dengan aktiviti potluck


Konsep bisnes online yang mudah

Rahsia kejayaan bisnes Shaklee ialah melalui internet marketing amnya dan blog marketing khususnya. Peranan blog marketing sebagai medium utama untuk menjual produk. Kedai “online”Superbvitamin saya ini sudah menjana jualan puluhan ribu ringgit sebulan secara auto-pilot. Best kan? Barulah dikatakan "Kita tak cari customer, tetapi customer yang ghairah cari kita." Group saya juga selalu mengadakan seminar secara “offline” dimana-mana tempat yang memerlukan kami hadir dan memberikan ceramah berkenaan dengan “Rahsia Menjana Income 4 angka Shaklee Dalam Masa 3 Bulan”. Sila baca best buat bisnes Shaklee (sila klik).

bisnes shaklee online
Kelas internet marketing
Kelas teknik viral facebook dan blog
Kelas eksklusif untuk blog marketing dari saya

bisnes online shaklee
Seisi perkongsian teknik berbloging
Small coaching yang santai

Adakah stigma MLM haram jadah sudah lenyap dari minda anda? Berfikir sebelum bertindak, bijak memilih MLM dan risiko perniagaan yang kecil adalah elemen penting sebelum kita menyertai sesuatu MLM. Peluang sudah terhidang. Jom sign up Shaklee bersama saya. Make Us Dream! Jom kita klik untuk baca Kebaikan dan Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee 


Masih tidak puas hati cerita saya ini? Mari kita baca dan klik ini 
Tips Berjaya Bisnes Shaklee - Ikhlas, Ceria dan Gembira


Hubungi saya untuk daftar ahli Shaklee sekarang di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 019-2249556
♥ Emel :  superbvitamin@gmail.com

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?