Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Kenapa Pengambilan Vitamin Tidak Memberi Kesan?

with 0 Comment
Dapatkan panduan yang betul
Jangan cepat menunding jari mencari kesalahan orang lain. Sebelum menyalahkan orang lain, kita perlu muhasabah diri kita dulu. Kenal kelemahan kita. Apa sikap kita yang negatif. Cukupkah tindakan positif kita. Kena selidiki keseluruhan apa yang menyebabkan sesuatu masalah itu terjadi. Bukan main semborono sahaja meletakkan kesalahan kepada pihak lain demi menutup kelemahan diri kita.
amalkan vitamin dalam kehidupan seharian

Begitu jugalah dengan pengambilan vitamin dalam kehidupan seharian. Memang benar kita akan berasa kecewa bila kita dapati pengambilan vitamin tidak memberi impak positif pada diri kita. Seolah-olah tiada perbezaan positif yang ketara dapat kita nikmati. Lantas kita cepat menuduh vitamin tidak berkesan dengan kita. Vitamin ini tak bagus. Aaargh! Memang senangkan menjatuhkan hukum tanpa usul periksa kan kan?
Jangan salahkan vitamin kalau vitamin itu sudah menjalani pelbagai ujian klinikal dan saringan sebelum ia dibenarkan penjualannya kepada kita. Kenapa tidak? Sebab itu kita kena lihat semula cara kita makan vitamin atau lebih mudah kita semak balik life style kita macam mana. Kalau ada salah diri sendiri pon rasa tak puas ati. Susah gitu tau. 
Ada beberapa faktor yang menyebabkan pengambilan vitamin tidak memberi kesan kepada tubuh seseorang itu. Faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut:

Pengambilan air kosong
  • Pengambilan air kosong dipandang remeh. Ramai yg lebih gemar minum air manis atau yg berwarna. Tapi kita lupa yg air manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan menyebabknan kegemukan. Kita digalakkan minum air putih 3 liter sehari. Bagi membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik. Air putih penting untuk pastikan detokfikasi berjalan lancar supaya toksin dapat dikeluarkan daripada badan. Air merupakan bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan, membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel ke seluruh badan. Kekurangan air akan menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan. 
  • Makan Vitamin secara banyak dan sekaligus pada satu masa. Tujuannya takut terlepas makan vitamin yang lain. Ini boleh meningkatkan kepekatan darah pada masa tertentu,lebih-lebih lagi sebalum tidur. Sedangkan pada masa yang sama anda kurang ambil air putih bagi membantu penyerapan khasiat vitamin yang telah anda ambil. Bila membeli vitamin dapatkan jadual pengambilan vitamin yang sesuai daripada Perunding Kesihatan. Cuba agihkan pengambilan vitamin mengikut keperluan dan kesesuaian supaya kepekatan darah kita tak meningkat secara mendadak pada satu2 masa. Dalam masa kita juga membantu agar buah pinggan tak terbeban dalam memproses nutrien dalam badan. Makin kurang air, makin terbeban ginjal kita untuk memproses.
  • Pengambilan Kafein. Pengambilan minuman berkafein boleh ganggu penyerapan nutrisi vitamin yang diambil. Bila mengambil dengan kuantiti yang banyak dan berterusan boleh menyebabkan pembaziran pada khasiat vitamin yang diambil dan kerosakan pada vitamin.
  • Pengambilan Vitamin bersama ubat. Bagi kita yang masih dalam pengawasan doktor dan bercadang mengambil vitamin pada masa yang sama, elakkan mengambil kedua-duamya secara serentak. Kerana ia boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh dan boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya. sekiranya anda mengambil  vitamin dan ubat, jarakkan pengambilan ubat atau vitamin 2 @ 3 jam.
  • Tidak konsisten dalam pengambilan Vitamin. Ni kalau rasa nak, makan, kalau malas tak nak makan. Ada juga yang berhenti separuh jalan bila lihat tiada kesannya. Harus faham, kesan suplemen ke atas tubuh kita adalah perlahan-lahan.Ramai orang yang tidak penah mengambil suplemen sebelum ini akan mengalami Healing Crisis selepas mengambil Suplemen Shaklee semulajadi. Jangan risau ia adalah positif kerana badan kita dalam proses pemulihan. Berikan masa pada tubuh anda 3-6 bulan untuk benar-benar merasai keberkesannya. Ikuti peraturan dalam pengambilan suplemen dan minum air 3 Liter sehari.
  • Pantang larang makan vitamin. Ada jugak yg tak ikut pantang larang atau cara makan vitamin tu sendiri. Contohnya multivitamin Vitalea tak boleh diambil bersama dengan susu sebab multivitamin yg lengkap dengan zat besi kalau diambil bersama dengan susu akan menyebabkan gangguan pada penyerapan zat besi. Kan rugi? Contoh lain, vitamin E tak boleh diambil dengan alfalfa sebab kalau diambil dengan alfalfa akan mengganggu penyerapan Vitamin E. So kalau dah dimaklumkan apa yg boleh dan tidak, elokla ikut.
Oleh itu, bagi mendapat kesan pengambilan vitamin secara optimum, cuba elakkan perkara seperti yang tersebut. Jangan main makan sahaja vitamin ni. Kena ada ilmunya.  Yang paling penting dapatkan vitamin daripada pengamal vitamin yang betul. Kita kena dapat cara panduan dan aturan amalan vitamin yang betul untuk mendapat kesan optimumnya. Bukan makan, pakai dan buang. Rugi dan tak berbaloi.

Jadi jika uols nak amalkan vitamin dalam kehidupan seharian bolehlah berurusan dengan saya. Insyallah saya akan guide uols. Everything all in. Bagi saya kepuasan melihat orang lain gembira adalah saat yang paling bahagia daripada menjual semata-mata. Nak dapat konsultasi lengkap dan berterusan kenalah beli vitamin shaklee dengan saya! Sayang uols!
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?