Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Vitamin Untuk Melegakan Sakit Tonsil

with 0 Comment
Aduh sakitnya tekak ni!

Entri kali ini saya nak cerita mengenai tonsil. Uhhh... Bila tonsil melanda memang merungsingkan. Kesakitan bahagian tekak membuatkan kita memandang sepi sahaja makanan yang lazat dihidangkan di depan kita. Mana taknya, nak menelan makanan pun sukar.

Nutriferon Shaklee dapat melegakan sakit tonsil


Rasa pedih dan perit menjalar sampai boleh hilang selera makan. Tonsil boleh menyerang semua orang tak kira dewasa atau pun kanak-kanak. Adakah tonsil ini bahaya? Bagaimana ia terjadi?

Bonjolan tonsil biasa tidak berbahaya kerana tonsil berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan badan daripada serangan kuman. Tetapi sekiranya bengkak tersebut disebabkan bakteria pesakit perlu berhati-hati kerana ia boleh membawa maut. 
Tanda-tanda Penyakit Tonsil sumber
  • Sakit sewaktu menelan, tanda utama yang membuatkan pesakit datang untuk berjumpa dengan doktor. Ada kalanya ia disertakan dengan demam panas yang mencecah 40°Celcius.
  • Saiz tonsil yang besar, baik pada pesakit yang diketahui mempunyai hipertrofi tonsil atau pun kesan infalamasi hasil daripada jangkitan akan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Kedua-dua belah tonsil mungkin membengkak dan bersentuh di bahagian tengah orofarinks (kissing tonsils). Apabila ini berlaku, pesakit akan mengalami tidur berdengkur, kadang-kadang berhenti bernafas atau apnea sewaktu tidur. Menelan, walaupun air liur sendiri, juga menjadi suatu pengalaman yang memeritkan. Dalam kes jangkitan kawasan peritonsilar, perubahan suara akan berlaku di mana pesakit akan bertutur seperti dia sedang memakan sesuatu yang panas (hot potato voice).
  • Dalam kes-kes ketumbuhan, ada pesakit yang mengadu batuk berdarah dan pemeriksaan menunjukkan permukaan tonsil yang mengalami ulser dan berdarah apabila disentuh. Tidak kurang juga pesakit yang datang dengan tanda yang minimum seperti merasa seperti ada sesuatu yang terlekat di kerongkong sewaktu menelan.
Nutriferon Shaklee dapat melegakan sakit tonsil

Baru-baru ini saya mengalami tonsil. Agak bengkak jugaklah. Sebagai ibu mengandung memanglah saya risau untuk makan ubat-ubatan antibiotik yang sememangnya tidak digalakkan untuk ibu mengandung mengambilnya. Jadi untuk melegakan sakit tonsil ini saya mengambil suplement semulajadi iaitu Nutriferon Shaklee. Nutriferon berfungsi untuk meningkatkan sistem imuniti kita. Ia produk Shaklee yang sangat istimewa kerana bukan sahaja boleh meningkatkan imunisasi badan kita bahkan boleh 'prevent' kita dari penyakit berjangkit yang lain seperti demam, selesema dan sebagainya.

Nutriferon Shaklee dapat melegakan sakit tonsil

Jom kita baca apa itu nutriferon

Nutriferon yang terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. Nutriferon menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri. Nutriferon sangat terkenal sebagai imune booster semulajadi.

Dalam Nutriferon, ada sumber semulajadi interferons seperti biji labu, biji plantago, bunga Japanese Honeysuckle dan bunga Saffflower. Nak makan apa pun kena ada sukatan yg betul, mana nak cari semua ni, susah kan? Dapatkanlah nutriferon dan jadikan ia vitamin wajib ada di rumah kita. Jemput baca di sini untuk penerangan jelas mengenai nutriferon meningkatkan imunisasi kita.

Vitamin C dapat mencegah tonsil

Selain itu saya mengamalkan Vitamin C Shaklee. Ia juga dapat melegakan tonsil. Sila klik di sini untuk kebaikan vitamin C Shaklee

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini



Marhalah Kehamilan Saya: Ibu Mengandung di Trimester Kedua

with 0 Comment
Episod keempat

Salam semua mommy preggy. Semoga uols semua sihat walafiat. Alhamdulillah hari ini saya dapat menyambung segmen Marhalah Kehamilan Saya. Sudah lama terpendam-pendam dalam hati. Akhirnya dapat juga menukilkan sesuatu untuk dikongsikan bersama. 

hamil pada trimester kedua


Sekarang usia kehamilan saya sudah masuk ke trimester kedua. Memasuki bulan keempat mengandung, rasa mual,loya dan muntah yang sebelum ini terjadi sudah tidak terjadi lagi. Boleh dikatakan mengandung pada trimester kedua ini adalah saat paling bahagia buat ibu hamil. Morning Sickness yang sering dialami sudah lenyap begitu sahaja.Tenaga bertambah dan keadaan hamil mulai terasa tenang dan nyaman.

Rutin harian saya berjalan lancar. Tidak lagi tergendala akibat mabuk dan pening-pening. Semua tugasan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tahap hormon pada peringkat ini telah pun stabil, oleh itu saya dapat tidur dengan lebih selesa. Uterus (rahim) ibu mengandung pada masa ini juga telah naik ke atas dan tidak lagi menekan pundi kencing. Ini bermakna, kuranglah membuang air pada waktu malam. 

Sudah boleh mengukir senyum selalu. Sebelum ini mood asyik nak marah tak semena-mena sering menghantui saya. Ada saja yang tak kena. Orang lama kata ini terjadi sebab pembawakan budak. Huhuhuhu. Namun begitu ibu mengandung di trimester kedua tetap akan merasai pelbagai kejadian dan perubahan pada diri. Jangan panik dan bimbang. Hanya kita kaum hawa sahaja yang mampu menikmati keajaiban ciptaan Allah ini. Kita perlu melaluinya dengan penuh penghayatan dan rasa kesyukuran yang tinggi kerana kita bakal melahirkan umat Muhammad SAW tidak lama lagi.

Marhalah Kehamilan Saya


Ibu Mengandung di trimester kedua akan mengalami:

  • Perut yang semakin membesar.  Perkembangan janin yang membesar telah membuat saiz perut ibu hamil kian membesar bagi mengimbangi pertambahan ukuran dan berat rahim. Setiap bulan berat ibu hamil akan bertambah sekitar 2kg
  • Badan sering lelah dan pening. Pembuluh darah akan melebar kerana perubahan hormon dan menyebabkan jantung bekerja keras menyalurkan darah lebih banyak untuk mengisinya. Apabila tubuh kurang cergas dan letih, jantung menjadi tidak stabil dan darah tidak dapat disalurkan secukupnya yang akan mengakibatkan pening kepala. Ibu mengandung dinasihatkan untuk tidak berdiri atau duduk statik terlalu lama. Cuba lakukan sedikit pergerakan bagi mengelakkan darah tidak sampai ke otak.
  • Buah dada yang membesar. Kelenjar susu yang semakin membesar akibat dari pengaruh hormon estrogen dan progesteron membuat payudara ibu hamil tampak membesar, berat payudara yang bertambah ini menyumbangkan lebih kurang 1/2 kg untuk berat badan, yang akan menambah 2 kali ukuran cup bra yang sedang ibu hamil pakai sekarang
  • Pergerakan pada bahagian bawah perut. Pergerakan ini diperlukan untuk memperkuat rahim ibu mengandung semasa tempoh mengandungkan si comel. Tidak ada waktu yang tepat bila pergerakan ini terjadi. Ia tidak menyebabkan rasa sakit. Kalau ada rasa pelik dan pergerakan yang luar biasa sila hubungi doktor dengan segera.
  • Perubahan warna kulit. Dengan meningkatnya peredaran darah dalam tubuh, ibu mengandung akan berasa lebih sihat. Perubahan warna kulit akan berlaku terutama pada sekitar puting susu (areola). Warnanya menjadi lebih gelap daripada sebelumnya. Kulit wajah ibu mengandung akan menjadi lebih cantik dan berseri-seri.
  • Kejang pada kaki. Tekanan dari rahim kepada pembuluh darah utama menuju kaki membuat darah mengalir kembali ke arah kaki. Ini akan menyebabkan kejang.
  • Perut kembung dan sakit. Pada trimester kedua kehamilan proses pencernaan menjadi agak lambat dari kebiasaannya. Apa yang bagusnya ia dapat  membuatkan segala nutrisi diserap secara lebih maksimum. Yang tak bestnya ibu hamil akan rasa tidak selesa pada perut dan menyebabkan kembung. Untuk atasi masalah ini disarankan ibu mengandung lebih kerap makan. Jangan makan terlalu banyak. Makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Makanlah makanan yang mengandungi banyak serat dan jangan lupa untuk minum banyak air. 
  • Nafas menjadi lebih pendek. Paru-paru pada ibu hamil bertindak dengan lebih cepat selari dengan pergerakan otot jantung untuk membekalkan oksigen yang lebih banyak. Ini akan menyebabkan tugasan paru-paru meningkat dan nafas menjadi lebih pendek. 
  • Masalah membuang air kecil. Perubahan hormon akan membuat pembuangan air kecil kadang kala tidak lancar.  Sementara rahim yang semakin membesar akan memberi tekanan kepada pundi kencing. Ibu hamil dinasihatkan supaya tidak menahan kencing dan menjaga kebersihan vagina untuk mengelakkan bakteria masuk ke liang vagina.
Mengandung di trimester kedua memang mengasyikkan. Saya sedang enjoy melayan fasa mengandung di trimester kedua ini. Hanya kaum wanita sahaja yang dapat menikmati pergerakan menakjubkan ciptaan Allah di dalam rahimnya. Orang lelaki boleh? Orang lelaki hadoo? Huhuhuhu.

Insyallah kita berjumpa lagi di episod lain. Semoga apa yang saya kongsikan di entri ini bermanfaat untuk kita semua.

Untuk ibu-ibu hamil yang ingin mencari vitamin ibu mengandung bolehlah klik di sini.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Supplement Wanita Hebat Shaklee

with 0 Comment
Wanita dan usia

Kesibukan melaksanakan tugasan pejabat dan tugasan tetap di rumah menyebabkan wanita selalunya kesuntukan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar atau pun tangkap muat seringkali menjadi amalan harian. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Jika usia mula menjengah  30-an, bersiap sedialah kerana ketika itu badan kita mula merosot prestasinya dan mudah mendapat penyakit.


vitamin untuk wanita


Itu belum cerita kisah mengandung, beranak dan berpantang lagi.Pengorbanan yang paling besar bagi seorang wanita ialah melahirkan anak.Selain itu ,wanita juga sering dilanda masalah seperti senggugut,haid tidak teratur,masalah kulit,rambut gugur,masalah sendi dan sebagainya.

Dalam kesibukan seharian, wanita perlulah memberi sedikit reward mencuri sedikit masa untuk ‘merawat, menjaga dan memanjakan’ diri sendiri. Penjagaan dari usia muda dapat memberi kebahagiaan menjelang penambahan usia. Kenapa?
 Usia wanita berlainan mengalami masalah sakit puan yang berbeza.

  • Bawah usia 20 tahun - ketidakseimbangan hormon disebabkan ovari yang belum matang dan tekanan psikologi.
  • Usia 20 hingga 30 tahun - ketidakseimbangan hormon disebabkan tekanan psikologi; Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) iaitu keadaan folikel yang terdapat di dalam ovari tidak menjadi matang, gagal untuk mengeluarkan telur dan menyebabkan masalah kesuburan.
  • Usia 30 hingga 40 tahun - ketidakseimbangan hormon disebabkan tekanan, PCOS, fibroid atau polip pada rahim, endometriosis (tisu selaput rahim tumbuh di luar rahim) dan endometrial hyperplasia iaitu peringkat pra-kanser dinding rahim.
  • Usia 40 hingga 50 tahun - ketidakseimbangan hormon disebabkan perimenopausal (masa transisi sebelum terjadinya menopause) dan endometrial hyperplasia (pra-kanser).
  • Usia 50 ke atas - endometrial hyperplasia (pra-kanser) dan kanser.

Bagi mengekalkan kesihatan saya di tahap optimum saya telah mengambil set supplement wanita hebat shaklee. Apakah kebaikan supplement wanita hebat ni?


vitamin untuk wanita



Kebaikan supplement wanita hebat:
  • membantu melegakan simptom senggugut dan menopos
  • menggalakkan kulit yang sihat dan cantik
  • menggalakkan tulang yang kuat
  • mengurangkan risiko penyakit jantung
  • melegakan sakit-sakit sendi
  • membantu membakar lemak dan mendapatkan berat badan yang ideal
  • lebih bertenaga,melegakan rasa letih dan lesu
Jemput baca penerangan selanjutnya di sini.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Al Ain Bukan Perkara Main-main.

with 0 Comment

Kenapa tidak upload gambar bayi?


Salam semua kepada pembaca setia blog SuperbVitamin. Semoga uols semua sihat dan berada dalam radar rahmat Allah selalu. Entri kali ini saya nak sharing mengenai Al-Ain. Uols tahu ke? Pernah ke ambil tahu? Apa itu Al-Ain? Bahayakah ia? Jemput baca perkongsian ilmu ini yang saya ambil dari fb Wan Asrul Al-Ayadrus.

Al Ain Bukan Perkara Main-main.

Ada sahabat-sahabat yang berada di luar Melaka, baik sahabat sang faqir mahupun sahabat isteri tersayang Muslim Cottage, bertanya, kenapa tidak upload gambar Wan Nur Khadijah AtThohirah(puteri sulung, anak ketiga kami)?

Toyyib, hasanan, sang faqir akan cuba jelaskan kenapa.

Adapun, umur Nur Khadijah sudah mencecah ke 27hari, AlhamdulILLAH diamankan ALLAH dari segala masalah dan kesukaran setakat ini.

Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal.

2 permasalahan fizikal melibatkan antibodi dan sawan. 2 permasalahan ini akan sang faqir huraikan dalam posting yang akan datang.

Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.

Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.

Sang faqir garis tebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan.

Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya:
"Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). "

Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.

Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.

Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ
Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).

Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.

Terdapat dua jenis ain, iaitu : 
ain insi (‘ain berunsur manusia) dan
‘ain jinni (‘ain berunsur jin).


Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:

1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ

Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)

عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya.

Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi?

Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa. NauzubILLAHi min Zalik.

Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le)

Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.

Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas.
Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk)
Bersabit dengan hadith :

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ
Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia.
(HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).

Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.

Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku:
Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya).

Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.

Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.

Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu. NauzubILLAHi min zalik.

Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka.

Wassalam.

Marhalah Kehamilan Saya: Sakit Gigi Ibu Mengandung

with 1 comment
Episod ketiga

Mood saya minggu lepas memang rasa nak marah ku tahan-tahan. Kacau bilau ribut taufan! Orang kata sakit gigi ni boleh menyebabkan kita terganggu emosi. Silap-silap boleh makan penampar kalau tersilap cakap dengan pesakit gigi. Pantang orang silap siket memang siapla orang tu kena marah... heheheheh. Memang mengandung kali ini sangat-sangat memberi cabaran dan dugaan kepada saya. Ya Allah, janganlah Kau beri ujian yang berat-berat kepada ku. Ya Allah, sembuhkanlah sakit gigi ibu mengandung ini. Permudahkanlah urusan kehamilanku ini Ya Allah.



Sampai suatu ketika saya memang dah tak tahan menanggung sakitnya. Rasa nak cabut jer gigi ni. Tapi bolehkah ibu mengandung dicabut giginya. Tidak mudaratkah kepada bayi dalam kandungannya. Pelbagai persoalan menerawang di kepala sambil emosi tidak stabil dek kerana menahan kesakitan. Lantas saya mendapatkan nasihat dan info daripada Doktor Anitawati iaitu doktor gigi yang mempunyai klinik pergigian di Subang Perdana.

Bolehkah wanita hamil mencabut gigi yang rosak. Ibu hamil dikatakan tidak boleh melakukan prosedur mencabut gigi. Mitos atau kenyataan?
Walaupun seorang wanita itu sedang hamil, mereka boleh menjalani rutin pemeriksaan berkala dan rawatan gigi, namun pastikan ia tidak membabitkan prosedur agresif.

Sebelum itu kita kena tahu kenapa ibu hamil mudah mendapat sakit gigi? 

  • Perubahan hormon
  • Bertambahnya pengaliran darah dalam badan ibu mengandung mengakibatkan gusi bengkak, menjadi sensitif dan berdarah.
  • Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak.
  • Rasa mual dan muntah di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu menyumbang masalah gusi dan gigi berdarah.


Pakar pergigian Klinik Pergigian Dr Anitawati, berkata bakal ibu dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang rawatan seperti cabutan membabitkan suntikan pelalian terutama pada tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kehamilan.

“Trimester pertama dan ketiga adalah waktu penting kehamilan, yang mana janin sedang berkembang. Justeru, sebarang rawatan membabitkan suntikan yang terus masuk ke dalam darah perlu dielakkan begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, tahan sakit serta imbasan X.”

Bagaimanapun, jangan salah faham sehingga tidak bertemu doktor walaupun mengalami masalah gigi serius kerana mencuci plak atau tampalan boleh dilakukan seperti biasa. Malah, jika masalah gigi serius sehingga perlukan suntikan, dos rendah akan dikenakan.

masalah ini.

Rawatan gigi


  • Sekiranya menghadapi masalah gigi seperti gigi berlubang sebaiknya ibu hamil berjumpa dengan doktor gigi. Namun sebelum doktor melakukan pemeriksaan atau rawatan jelaskan bahawa anda sedang hamil. Keadaan ini untuk mengelakkan tidak melakukan pemeriksaan yang boleh menganggu kehamilan seperti penggunaan sinar-x.
  • Selain itu pemberian ubat pada wanita hamil juga perlu diberi perhatian. Penting diketahui banyak ubat yang tidak dapat diberikan kepada wanita hamil kerana ditakuti memberi kesan buruk terhadap janin yang dikandung. 
  • Sekiranya doktor mengambil tindakan radikal seperti mencabut gigi, ia mungkin dilakukan setelah membuat pertimbangan yang wajar dan matang. Ini kerana ubat bius yang diberikan mampu mempengaruhi kontraksi rahim. Itulah sebabnya doktor tidak akan melakukan tindakan bersifat pembedahan ketika kehamilan terutama pada trimester pertama dan ketiga.

Bagi melegakan kesakitan gigi, saya telah mengamalkan Ostematrix Shaklee.

Ostematrix menyediakan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber semulajadi yang pekat dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan mereka
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
Cuma kali ini saya terpaksa mengubah cara makannya. Setiap 6 jam saya akan menelan 4 biji tablet bagi melegakan kesakitan gigi ini. Alhamdulillah kerana sakit gigi tersebut beransur berkurangan. Kerja yang tergendala kembali dapat dilaksanakan. Kalau tak memang tak jadi apa. Asyik melepek atas tilam menahan kesakitan. Nak balas sms/whatsapp dari customer pun tak berdaya.

Untuk ibu-ibu hamil yang ingin mencari vitamin ibu mengandung bolehlah klik di sini.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Suri Rumah Boleh Menjana Pendapatan Lumayan dengan Shaklee

with 0 Comment
Jom tambah pendapatan kita!

Selamat tahun baru semua pencinta blog Superb Vitamin. Hari ni hari pertama kita di tahun 2014. Bagaimanakah perasaan uols memasuki tahun baru ini? Sudah mempunyai azam baru ke? Azam tahun lepas berapa percent dapat dilaksanakan? Berjayakah mencapai KPI yg uols tetapkan? Semestinya tahun 2014 menjanjikan tahun yang penuh mencabar dan kita perlu bekerja dengan lebih rajin lagi demi meningkatkan ekonomi kita dan keluarga. Jiwa perlu kental! Jangan mengalah dengan keadaan.


Memang best buat  Shaklee business ni


Umum mengetahui tahun 2014 adalah tahun yang dikatakan tahun NAIK. Nilai not rm50 seakan tidak membawa apa-apa makna untuk kita pada hari ini. Pergi sahaja ke pasar malam. Apa yang kita dapat beli dengan rm50. Banyak ke barangan yang kita dapat beli? Cukupkah untuk keluarga kita? Memang pening bila memikirkan perbelanjaan kos kehidupan meningkat tetapi gaji masih lagi ditakuk lama. Kalau naik pun alaaahaaii berapa jer. Betul tak?

Entri pertama saya di tahun baru ni nak cerita macam mana suri rumah boleh menjana pendapatan lumayan dengan Shaklee meningkatkan ekonomi keluarga. Siapa suri rumah? Sila angkat tangan! Melakukan kerja di rumah juga sudah menjadi trend pada zaman globalisasi ini. Kerja dari rumah juga mampu meraih pendapatan 3,4,5 atau 6 angka sebulan. U DECIDE!


Memang best buat  Shaklee business ni


Perniagaan ini boleh dibuat 100% secara online. Semua dihujung jari. Boleh order melalui online. Insyallah dalam 1 atau 2 hari bekerja sampailah barang ke tangan kita atau ke tangan customer. Mudahkan? Sambil kita jaga anak-anak  di rumah dan buat kerja suri rumah kita boleh lagi berniaga. Kita tak perlu nak keluar rumah cari kerja lain dah. Shaklee memang menjanjikan pendapatan lumayan. 

Bermula dengan RM75 sahaja. Daftar keahlian cuma RM75 dan anda akan diberikan satu bisnes kit yang mengandungi detail produk, detail harga pengedar, cara kiraan bonus, dan bermacam-macam lagi. 

Antara keistimewaan bisnes Shaklee ini:

  • Tidak memerlukan modal yang besar
  • Konsep bisnes 'Jual macam tak jual'
  • Kita tak cari customer, tapi customer yang cari kita
  • Tidak perlu membuat stok di rumah.
  • Tidak perlu 'head-hunting' atau mencari kaki.
  • Tidak memerlukan saya keluar daripada rumah.
  • Product-based ataupun bisnes berasaskan jualan produk.
  • Adil dan tiada penindasan.
  • Mematuhi syariat perniagaan Islam.
Kenapa anda perlu mendaftar dengan saya?
  • Anda akan diberi akses ke dalam 'secret group fb' saya yang hanya boleh disertai oleh downline saya sahaja. Anda juga secara automatik akan diakseskan ke secret group fb upline saya (Master) yang sudah berjaya. Dalam group ini banyak info tentang perniagaan online, tips marketing, cara closing dengan betul, bagaimana nak menarik pelanggan dan banyak lagi rahsia perniagaan yang akan diberikan kepada anda
  • Anda juga akan dimasukkan ke satu lagi group iaitu group untuk belajar teknik pemasaran online. Di sini anda akan diajar bagaimana facebook marketing, selok belok berbloging, dan cara nak menconqure google.
  • Personal coach akan diberikan berdasarkan permintaan melalui seminar dan kelas.
  • Jika anda tidak tahu berfacebook atau berblog, kami akan ajar bagaimana caranya. Semuanya akan diberikan. Janji anda ada kemahuan yang jitu untuk berjaya.
  • Ramai downline saya mendapat income 4 angka hanya selepas menyertai kumpulan kami selama 1 atau 2 bulan sahaja. Anda bagaimana? Nak seribu daya, taknak dok diam-diam lah.
Memang best buat  Shaklee business ni! Jom follow saya yang kini sudah meraih pendapatan 5 angka sebulan! Jom daftar Shaklee bersama saya sekarang!


Hubungi saya sekarang di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
(Senior Koordinator Shaklee)

Kalau uols suri rumah yang berazam serius nak tambah pendapatan keluarga, bantu suami, nak keluar dari kemelut senkek sila klik link-link di bawah.


Best Buat Shaklee Business



Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Shaklee


Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Promosi September 2016

Promosi September 2016
Jangan lepaskan peluang ini

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?