Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Masalah Biasa Ketika Hamil

with 0 Comment
Perubahan biasa ketika hamil

Apabila disahkan hamil, kehidupan yang dilalui oleh bakal ibu jauh berbeza berbanding ketika tidak berbadan dua. Ada yang perlu melalui pelbagai masalah dan kesakitan namun bagi yang bernasib baik, kehamilan dinikmati penuh bahagia.

Jangan khuatir kerana kebanyakan masalah yang dihadapi oleh ibu hamil adalah normal dan tidak memudaratkan bayi dalam kandungan. Ini adalah masalah biasa ketika hamil.  Namun begitu, ada juga keadaan yang membuatkan bayi dalam kandungan turut sama merasai dan mengganggu perkembangannya dalam perut. 



vitamin untuk atasi alahan semasa mengandung


Antara masalah biasa ketika hamil adalah:


1. Cirit-birit

  • Biasanya masalah ini disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus.
  • Banyakkan pengambilan air antara 12 hingga 14 gelas sehari bagi menggantikan cecair yang hilang. Minta nasihat doktor. Jika perlu, periksa najis anda untuk memastikan masalah sebenar yang sebenar.
  • Cirit-birit boleh menyebabkan kekurangan air dalam badan atau dihidrasi. Jika keadaan ini berlarutan, bayi dalam kandungan mungkin mengalami pelbagai risiko.

2. Pening secara tiba-tiba
  • Ia berlaku akibat kekurangan bekalan darah di otak. Biasanya, kekurangan darah di otak disebabkan oleh bebrapa perakra. Antaranya, berdiri terlalu lama dan keperluan darah yang banyak pada uterus.
  • Jangan berdiri terlalu lama. Kerap duduk, baring bila terasa pening atau bergoyang. Jangan bangun secara mengejut atau bertukar suhu terlalu cepat seperti keluar dari bilik air selepas mandi menggunakan air panas.
  • Tidak berisiko tetapi boleh memudaratkan bayi jika keadaan ini berlarutan khususnya bila pertu ibu berasa berasa agak tegang ketika keadaan itu berlaku.

3. Tekanan darah tinggi atau hipertensi
  • Keadaan ini menyebabkan ibu hamil berasa kurang selesa, pening dan pandangan kabur.
  • Punca masalah ini tidak dapat disahkan. Sebilangan daripada wanita mempunyai sel dari plasenta yang mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dipanggil vasoconstrictors yang menyebabkan saluran darah tidak berjalan dengan lancar. Keadaan ini menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.
  • Beritahu doktor jika anda mengalami masalah tekanan darah tinggi sebelum mengandung. Sekiranya masalah ini timbul ketika hamil, anda perlu berjumpa doktor lebih kerap untuk rawatan sewajarnya. Jika masalah ini semakin teruk, kemungkinan anda akan dimasukkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
  • Masalah ini boleh menyebabkan perkembangan bayi dalam kandungan agak lambat dan bayi tidak dapat oksigen secukupnya. Kedua-dua kesan ini boleh menyebabkan berat badan anak yang lahir di bawah paras normal.
4. Morning sickness
  • Perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil. Ia berlaku pada waktu pagi dan perut masih kosong.
  • Masalah ini boleh berlaku akibat kekurangan gula dalam darah dan peningkatan hormon mengandung yang menyebabkan iritasi pada perut ibu hamil.
  • Sesetengah makanan boleh mengurangkan masalah ini. Misalnya, makanan berkarbohidrat seperti roti, pasta, nasi, kentang dan bijirin yang dapat membekal tenaga untuk jangka masa agak panjang. Elakkan makan makanan yang tinggi lemak dan minuman berkafein seperti kopi. Banyakkan minum air kosong atau jus buah-buahan tanpa gula.
  • Jika masalah morning sickness berlarutan sehingga mengganggu anda sepanjang hari, ia boleh menyebabkan hyperemesis gravidarum yang mengganggu kandungan mineral dan kesihatan cecair ketuban.
  • Keadaan ini boleh menyebabkan masalah tekanan darah rendah. Kedua-dua kesan ini memberi risiko kepada bayi.

5. Water retention
  • Berlaku apabila jumlah kandungan air meningkat pada tisu tubuh. Kawasan paling kerap menerima kesan ini adalah pada kaki, muka dan tangan. Sebaiknya jangan pakai cincin ketika hamil, sebelum jari anda membesar akibat air berlebihan.
  • Keadaan ini berlaku apabila anda terlalu lama berdiri, cuaca terlalu panas atau tekanan darah tinggi. Hormon mengandung yang terbentuk menyebabkan buah pinggang ibu menghasilkan lebih banyak sodium yang akirnya menyebabkan badan ibu dipenuhi dengan air.
  • Jangan berdiri terlalu lama dan kerap meletakkan kaki di tempat lebih tinggi. Jangan makan makanan yang banyak menggunakan garam.
  • Dalam keadaan tertentu, masalah ini boleh menyebabkan bayi anda mengalamai pre-eclampsia.

Sumber:Pa&Ma

vitamin untuk ibu mengandung

Ibu hamil yang masih tercari-cari vitamin yang sesuai semasa mengandung boleh klik link di bawah:

vitamin untuk ibu hamil
vitamin atasi morning sickness
vitamin untuk ibu bekerja
mengatasi sakit pinggang ketika hamil


Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Promosi September 2016

Promosi September 2016
Jangan lepaskan peluang ini

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?