Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Performance Drink Minuman Isotonik di Bulan Puasa

with 0 Comment
Minuman isotonik di bulan puasa

Puasa hampir tiba. Bulan Ramadhan bulan yang amat dinantikan oleh umat islam yang bertaqwa. Mari kita pertingkatkan ibadat puasa.

Selain daripada berpenat lelah menunaikan ibadah puasa, dalam masa yang sama juga kita mendapat ganjaran yang besar daripada hasil ibadah tersebut, tetapi dengan syarat bahawa ibadah tersebut mestilah ditunaikan dengan cara yang dikehendaki oleh sunnah. Mendapat keseronokan berupa pahala dan keampunan adalah cita-cita seorang mukmin yang baik.

Ketika berpuasa kita kehilangan air di dalam badan akibat panas ketika siang hari. Jadi kita perlu mengekalkan kadar dehydration di kadar yang minima. Macam mana nak elak dehydration ni? Jangan gusar dan risau.


Selamat berpuasa dengan shaklee


Shaklee berjaya mengeluarkan Performance Drink minuman isotonik di bulan puasa. Ia mampu memberi kecergasan dan sesuai untuk seisi keluarga. Amat disyorkan sepanjang berpuasa dan ketika cuaca panas sekarang ini untuk mengekalkan kadar bendalir dalam tubuh. 

Performance Drink berperisa oren boleh dinikmati oleh:


  1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  3. Amat sesuai untuk mengelakkan kemeruduman susu ketika berpuasa (bagi ibu yang menyusukan) kerana ia  membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  4. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. 
  5. Sesuai juga diberikan kepada kanak-kanak yang demam 
  6. Sesuai juga diambil oleh pesakit Diabetis kerana  dapat memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
Formula unik dalam Performance Drink


Opti-Lyte adalah campuran saintifik elektrolit untuk menyokong tahap penghidratan optimum. Ia terbukti secara klinikal untuk penghidratan yang lebih baik daripada air dan mempunyai lebih banyak elektrolit dari jenama yang terkemuka.

Formula khas Opti-Lyte ini juga digabungkan dengan gabungan karbohidrat unik untuk memberikan tenaga segera dan berterusan serta menyokongpenghidratan optimum.

Gabungan karbohidrat yang dimaksudkan (dulu dikenali sebagai formula OptiCarb), termasuk glukosa, fruktosa dan maltodekstrin. Glukosa dan fruktosa adalah karbohidrat ringkas untuk penyerapan yang cepat. Maltodekstrin adalah karbohidrat yang lebih kompleks yang direka untukmemanjangkan penyerapan untuk membantu mengekalkan tenaga dan daya tahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
 

Jom kita lihat testimoni ini,

Performance Drink Minuman Isotonik di Bulan Puasa


Performance Drink menjadi minuman wajib saya seisi keluarga di bulan Ramadhan. Malah seisi keluarga menikmatinya sekali. Performance Drink minuman Isotonik di bulan puasa. Saya amat menyukainya!!!

Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Masalah Biasa Ketika Hamil

with 0 Comment
Perubahan biasa ketika hamil

Apabila disahkan hamil, kehidupan yang dilalui oleh bakal ibu jauh berbeza berbanding ketika tidak berbadan dua. Ada yang perlu melalui pelbagai masalah dan kesakitan namun bagi yang bernasib baik, kehamilan dinikmati penuh bahagia.

Jangan khuatir kerana kebanyakan masalah yang dihadapi oleh ibu hamil adalah normal dan tidak memudaratkan bayi dalam kandungan. Ini adalah masalah biasa ketika hamil.  Namun begitu, ada juga keadaan yang membuatkan bayi dalam kandungan turut sama merasai dan mengganggu perkembangannya dalam perut. 



vitamin untuk atasi alahan semasa mengandung


Antara masalah biasa ketika hamil adalah:


1. Cirit-birit

  • Biasanya masalah ini disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus.
  • Banyakkan pengambilan air antara 12 hingga 14 gelas sehari bagi menggantikan cecair yang hilang. Minta nasihat doktor. Jika perlu, periksa najis anda untuk memastikan masalah sebenar yang sebenar.
  • Cirit-birit boleh menyebabkan kekurangan air dalam badan atau dihidrasi. Jika keadaan ini berlarutan, bayi dalam kandungan mungkin mengalami pelbagai risiko.

2. Pening secara tiba-tiba
  • Ia berlaku akibat kekurangan bekalan darah di otak. Biasanya, kekurangan darah di otak disebabkan oleh bebrapa perakra. Antaranya, berdiri terlalu lama dan keperluan darah yang banyak pada uterus.
  • Jangan berdiri terlalu lama. Kerap duduk, baring bila terasa pening atau bergoyang. Jangan bangun secara mengejut atau bertukar suhu terlalu cepat seperti keluar dari bilik air selepas mandi menggunakan air panas.
  • Tidak berisiko tetapi boleh memudaratkan bayi jika keadaan ini berlarutan khususnya bila pertu ibu berasa berasa agak tegang ketika keadaan itu berlaku.

3. Tekanan darah tinggi atau hipertensi
  • Keadaan ini menyebabkan ibu hamil berasa kurang selesa, pening dan pandangan kabur.
  • Punca masalah ini tidak dapat disahkan. Sebilangan daripada wanita mempunyai sel dari plasenta yang mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dipanggil vasoconstrictors yang menyebabkan saluran darah tidak berjalan dengan lancar. Keadaan ini menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.
  • Beritahu doktor jika anda mengalami masalah tekanan darah tinggi sebelum mengandung. Sekiranya masalah ini timbul ketika hamil, anda perlu berjumpa doktor lebih kerap untuk rawatan sewajarnya. Jika masalah ini semakin teruk, kemungkinan anda akan dimasukkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
  • Masalah ini boleh menyebabkan perkembangan bayi dalam kandungan agak lambat dan bayi tidak dapat oksigen secukupnya. Kedua-dua kesan ini boleh menyebabkan berat badan anak yang lahir di bawah paras normal.
4. Morning sickness
  • Perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil. Ia berlaku pada waktu pagi dan perut masih kosong.
  • Masalah ini boleh berlaku akibat kekurangan gula dalam darah dan peningkatan hormon mengandung yang menyebabkan iritasi pada perut ibu hamil.
  • Sesetengah makanan boleh mengurangkan masalah ini. Misalnya, makanan berkarbohidrat seperti roti, pasta, nasi, kentang dan bijirin yang dapat membekal tenaga untuk jangka masa agak panjang. Elakkan makan makanan yang tinggi lemak dan minuman berkafein seperti kopi. Banyakkan minum air kosong atau jus buah-buahan tanpa gula.
  • Jika masalah morning sickness berlarutan sehingga mengganggu anda sepanjang hari, ia boleh menyebabkan hyperemesis gravidarum yang mengganggu kandungan mineral dan kesihatan cecair ketuban.
  • Keadaan ini boleh menyebabkan masalah tekanan darah rendah. Kedua-dua kesan ini memberi risiko kepada bayi.

5. Water retention
  • Berlaku apabila jumlah kandungan air meningkat pada tisu tubuh. Kawasan paling kerap menerima kesan ini adalah pada kaki, muka dan tangan. Sebaiknya jangan pakai cincin ketika hamil, sebelum jari anda membesar akibat air berlebihan.
  • Keadaan ini berlaku apabila anda terlalu lama berdiri, cuaca terlalu panas atau tekanan darah tinggi. Hormon mengandung yang terbentuk menyebabkan buah pinggang ibu menghasilkan lebih banyak sodium yang akirnya menyebabkan badan ibu dipenuhi dengan air.
  • Jangan berdiri terlalu lama dan kerap meletakkan kaki di tempat lebih tinggi. Jangan makan makanan yang banyak menggunakan garam.
  • Dalam keadaan tertentu, masalah ini boleh menyebabkan bayi anda mengalamai pre-eclampsia.

Sumber:Pa&Ma

vitamin untuk ibu mengandung

Ibu hamil yang masih tercari-cari vitamin yang sesuai semasa mengandung boleh klik link di bawah:

vitamin untuk ibu hamil
vitamin atasi morning sickness
vitamin untuk ibu bekerja
mengatasi sakit pinggang ketika hamil


Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Soalan Popular Sering Ditanya Tentang Penyusuan Susu Ibu

with 0 Comment
"Good bye formula milk!"

Hari ini saya nak berkongsi soalan popular yang sering saya terima berkaitan dengan dunia penyusuan susu ibu. Hampir setiap hari pasti ada soalan mengenai penyusuan susu ibu. Melalui sms, whatsApp, email dan juga facebook.

Alhamdulillah! Itu tandanya semakin ramai ibu yang mula menyedari kebaikan susu ibu. Susu ibu adalah yang terbaik di dunia! Jom kita tolak susu formula. Katalah "Good bye formula milk!"


soalan popular yang sering ditanya tentang penyusuan susu ibu


Bagi ibu yg baru mengenali dunia penyusuan susu ibu, pelbagai persoalan bermain di fikiran mereka. Adakalanya perkara tersebut membuatkan sesi penyusuan untuk si comel buah hati sayang akan terganggu. Jom kita baca apakah soalan popular tu?

Soalan popular sering ditanya tentang penyusuan susu ibu :


Kenapa menyusu awal itu penting?

Hisapan di peringkat awal amat penting kerana:

  • Dapat merangsang pengeluaran awal susu. Lebih banyak bayi menghisap payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan kemudian.
  • Dapat melindungi bayi dari jangkitan. Ketika bayi menyusu di hari-hari permulaan kelahirannya, dia akan menerima kolostrum yang berwarna kekuningan.

Kolostrum ini dan susu sebenar yang keluar beberapa hari kemudian mengandungi kandungan anti-jangkitan yang tinggi seperti immunoglobulins dan sel-sel putih yang menjadi sumber perlindungan utama dari jangkitan. Perlu ditekankan bahawa bayi yang menyusu dengan susu ibu adalah lebih sihat dan kurang terkena cirit birit atau penyakit lain.

Bilakah waktu yang sesuai bagi ibu mula menyusukan bayinya?
Waktu terbaik untuk memulakan penyusuan ialah selepas kelahiran dan perlu dilakukan secepat mungkin jikalau ibu mampu melakukannya. Meletakkan bayi ke dada ibu sebaik sahaja bayi lahir adalah pengalaman yang cukup berharga.

Dalam tempoh dua jam selepas bayi lahir, kemampuan menghisap berada pada tahap yang tinggi. Sesetengah bayi tidak berminat untuk hendak menyusu sebaik sahaja lahir. Jangan bimbang jika mendapati bayi anda mengantuk, membiarkan dirinya dibelai atau dilihat sahaja. Mungkin selepas itu baru dia berkeinginan hendak menyusu. Hisapan bayi pada payudara merangsang pengeluaran hormon yang akan menjadikan rahim menguncup. Ini membantu menyembuhkan sakit selepas bersalin.

Berapa lamakah harus saya menyusu pada sebelah payudara?
Paling baik ialah memberikan penyusuan yang singkat tetapi kerap kerana ini dapat membuatkan susu keluar lebih cepat dan meningkatkan kuantiti susu ibu. Ia juga memberi peluang kepada puting untuk menyesuaikan dengan hisapan bayi. Keinginan bayi menyusu boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibu. Bayi akan menentukan dengan sendiri masanya dia ingin menyusu. Melalui cara ini, bayi akan menghisap sebelah payudara sehingga payudara itu kosong. Ini membolehkan dia mendapat khasiat susu yang kaya dan berkrim yang terhasi di hujung penyusuan.

Susu yang keluar di 'akhir' setiap penyusuan digelar "hind milk". Susu akhir ini mengandungi khasiat lemak yang diperlukan untuk pembesaran bayi. Ibu diminta supaya menyusu bayi menggunakan payudara yang sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Bayi akan menunjukkan tanda-tanda sama ada hisapan pada sebelah payudara sahaja mencukupi atau tidak. Jika ia mencukupi, bayi akan menarik mulutnya keluar atau pun tertidur di payudara ibu. Jika bayi masih terjaga dan aktif mencari payudara, ini bermakna dia perlukan susu lagi. Oleh itu, berikan payudara yang sebelah lagi. Di awal kelahirannya, bayi memerlukan penyusuan yang kerap dan banyak bagi menjamin tumbesarannya.


Bilakah susu mula dihasilkan?
Diantara hari pertama dan keempat selepas kelahiran, susu sebenar yang berwarna putih akan mula dikeluarkan.Pada peringkat ini, kolostrum akan bercampur dengan susu baru, menjadikan ia kelihatan pekat berkrim. Secara perlahan-lahan, iaitu kira-kira seminggu kemudian, kolostrum akan berkurangan dan susu kelihatan cair, kebiruan dan berkeadaan seperti air. Inilah rupa susu ibu yang sebenar.

Sesetengah ibu mendapati payudara mereka penuh dan berat. Ini dipanggil bengkak susu. Sesetengah bayi akan kehilangan berat dalam tempoh beberapa minggu pertama. Bagaimanapun, berat bayi akan meningkat sebaik sahaja payudara ibu mula mengjasilkan susu.

Kenapa bayi tidak diberi susu formula atau air sementara menunggu susu ibu terhasil sepenuhnya?

Penting untuk dipastikan bayi tidak diberi apa jua penyusuan jenis lain kerana ia akan mengganggu penyusuan susu ibu. Jumlah kolostrum yang sedikit dan susu awal yang diperolehi oleh bayi dari payudara adalah mencukupi untuk tempoh beberapah hari sehingga susu ibu terhasil sepenuhnya dalam kuantiti yang banyak.

Apakah yang dimaksudkan dengan "Permintaan menyusu"?
Kajian menunjukkan bahawa faktor paling penting untuk menghasilkan susu ialah membenarkan bayi menyusu sebaik sahaja selepas lahir. Ibu yang mula menyusukan sebaik sahaja selepas bersalin akan cenderung untuk terus menyusu dengan berkesan. Bila penyusuan lewat dimulakan, kebanyakkan ibu akan berasa putus asa untuk meneruskan penyusuan.

Oleh itu, membantu ibu memulakan penyusuan secepat mungkin adalah satu cara paling berkesan bagi seseorang untuk membantu ibu menyusu. Perkara lain yang tidak kurang penting ialah menggalakkan ibu menyusu sekerap mungkin atau selama mungkin. Ini disebut 'permintaan menyusu'(demand) tidak perlu dihadkan berapa lama tempoh menyusu dan jarak diantara setiap penyusuan. Meletakkan bayi dekat dengan ibu di dalam bilik yang samaa akan menjadikan keinginan menyusu semakin meningkat dan mudah. Kini, semakin banyak hospital mendapati cara ini amat praktikal (Bukan sebab nurse malas nak jaga tau!).


Mengapa bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap?
Pada peringkat awal, bayi kelihatan ingin menyusu dengan kerap dan ibu menjadi letih untuk melayan permintaannya. Si ibu perlu berasa yakin bahawa dia perlu meluangkan masa dengan menyusu bayi dalam tempoh dua, tiga atau empat hari yang pertama. Jika dalam tempoh berkenaan, dia kerap melayan permintaan bayi untuk menyusu, susunya akan menjadi semakin banyak dan bayi akan lebih mudah menghisap di kemudian hari. Jika ibu hendak menjarakkan masa antara penyusuan, tempoh maksimum yang biasa dicadangkan ialah tiga jam. Jika jarak antara penyusuan terlalu lama iaitu melebihi empat jam, bayi akan kelihatan meragam dan tidak senang.


Bagaimana mengatasi masalah bayi yang tidur dan tidak mahu menyusu?
Sesetengah bayi sentiasa dalam keadaan mengantuk dan lebih banyak tidur daripada berjaga. Bayi seperti ini perlu dikejutkan untuk penyusuan. Dalam tempoh 24 jam, adalah biasa bagi seorang bayi menyusu sebanyak 12 kali atau lebih. Sekurang-kurangnya, bayi perlu mendapat enam atau tujuh penyusuan sehari. Bayi yang sentiasa mengantuk, mungkin disebabkan oleh jangka masa bersalin yang lama atau kesan ubat-ubatan yang diberikan kepada ibu ketika proses bersalin.


Bagaimana memastikan bayi mendapat susu yang cukup?
Jika ibu menyusu bayi berdasarkan keperluan bayi dan dengan kerap, ibu pasti akan mengeluarkan susu secukupnya. Cara mengenalpasti bayi mendapat susu yang cukup ialah:

  • Bayi membuang air sebanyak tujuh hingga lapan kali sehari (hanya dengan meminum susu ibu sahaja tanpa mencampurkannya dengan jus atau susu formula)
  • Berat badan bayi bertambah. Berat mingguan perlu diperiksa sepanjang bulan.
  • Bayi membuang air besar dalam kadar yang tetap. Tetapi tidak semestinya setiap hari. Sesetengah bayi pula membuang air besar dengan kerap. Manakala ada yang tidak membuang selama seminggu.
  • Mata bayi kelihatan bercahaya. Kulit dan ototnya kelihatan berada dalam keadaan baik.
Bagaimana jika bekalan susu ibu tidak mencukupi?
Kadangkala ibu beranggapan bahawa pengaliran susu amat kurang dan tidak mencukupi untuk bayi. sebenarnya, anggapan ini salah. Ibu perlu yakin bahawa susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Jika ibu terasa susunya kurang, dia boleh menambahnya dengan cara:

  • Menyusu dengan lebih kerap. Lebih banyak bayi menghisap payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan. Kekerapan menyusu akan menghasilkan lebih banyak susu.
  • Bertenang ketika menyusu akan membantu susu mengalir dengan baik. Ibu boleh makan makanan ringan, minum, membaca buku, mendengar muzik, menonton TV atau melakukan senaman pernafasan ketika bayi mula menyusu. Tumpukan perhatian kepada otot-otot. Cara ini juga boleh menjadikan ibu tenang.
  • Berehat pada waktu siang. Ibu perlu tidur lebih di siang hari bagi menggantikan gangguan tidur di waktu malam kerana bayi hendak menyusu. Menjaga bayi baru lahir adalah satu tugas yang meletihkan. Ibu perlu menggalakkan bayi dan anak kecil yang lain tidur bersamanya pada waktu tengahari.
  • Makan makanan berkhasiat. Ibu perlu makan makanan seimbang. Bukan makanan ringan atau tidak berkhasiat.
vitamin ibu menyusu

Kenapa susu saya kelihatan cair?
Jika bayi kelihatan meragam dan tidak puas hati, dia mungkin tidak menerima susu yang kaya dan berkrim dihujung penyusuan. Susu ini dipanggil 'susu akhir'. Cara terbaik untuk memperbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu. Cara ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu iibu berikut:

  • susu pertama (foremilk) kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga.
  • susu pertengahan mengandungi lebih khasiat protein.
  • susu akhir (hind milk) kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi memerlukan susu ini untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk membantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya.

Pastikan ibu mengingati yang dia perlu menyusu dengan payudara sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Ibu boleh lekatkan pin pada baju dalam untuk memudahkan dia mengingatinya. Bayi yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang siang dan malam.

Apakah yang perlu saya lakukan jika susu saya mengalir dengan pantas menyebabkan bayi saya sering tersedak?
Jika bayi sering tersedak kerana susu mengalir terlalu pantas, ibu boleh melakukan perkara di bawah:

  • Hentikan penyusuan selama satu minit. Kemudian, masukkan semula puting ke mulut bayi apabila pengaliran susu semakin perlahan. Untuk menarik keluar mulut bayi tanpa menyebabkan puting sakit, ibu boleh masukkan jari bersih dihujung mulut bayi. Satu cara lain untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memerah susu terlebih dahulu bagi mengeluarkan pengaliran susu yang pantas.
  • Menyusu pada kedudukan berbaring dengan meletakkan bayi di atas dada ibu akan menyebabkan bayi menghisap susu naik ke atas. Ini bermakna bayi menghisap ke arah bertentangan dengan graviti. Oleh itu, pengaliran susu naik ke atas menjadi agak lambat berbanding pengaliran susu turun ke bawah. Ibu mungkin menggunakan kaedah menyusu cara ini di waktu awal pagi atau diwaktu permulaan penyusuan sahaja dimana pada waktu itu susu biasanya mengalir dengan pantas. Apabila tiba diakhir penyusuan, ibu boleh bertukar kepada menyusu cara duduk. Cara ini lebih menjamin payudara dapat dikosongkan dengan sempurna.

Saya dapati susu saya meleleh dan membasahi baju, apa yang harus saya lakukan?
Pada peringkat awal, ibu mengalami masalah susu sering meleleh keluar dari payudara di waktu-waktu antara penyusuan. Masalah ini akan berkurangan apabila payudara dapat menyesuaikan dengan jadual penyusuan dan otot-otot disekitar puting berupaya mengawal pengaliran keluar susu di waktu-waktu berkenaan.

Cuci payudara menggunakan air suam atau sejuk dan cuci lelehan itu agar ia tidak mengotorkan baju atau baju dalam. penting untuk menukar pelapik baju dalam dengan kerap agar puting tidak sakit atau berada dalam keadaan lembap. Jangan gunakan pelapik plastik. Selain pelapik baju dalam, ibu digalakkan menggunakan sapu tangan tetapi jangan menggunakan tisu. Ketika menyusu, alaskan dengan lampin bersih atau cawan agar susu boleh meleleh ke dalamnya. Seelok-eloknya, jangan pakai baju dalam agar susu boleh mengalir bebas.


Apa yang dikatakan 'keliru puting' yang menyebabkan bayi enggan menyusu?
Punca utama kenapa bayi enggan menyusu ialah bayi terlebih dahulu diberi susu botol sewaktu dihospital. Bayi menjadi keliru dengan kelainan puting ibu dan tidak mahu menghisap dengan betul di payudara ibu. Dia sukar hendak belajar memasukkan puting ke dalam mulutnya.

Dalam kedudukan menghisap yang baik, puting dan aerola akan meregang keluar bagi membentuk seolah-olah satu puting yang panjang di dalam mulut bayi. Lidah bayi akan menekan areola ke atas sehingga terkena lelangit mulutnya. Cara ini akan menyebabkan susu mengalir keluar.

Dalam kedudukan menghisap yang tidak baik, puting tidak berada cukup jauh ke dalam mulut bayi. Bayi hanya menghisap hujung puting sama seperti kaedah menghisap puting botol. Dengan cara ini, susu tidak akan keluar. Malah menyebabkan puting ibu terasa sakit. Kekeliruan terhadap puting terjadi apabila bayi diberikan sekali atau dua kali penyusuan menggunakan botol, bayi mungkin mempunyai kecenderungan untuk memilih susu botol dan menolak susu ibu.


Bagaimana jika saya membawa bayi keluar dan saya harus menyusukannya?
Bayi yang menyusu susu ibu mudah keluar dari rumah bersama ibu. Selalunya, bayi akan dibawa ke tempat-tempat yang memudahkan dia menyusu di mana sahaja. Biasanya, pusat membeli-belah ada menyediakan bilik khas yang sesuai untuk para ibu menyusukan anak. Selain itu kini terdapat alternatif untuk para ibu iaitu kain 'poncho', ia boleh digayakan sebagai fesyen sekaligus, melindungi aurat ibu yang sedang menyusukan dari dilihat umum.


Bagaimana caranya saya mengetahui kejayaan menyusu bayi?
Pastikan ibu berada dalam keadaan selesa dan tenang ketika menyusu bayi. Ibu akan tahu bahawa susunya sudah keluar dalam tempoh kira-kira satu atau dua minit selepas bayi mula menghisap. Ini berdasarkan:

  • Pola hisapan bayi akan berubah kepada 'hisap dan telan - hisap dan telan'. Ini bermakna bayi sedang minum susu ibu. Keadaan ini pasti akan berlaku setiap kali bayi menghisap.
  • Payudara akan menjadi suam panas dan seperti penuh. Ibu akan terasa kawasan sekeliling payudara berdenyut sedikit. Pada masa yang sama, susu dari payudara sebelah lagi mungkin turut menitis keluar. Bagaimanapun, keadaan ini jarang berlaku setiap kali penyusuan.
kredit: pa&ma.com
Semoga entri soalan popular sering ditanya tentang penyusuan susu ibu ini dapat memberi manfaat kepada semua ibu yang membacanya! Dapatkan ilmu secukupnya bagi menjayakan misi penyusuan bayi anda sehingga berumur 2 tahun.

Ibu-ibu yang mahu konsultasi dan nasihat mengenai breastfeeding boleh pm saya. Insyallah saya akan membantu terutamanya dalam cadangan pengambilan vitamin milkbooster yang sesuai untuk ibu menyusu.

Nak tahu mengenai vitamin yang sesuai untuk breastfeeding? 
Jemput klik vitamin untuk ibu menyusu


set eu-four pack vitamin untuk ibu menyusu

Jom saya belanja uols sebuah video pendek yang menceritakan seorang ibu bekerjaya yang sangat gigih dan kental untuk menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun.


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.



Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:
♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Tips Mengatasi Morning Sickness

with 1 comment
Alahan Morning Sickness

Saat indah bagi wanita yang bergelar isteri adalah ketika disahkan hamil. Perasaan gembira berbaur risau mengamit hati. Gembira sebab berjaya membuktikan diri ini mampu untuk mengandung dan melahirkan zuriat, risau sebab akan menghadapi pengalaman alahan dan pahit manis kehamilan. Hanya wanita sahaja yang boleh merasainya! Orang lelaki takkan mampu merasainya! Betul tak?


vitamin atasi morning sickness

Alahan yang melanda wanita hamil di awal usia kehamilan dikenali sebagai morning sickness.Bagaimanapun tidak bermakna alahan ini hanya datang pada waktu pagi sahaja.


Alahan yang melanda wanita hamil di awal usia kehamilan dikenali sebagai morning sickness.Bagaimanapun tidak bermakna alahan ini hanya datang pada waktu pagi sahaja.
Ada juga wanita yang mengalami morning sickness pada waktu malam bahkan ada juga yang terpaksa melaluinya sepanjang hari. Biasanya mabuk mengandung ini akan berakhir sebaik bakal ibu masuk ke usia trimester kedua.
Tetapi jangan terkejut kerana ada juga wanita hamil yang terpaksa menanggungnya sehingga ke saat melahirkan bayi. Pakar perubatan masih belum dapat mengenal pasti penyebab sebenar masalah ini.
Namun kebanyakan mengaitkan morning sickness dengan perubahan hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau sekali gus menimbulkan rasa mual dan loya.
Bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami, ikuti panduan berikut yang mungkin sedikti sebanyak membantu anda. 

Jom kita baca tips mengatasi morning sickness ni.
Langkah 1
Sekiranya mengalami morning sickness sebaik bangun daripada tidur, jangan terburu-buru untuk bangun. Cuba duduk terlebih dahulu kemudian bangun dan berdiri. Sediakan biskut rangup berhampiran tempat tidur kerana memakan biskut rangup membantu mengurangkan rasa loya.
Langkah 2
Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi keperluan ini, digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Mengambil makanan yang banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda mual.
Langkah 3
Elakkan makanan yang menimbulkan loya seperti berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid.
Langkah 4
Peppermint atau halia membantu mengurangkan morning sickness. Nikmati teh peppermint atau halia bahkan boleh mencuba biskut berasakan perasa itu. Ia meninggalkan kesan melegakan ke atas perut anda.
Langkah 5
Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.
Langkah 6
Makan makanan tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual.
Langkah 7
Elakkan daripad amakan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.
Langkah 8
Rehat seketika! Tenaga yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa loya yang dialami. Stres hanya akan menambahkan masalah loya yang dirasai.
Langkah 9
Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada lebih teruk.
Langkah 10
Kadang kala bau masakan boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa memasak pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik bagi mengelakkan rasa loya dan mual.
kredit: pa&ma.com

Adakah vitamin dapat membantu mengatasi morning sickness ini? 
Ya pasti! Nak tahu kisah vitamin yang dapat mengatasi morning sickness, silalah klik di sini.





Ibu hamil yang masih mencari vitamin yang sesuai semasa mengandung boleh hubungi saya untuk konsultasi. Untuk info vitamin ibu hamil boleh klik di sini


Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Supplement Terbaik Untuk Ibu Menyusu ketika Ramadhan

with 0 Comment
Berpuasa, kekal bertenaga, susu tetap meriah!

Sejak dua menjak ni saya terima banyak pm. Rata-rata yang pm saya berbunyi begini:

"Salam kak, baby semakin kuat minum. Tapi stok susu saya pula merosot. Bulan puasa dah dekat ni. Risau saya tak cukup stok ni. Camner yek?"

"Salam kak, susu saya tak cukup-cukup ni. Bimbang pula saya tak dapat suply susu secukupnya di bulan puasa nanti."


"Salam kak Mazni, semalam saya puasa sunat. Memang meletihkan. Balik dari kerja terus longlai. Nak dukung anak pon tak larat. Apa supplement terbaik masa puasa nanti yek?"



esp dan performance drink supplement terbaik untuk berpuasa

Bulan puasa bulan yang mulia. Bulan Ramadhan bulan keberkatan. Tak perlu takut pada bulan Ramadhan. Bulan inilah bulan kita melipat gandakan amalan ibadat  dan menghapuskan dosa kita.

Pada tahun lepas saya berpuasa selama 2 bulan. Beberapa hari sebelum menjelang bulan Ramadhan saya telah berjaya menqadhakan puasa 30 hari. Maraton puasa! Jenuh beb! Ini kerana pada 3 Ogos 2011 saya telah melahirkan anak kedua saya Ilmuna Izzahra yang kebetulan 3 Ramadhan. Sebulan saya tak dapat menjalani ibadah puasa. Raya pun ala kadar sahaja. Almaklumlah, orang dalam pantang!

Memang mencabarkan bila terpaksa menggantikan puasa selama sebulan? Tambahan pula saya ini bekerjaya dan menyusukan anak. Memang penat dan longlai badan ni. Kalau tak kuat iman ni memang tak berjaya qadha puasa ni. Alhamdulillah saya berjaya melakukannya. Nasib baik saya ambil langkah bijak.... Jeng... Jeng... Apa langkah bijak tu?

Ibu menyusu yang berpuasa diwajibkan mengambil makanan berzat. Jangan skipp bersahur. Kita sangat disarankan untuk mengambil suplement sebagai persediaan. Ini bagi memastikan badan kita tidak mudah letih, lesu dan susu berada pada kadar yang sepatutnya dan mengelak berlakunya dehidration.


esp dan performance drink supplement terbaik untuk berpuasa
Mari kita ketahui apakah supplement terbaik untuk ibu menyusu ketika Ramadhan :

ESP (Energizing Soy Protein)
Supplement terbaik untuk ibu menyusu ketika Ramadhan. Ia sangat membantu dalam membekalkan protein yang secukupnya dan menghasilkan susu yang optimum.

Performance Drink
Minuman tenaga yang dapat membekalkan tenaga kekal berpanjangan dan mengelak berlakunya dehydration.

Jom kita tengok testimoni pengguna yang berpuas hati mengamalkan Shaklee semasa berpuasa.. Ini buktinya...


Supplement Terbaik Untuk Ibu Menyusu ketika Ramadhan

Supplement Terbaik Untuk Ibu Menyusu ketika Ramadhan


testimoni esp ketika berpuasa


Supplement Terbaik Untuk Ibu Menyusu ketika Ramadhan


Ibu menyusu yang berpuasa pasti akan merasai penat jerih dan letih lesu. Tak sabar rasanya nak tunggu azan Maghrib. Waktu berbuka memang amat dinantikan. Memang mencabar. Alhamdulillah saya berjaya melaksanakan misi maraton puasa saya tahun lepas. Saya telah mengambil langkah bijak untuk mengamalkan ESP dan Performance Drink bagi mengekalkan tenaga dan stamina saya sepanjang menjalani ibadat puasa. Stok susu pula sentiasa meriah.

Ibu menyusu jangan risau dan gelisah. Dapatkan supplement terbaik untuk ibu menyusu ketika ramadhan dengan segera!  Mari kita berpuasa dengan hati yang gembira. Bila hati gembira ibadat lain pun dapat dilakukan dengan selesa.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Promosi September 2016

Promosi September 2016
Jangan lepaskan peluang ini

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?