Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Rahsia Kehebatan Vitamin E Shaklee

with 0 Comment
Vitamin E Shaklee vitamin cinta

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Fitrah hidup berpasangan. Bumi yang mana tidak ditimpa hujan. Kehidupan suami isteri ada pasang surutnya. Kalau pasang je tak surut-surut takot nanti tiada 'feel' pula. Orang zaman sekarang ni cakap tak 'thrill'. Memang setiap kejadian itu mempunyai hikmah yang tersendiri.




Ada juga pasangan mengalami kedinginan sekali sekala. Mungkin kepenatan melayan rutin harian di pejabat, stress dengan tugasan yang diberi, balik rumah anak pula meragam dan sebagainya. Ini semua menyebabkan kita kadang kala keletihan lahiriah dan batiniah. Detik kesuraman alam rumah tangga ini jangan dibiarkan ia tidak bernoktah. Sesuatu perlu dilakukan demi kerukunan rumah tangga yang berkekalan.

Pernah dengar vitamin cinta? Juga boleh dikenali dengan vitamin seksisJom lihat bagaimana Vitamin E membantu untuk hubungan suami isteri yang mantap. Kita bongkar rahsia kehebatan vitamin E Shaklee ini.

Vitamin E memainkan peranan yang penting untuk kesihatan seksual kerana dapat membantu menghasilkan hormon seks serta merangsang libido. Ada juga sesetengah wanita yang menjadikan Vitamin E sebagai 'pelincir' ketika melakukan hubungan seksual.
vitamin E bagus untuk keintiman suami isteri

Peranan Vita-E Untuk kesihatan seksual lelaki:

  • Lebih tenaga (seksual)
  • Ereksi yang lebih lama
  • Lebih mudah terangsang
  • Libido yang lebih kuat
  • Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat

Peranan Vita-E Untuk kesihatan seksual wanita:

  • Lebih tenaga (seksual)
  • Lebih mudah terangsang
  • Libido yang lebih kuat
  • Untuk menstabilkan hormon seks/ kewanitaan, terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan hormon prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi.

Mereka telah berjaya mengbongkar rahsia kehebatan vitamin E Shaklee.

testimoni vitamin E

testimoni vitamin cinta

Jangan biarkan kudis yang kecil merebak menjadi kurap. Berusahalah memperbaiki keintiman suami isteri tatkala dilanda kesuraman. Semarakkan api cinta anda bersama pasangan masing-masing dengan Vitamin E Shaklee. Keluarga bahagia jiwa negara!


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Susah Hati Susu Merudum Ketika Haid

with 0 Comment

Runsing susu merudum



Sudah beberapa hari saya gagal  berbloging lantaran internet yang slow macam siput. Entri kali ini saya nak sharing masalah susu merudum ketika haid. Ramai ibu menyusu yang susah hati susu merudum ketika haid. Tambahan pula stok simpanan susu ibarat kais pagi makan pagi je. Mulalah panik dan gelisah. Tapi tidak semua semua ibu yang mengalami masalah ini. Hanya segelintir sahaja. Bagaimana ia boleh terjadi? Jom kita baca seterusnya




Apabila haid, badan kehilangan banyak kalsium. Jadi bagi sesetengah wanita, penurunan kadar kalsium dalam badan akan menyebabkan susu juga menurun. Ini kerana kalsium merupakan salah satu komponen terbesar dalam penghasilan susu ibu. Ibu-ibu jangan susah hati susu merudum ketika haid kerana zaman moden ini ada kaedah yang berupaya untuk mengatasi masalah ini.



Bagaimana mengatasi masalah ini?


Untuk mengekalkan kalsium ditahap yang tinggi, ibu menyusu disarankan untuk mengambil Ostematrix. Apa yang best ostematrix ni?
  • kalsium bukan sahaja ada di tulang & gigi ya, dalam darah pun ada juga
  • atasi masalah sembelit
  • memberi tenaga dan dan mudah bangun dari tidur
  • mengekalkan tekanan darah normal
  • membantu kita segar
  • mengelakkan kemurungan
  • mengatasi masalah "water retention"
  • mengatasi masalah pra-haid
  • mengelakkan kekejangan & sakit tulang belakang
  • membantu pengeluaran susu (milkbooster) dgn syarat perkara asas penyusuan dipatuhi
  • mengatasi masalah pereputan tulang
  • memastikan tulang padat untuk mengampu tubuh yg berat(jika ada masalah berat berlebihan)


Saya juga mengambil makanan berkhasiat  yang berprotein dan kaya kalsium. Tapi jika ibu-ibu gagal berdisiplin untuk menjaga pemakanan saya sarankan ibu-ibu untuk mengamalkan set Triple MSet ini paling optimum untuk ibu-ibu menyusu. Ianya lengkap dengan semua vitamin yang diperlukan untuk ibu yang menyusu. Mengandungi Energizing Soy Protein yang bukan sahaja untuk membantu pengeluaran susu yang banyak tetapi ESP ini boleh memberi kebaikan kepada ibu-ibu seperti berupaya menganjalkan payudara dan mengentalkan otot punggung. Dalam pada susu banyak, badan juga dapat terpelihara sihat.

milkbooster triple M Shaklee

Akhir sekali saya nak belanja uols video ibu yang superb buzy dan cekal untuk menjayakan penyusuan susu ibu kepada bayinya.




Untuk mengetahui Set Triple M dan testimoninya sila klik di sini.
Nak tahu kehebatan esp? Sila klik di sini.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini


Ibu menyusu dengan Omega Guard Shaklee. Apa kebaikannya?

with 0 Comment
Kaitan ibu menyusu dengan Omega Guard Shaklee

Akhirnya dapat juga saya mencuri masa untuk menulis entri baru di blog ini. Sebelum tu saya nak tanya, mommy-mommy di sini siapa yang menyusukan sepenuhnya bayi mereka? Alhamdulillah kalau ada yang mengamalkan penyusuan bayi. Teruskan usaha murni ini. Yang telah awal-awal  pasang niat nak fully breastfeeding kepada anak yang bakal dilahirkan nanti pun saya doakan kejayaan dan kerahmatan kepada anda semua.





Saya kalau ada rasa down nak teruskan penyusuan ni, cepat-cepat saya ingat ayat ni, "Saya nak bagi yang terbaik untuk bayi saya iaitu susu ibu. Tiada yang lagi bagus darinya." Inilah ayat tangkal penguat semangat saya!


Okaylah, entri kita kali ini nak berkongsi kisah ibu menyusu dengan Omega Guard Shaklee. Apakah kaitannya? DHA yang terkandung di dalam Omega Guard Shaklee akan menyingkirkan lemak berlebihan yang tidak diperlukan oleh badan. Jadi ibu menyusu akan kekal langsing dalam tempoh penyusuan, ditambah lagi dengan kebenaran bahawa pembakaran lemak akan menjadi aktif semasa sesi penyusuan dilakukan. Gabungan inilah yang akan menghasilkan badan yang sihat dan langsing kepada ibu menyusu. Ibu-ibu akan menerima 2 pakej kebaikan  iaitu badan ramping dan sihat, dapat juga menyusukan bayi .



Ada lagi rahsia kebaikan Omega Guard Shaklee ni? Bayi yang disusukan oleh ibu yang mengambil Omega Guard Shaklee juga akan mendapat kebaikan bersama, DHA akan membantu bagi mengoptimumkan fungsi otak. Otak anak akan lebih aktif dan hasilnya anak semakin pintar. 



DHA akan membantu bagi mengoptimumkan fungsi otak bayi



Mengikut keputusan kajian yang membandingkan wanita mengandung yang mengambil sehingga 1100mg DHA (serta 800mg EPA) setiap hari dengan wanita mengandung yang mengambil cuma 100mg DHA setiap hari , wanita yang mengambil DHA 1100mg melahirkan anak (kanak-kanak A) yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi (mendapat markah IQ yang lebih tinggi) sehingga kanak-kanak itu berumur empat tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang hanya mengambil 100mg (kanak-kanak B). Kanak-kanak A juga mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, immuniti yang lebih baik serta kurang risiko alergik.



Bestkan Omega Guard Shaklee. Kebiasaanya ibu menyusu akan mengamalkan Omega Guard ini bersama set vitamin yang berkaitan dengannya. Untuk mengetahui set vitamin untuk ibu menyusu dengan lebih lanjut sila klik di sini.







Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Set Skincare Shaklee menghapuskan masalah jerawat di muka

with 3 comments

Masalah jerawat di muka dan rawatan dari dalaman

Oh..Tidak! Jerawat. Tentu ramai yang pernah diselubungi masalah jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin tu, tak sah jika tidak membelek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.




Ada sesetengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah merebak ke serata muka. Ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul tak? Tapi jerawat ini tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Jom kita baca....

Ketahui lokasi jerawat di wajah dan faktor-faktornya :

Rawatan dalaman dengan set skincare chaklee

1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.

Jangan risau, setiap penyakit ada penawarnya. Hanya mati sahaja yg tiada ubatnya. Memang sudah terbukti set skincare Shaklee mampu merawat jerawat di muka dan sekaligus mengembalikan kecerian anda dengan wajah cantik berseri-seri

Jom baca mengenai set skincare Shaklee dan testimoninya di sini





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Omega Guard Shaklee Membantu Menangani Penyakit Asma

with 5 comments
Anak anda asma?

Asma selalunya sinonim dengan nama seorang perempuan. Entri kali ini bukan nak bercerita tentang perempuan bernama Asma tapi nak sharing bahayanya penyakit asma. Apa itu penyakit asma?

minyak ikan shaklee mencegah penyakit asma

Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempitMeskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.

Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan. Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.
Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.
minyak ikan shaklee mencegah penyakit asma
Salah satu kebaikan Omega Guard Shaklee membantu menangani penyakit asma. Menurut satu kajian yang dijalankan di Indiana University, mendapati golongan dewasa yang mempunyai tahap asma 'mild to moderate persistent asthma', yang mengambil suplemen Omega-3 setiap hari dalam masa 3 minggu menunjukkan pengurangan penggunaan 'emergency inhaler' sebanyak 31%Ini menunjukkan mereka tidak lagi terlalu bergantung pada ubat sedutan yang mempunyai steroid itu.
Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut. Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan.
.
Hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan. Ini memberi gambaran bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil. 

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya. Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA)Omega-3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya.

Omega Guard Shaklee Minyak Ikan Terbaik di Dunia
Terdiri daripada 7 Asid Lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Elcosa Pentaenoic Acid),DHA (Docosa Hexaenoic Acid), EDA  menyihatkan jantung & sendi, manakala DHA penting bagi perkembangan & fungsi otak. Omega Guard dihasilkam melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan Asid Lemak Omega 3 yang bermanfaat & semulajadi, disamping menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum & merkuri yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan. Satu hidangan Omega (3biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.

Saya menyeru kepada ibu bapa di dalam dunia ini untuk memberikan Omega Guard Shaklee kepada anak mereka yang menghidap asma. Ini adalah langkah pertama untuk mengurangkan penggunaan inhaler sekaligus dapat hidup tanpanya suatu hari nanti. Tiada inhaler tiadalah steroid. Insyallah Omega Guard Shaklee membantu menangani penyakit asma anak anda.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini



Anda rabun? Carotomax Shaklee vitamin untuk masalah mata rabun

with 1 comment
Carotomax Shaklee vitamin untuk masalah mata rabun 


Hai! Hai! Hai! Salam ceria semua! Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Tapi bagaimana nak luas pandangan kalau masalah rabun menghantui kita? Bahkan ada yang saban tahun terpaksa menambah 'power' speckmata akibat masalah mata rabun yang kronik

carotomax vitamin untuk mata


Entri hari ini nak bercerita tengtang vitamin A yang dipanggil Carotomax. Secara umumnya Carotomax boleh membantu:


  • kesihatan retina mata - mengurangkan rabun. Jika diamalkan secara konsisten, rabun akan terus pulih! Insyallah
  • kesihatan tulang
  • kesihatan tisu kulit --> sebab tu jeragat Che Lin makin hilang! 2 in 1 lah :)
  • pembentukan sel darah putih & sel darah merah
  • pembentukan membran mukus
  • mengekalkan sistem imunisasi badan yg sihat!

Kehadiran Vitamin A dapat membantu kesihatan tisu kulit & pembentukan membran mukus badan (kedua-duanya merupakan lapisan awal pertahanan badan daripada jangkitan penyakit) & juga pembentukan sel darah putih atas tujuan yg sama.

rabun saya pulih selepas makan carotomax shaklee


Jom kita baca testimoni pengguna Carotomax

Norliza Ibrahim
Pg td bgun tdo tgk jam dinding..eh2 asal senang je tgk jam nmpk clear je..sllu nye samar2..
Mule2 igtkn terlupa buka lens sblm tdo smlm..
Tgk2 lens ada dlm bkas..
Then bru trigt..CARATOMAX..!!
Yes...die punye keje kot..
Bru smggu lbh ambil tu pun kdg2 skip sbb trlupa..

Pastu g kt tv tgk tgk dr jarak yg sllu sy tgk...yes..more clear!!

Ya Allah bestnye...xsbr nk check tahap rabunku ini...hrap2 boleh trs improve n klau blh dh xnk pkai lens.

Alhmdulillah..saya mmg brusaha nk baiki rabun..thats y sya ambil vitamin caratomax ni...



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi   saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk  info terkini

Vitamin Kesihatan Wanita - Women's Health Shaklee

with 0 Comment
Women's Health Shaklee penuhi keperluan wanita 

Tentu sekali janggal kalau kita sebut bapak pejabat, bapak kota, bapak negeri, atau pun yang seumpamanya.  Kenapa kita lebih selesa sebut ibu pejabat, ibu kota, ibu negeri atau ibu negara? Kenapa jari yang penting sekali dipanggil ibu jari? Kenapa? Apa yang power sangat perkataan 'ibu' ni sampai digunapakai menjadi satu perkataan?


Itulah mukadimah entri saya kali ini. Ibu kita yang bersusah payah mengandungkan kita selama sebulan dan bersabung nyawa melahirkan kita. Betapa besarnya pengorbanan dan jasa ibu kita. Pastinya seorang ibu adalah seorang wanita. Wanita tunjang keluarga. Wanita adalah ibu, kakak, adik, nenek dan menjadi kesayangan setiap orang dalam keluarganya. Tugas wanita zaman sekarang yang banyak membantu menjana ekonomi keluarga dan negara juga sangat tinggi nilainya.

Wanita melalui pelbagai fasa dalam kehidupan mereka. Wanita juga mengalami pelbagai simptom yang berkaitan dengan kesihatan di  setiap peringkat hidupnya:

  • Akil baligh
  • Sebelum hamil
  • Semasa hamil
  • Menyusukan anak
  • Pra-menopos
  • Menopos
  • Selepas menopos
Selain pengorbanan besar wanita melahirkan umat Muhammad SAW, wanita juga sering dilanda masalah sengugut, haid tidak teratur, masalah kulit, rambut gugur, sakit sendi dan sebagainya. 

Kesihatan amat penting bagi seorang wanita terutamanya kepada yang bekerjaya. Kerja tak pernah habis! Selesai rutin harian di pejabat, sambung pula tugasan di rumah. Dialah ibu kepada anak-anak dan isteri melayan suami. Jadi wanita wajib menjaga cara pemakanan dan memerlukan suplement tambahan untuk mengekalkan kesihatan di tahap optimum.

Oleh itu Shaklee menawarkan produk yang hebat untuk memenuhi keperluan wanita pada semua peringkat kehidupannya. Produk itu ialah Set Kesihatan Wanita (Women's Health Shaklee)



Apakah kebaikan Women's Health Shaklee ini?
  • Membantu melegakan simptom senggugut dan menopos. 
  • Menggalakkan kulit yang cantik. 
  • Menggalakkan tulang yang kuat. 
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. 
  • Melegakan sakit-sakit sendi. 
Kesihatan anugerah Allah. Wanita patut ambil berat kesihatannya kerana wanita adalah srikandi negara, tunjang kasih sayang keluarga dan susuk kiri si arjuna. Itulah sebabnya perkataan ibu digunapakai pada perkataan-perkataan yang saya nyatakan di awal mukadimah entri tadi. Ini semua sebagai tanda penghargaan kepada wanita!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi   saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk  
info terkini

Pemakanan dan vitamin untuk Ibu Hamil

with 0 Comment
Ibu hamil perlu makanan berkhasiat

Sebaik mendapat berita, anda disahkan hamil naluri keibuan pasti meningkat,pastinya anda berusaha untuk memberikan terbaik kepada bayi didalam kandungan. Agar hidupnya bermula dgn baik dan potensinya berkembang secara menyeluruh.

Diet sewaktu hamil mempunyai pengaruh yg besar kepada tumbesaran bayi sejak dari dalam.rahim sehinggalah dilahirkan nanti. Apa yg perlu anda lakukan adalah diet yg pelbagai dan seimbang dgn memberi penekanan kpd perkara berikut ;

pemakanan sihat ibu hamil

Protein
Lebih byk sumber protein diperlukan utk.menyokong pertumbuhan dan perkembangan sikecil disamping membina dan memperbaiki tisu-tisu badan seperti uterus dan plasenta anda

Zat penting DHA
DHA merupakan asid lemak yg penting utk perkembangan fungsi otak.

Asid folik
Sangat penting pada minggu minggu awal kehamilan. Ia membantu menyokong tumbesaran dan perkembangan si kecil.

Zat besi
Merupakan komponen hemoglobin dalam sel darah merah yg membawa oksigen ke seluruh bahagian tubuh ibu nuga bayi melalui plasenta. Semasa hamil, darah ibu meningkat sebanyak 50%.

Kalsium
Lebih banyak kalsium diperlukan utk membantu sikecil membina tulang dan gigi yg kuat. Kalsium.akan dipindahkan drpd tulang anda utk membina tulang sikecil sekiranya pengambilan kalsium anda tidak mencukupi.

Vitamin dan mineral lain
Keperluan vitamin A,B,C serta mineral lain seperti selenium dan zinc akan meningkat ketika hamil.
kredit: semuasihatselalu.blogspot.com

Untuk mengetahui vitamin ibu hamil sila klik di sini


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi   saya di:
Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk  
info terkini

Kenapa Susu Ibu Kurang?

with 1 comment
Cara Mudah Nak Banyakkan Susu Ibu

Salam ceria untuk peminat setia blog saya. Mommy2 breastfeeding  yang superb dooperb macam mana progress penyimpanan stok EBM kalian? Kenapa susu ibu kurang? Susu banyak ke? Lemah semangat? Jiwa tak kental? Atau hangat-hangat tahi ayam saje untuk meneruskan misi penyusuan 2 tahun?

Apa kata kita baca apa yang saya nak kongsikan dengan mommy-mommy sekalian. Mungkin boleh dapat tips atau motivasi darinya... :)

Setiap kali saya cari tips untuk tambah susu lebih kurang sama je..pam..pam..pam..dan terus pam...Memang betul konsep pam tu..tapi kenapa susu ibu kurang jugak? Jom baca, saya nak share 5 cara nak tambah susu...

tips banyakkan susu ibu

  1. Tambah masa dan kekerapan - Ini adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara asasnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep supply & demand.
    Lebih kerap menyusukan, lebih banyak yang dihasilkan. Cuba pam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik bangun dari tidur. Luangkan masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari. Ada juga yang lebih sehingga 2 minggu. Memerah pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walaupun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yg tetap untuk memerah setiap hari.Sediakan satu jadual memerah yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah.
  2. Minum air yang mencukupi - Air yang dimaksudkan adalah air kosong/masak semata-mata tidak termasuk teh,kopi,sirap dan air barli. Minimum 8 gelas (bagi seseorang seberat 25kg) lebih untuk yang lebih berat dari itu ;)
  3. Pemakanan seimbang - Secara peribadinya saya mendapati saya menghasilkan lebih banyak susu ketika kenyang berbanding dalam keadaan lapar. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini kerana dalam keadaan yang lapar kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda.
  4. Pemakanan yang menggalakkan pengeluaran - Keberkesanan adalah bergantung kepada individu. Halba, Oats, alfalfa , air soya, sawi, lobak putih, longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang, betik muda dan sebagainya.
  5. Mengambil hormon/suppliment untuk menambah susu - Terdapat banyak suppliment yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu. 
Bagaimana pun perlu diingat juga bahawa asas pengeluaran adalah supply & demand. Pengambilan suppliment/makanan penggalak susu hanya sebagai pemangkin bagi menggalakkan pengeluaran.

Panduan untuk memiliki vitamin:
Set vitamin ibu menyusu
Set vitamin milk Booster
Set vitamin bersalin/Berpantang
Set vitamin ibu hamil
Set vitamin ibu ramping bayi montel



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi   saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk  
info terkini


Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?