Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Kenapa Mesti Susu Ibu?

with 0 Comment
Susu ibu terbaik untuk anak kita!


Ibu yang menyusukan anaknya adalah seorang ibu yang penyayang, penyabar dan menunaikan hak anaknya untuk mendapatkan makanan yang terbaik di dunia!! Salute to olls bf mommi! 

vitamin untuk ibu menyusu

Tapi saya hanya mampu rasa sedih dan kesian bila ada ibu yang tak merasakan kepentingan penyusuan ibu eksklusif 6 bulan pertama. Bila ibu kata "malaslah" atau "lecehlah" maka tertutuplah semua ruang untuk berbincang. Kesian kat baby tu yang dinafikan haknya kerana ibunya yang tak cukup berpengetahuan tu. 

Apa yang saya boleh buatkan.. Semua itu pilihan dan hak mereka. Kalau baby tu boleh bercakap, mesti dia dah mintak nenen kannn..

Entri kali ini saya nak sharing mengenai kelebihan susu ibu. Jemputlah baca yek!

Kelebihan susu ibu

Baginda Rasulullah SAW mengkhabarkan pada para ibu :

‘ Bagi hisapan pertama susu ibu kepada anaknya, si ibu mendapat ganjaran laksana ia memberikan nyawa kepada seorang manusia'
‘Setiap titisan susu ibu itu akan diganjari dengan satu pahala’

Rasulullah SAW turut memberi amaran keras pada para ibu yang tidak menyusukan anak mereka tanpa alasan yang kukuh contohnya jika si ibu khuatir jika hilang kecantikannya kerana menyusu badan. Baginda menceritakan bahawa baginda melihat beberapa orang wanita yang dadanya digigit oleh ular-ular. Apabila ditanya, baginda diberitahu bahawa  wanita tersebut adalah wanita yang tidak menyusukan anak mereka.

Menurunkan berat badan yang bertambah akibat kehamilan merupakan agenda utama yang ingin dilaksanakan oleh para ibu. Menerusi penyusuan badan, si ibu dapat membakar lebih dari 600 kalori sehari. Umpama si ibu melakukan senaman  aerobics selama 2 jam sehari!

Selain daripada itu, penyusuan susu ibu boleh menjarakkan kelahiran anak dan digunakan sebagai kaedah semula jadi  untuk merancang keluarga . Kaedah ini berkesan mencegah kehamilan, dengan syarat bayi berusia 6 bulan ke bawah dan disusukan secara ekslusif serta si ibu masih belum kedatangan kitaran haidnya.

Berita baik bagi wanita yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan dirinya. Penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko serangan kanser payudara dan kanser ovariIa juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan.

vitamin untuk ibu menyusu

Lihat sahaja lambakan produk penyusuan di pasaran. Ada yang murah dan ada yang mahal. Tapi tetap tidak sama dengan khasiat susu ibu. Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu. 

Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.

Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta. Menyusu menyebabkan ibu lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.

Allah SWT telah menjadikan susu ibu sebagai susu yang terbaik sebagai makanan utama bayi. Tapi kenapa masih ada segelintir ibu yang masih gagal menyusukan bayi mereka? Jika ibu-ibu di luar sana menghadapi masalah dalam penyusuan susu ibu boleh berbincang dengan saya. Insyallah saya akan bagi konsultasi yang terbaik demi menjayakan lebih ramai ibu yang menyusukan anak mereka. Semoga semua ibu menguatkan azam untuk memberi yang terbaik untuk si manja mereka.

Luas membaca banyak pengetahuan. Jemput mommy-mommy baca ini:

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Promosi September 2016

Promosi September 2016
Jangan lepaskan peluang ini

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?