Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Jatuh Cinta dengan Pencuci Muka Nutriwhite Shaklee

with 0 Comment

Gentle Deep Foaming Cleanser terbaik dan berbaloi!


Salam ceria semua pembaca dan follower Superb Vitamin. Entri kali saya tak mahu sharing mengenai vitamin, tapi masih lagi nak sharing produk yang berkaitan dengan shaklee.... Apa dia? Jeng, Jeng... 


NutriWhite Shaklee– Gentle Deep Foaming Cleanser


Mungkin ramai yang belum tahu Shaklee mempunyai produk penjagaan kulit selain dari produk berbentuk vitamin. Kalau vitamin untuk penjagaan kulit dari dalaman, bahagian luaran kulit pula jangan dianak tirikan. Untuk itu entri kali ini ingin berkongsi kebaikan pencuci muka NutriWhite Shaklee– Gentle Deep Foaming Cleanser.

Apakah keistimewaan produk ini?
  • Menjadikan kulit wajah kita segar dan bersih
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangi pigmen
  •  Memberi cucian lembut dan menyegarkan serta tidak menghakis atau mengelupas
Saya rasa agak terkejut ketika saya berjaya miliki pencuci muka Nutriwhite Shaklee ini. Apa taknya saiznya agak besar 150 ml. Tapi berbaloi-baloi. Guna sedikit saje tak sampai pun sebesar kacang hijau dah berbuih banyak. Macam ni bolehla guna sampai setahun.

Rasa segar dan nyaman sebaik sahaja wajah ni dicuci dgn Nutriwhite Shaklee. Kulit pun rasa lembut dan licin. Kalau semut lalu pasti jatuhlaa... huhuhuhu... Cuma satu saja yang tak best sebab tiada haruman wangian. Saya rela abaikan haruman wangian ini kerana pencuci muka Nutriwhite Shaklee ni bebas dari bahan kimia dan sintetik berbahaya. Memang selamat untuk kulit muka kita.

Pencuci muka NutriWhite Shaklee

Kepada anda yang memang memilih sesuatu produk kerana jenama janganlah risau. Produk Nutriwhite Shaklee ini memang setanding dengan Estee Lauder dan SKII. Ia dihasilkan dari sumber semulajadi yang tidak memberi kesan sampingan.




Jika mahu melihat rangkaian produk penjagaan wajah Nutriwhite Shaklee yang lain, sila klik di sini.

Orang katalah bukan saya kata, "Tak kenal maka tak cinta! Sudah kenal pasti bercinta-cinta!" Apa tunggu lagi, Jadikan ia amalan harian dan cucilah wajah uols dengan pencuci muka Nutriwhite Shaklee sekarang. Dapatkan dengan mudah dan pantas hanya klik gambar di bawah


ATAU


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Wajah Cantik Berseri Dengan Set D Shaklee

with 0 Comment
Set D Shaklee menghapuskan kulit kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas

Setiap wanita ingin memiliki wajah cantik berseri, halus mulus, dan gebu. Kecantikan memang sinonim dengan wanita.Setiap hari wanita didedahkan dengan persekitaran yang berkaitan keindahan dan kecantikan.Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang merungsingkan dan menyebabkan keyakinan diri berkurangan.
Kebaikan Set Skincare Shaklee

Nak cantik? Nak kulit cantik berseri? Entri kali ini nak bercerita tentang Set D Shaklee. Set D ini juga dikenali sebagai Set Skincare yang dapat membantu penjagaan kecantikan secara semulajadi. Ramai di antara kita yang ingin mendapatkan kulit yang cantik berseri tanpa mahu berbelanja mahalkan?? Set D Shaklee adalah penyelesaiannya.

Penting bagi kita untuk menjaga kesihatan kulit dari dalam kerana setiap apa yang dilihat selalunya bermula dari dalaman. Secara amnya, keadaan persekitaran adalah penyebab utama kepada kerosakan kulit selain daripada faktor umur, pemakanan, dan juga alahan sehingga menyebabkan kulit mempunyai pelbagai masalah seperti jerawat, kulit kusam dan kering, pigmentasi dan banyak lagi. 

Set D Shaklee ini mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan B Complex. Jom kita baca apa peranan utama vitamin-vitamin ini


Kebaikan Set Skincare Shaklee


Vitamin C

  • Sebagai Antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti (pencemaran, matahari, cuaca, AC, asap rokok, dsb).
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle).
Vitamin E
  • Bersifat anti-penuaan, dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah
  • Membantu mengelakkan pertumbuhan abnormal sel
  • Membantu memudarkan parut
B Complex
  • membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan
  • membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu nervous system berfungsi dengan normal)
  • Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda, kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban, membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku

Apa kata mereka setelah mengamalkan Set D Shaklee ini :

Kebaikan Set D Shaklee
Set D + zinc + ESP
Set D + ESP

Set D
Tak kenal maka tak cinta. Tak percaya? Sejujurnya saya tidak memaksa anda untuk percaya pada kata-kata saya, tapi saya menyarankan anda harus mencubanya sendiri untuk anda rasai keberkesanannya.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini


Kebaikan Mealshake Shaklee

with 0 Comment

Mealshakes memang best!



Sudah lama saya tak bercerita mengenai Mealshake. Apa Mealshake ni? Bagi yang baru mengikuti, Mealshake adalah pemakanan lengkap, dari vitamin, mineral, protein dan ayat2 al-Quran. Ayat al-Quran? 

Ya, semasa bancuh Mealshake, ibunya baca lah apa2 ayat seperti ayat 1000 dinar ke, ayat surah Toha ke, etc :) maka jadilah ia satu hidangan lengkap yang penuh khasiat dan barokah.



Mealshake bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah seisi keluarga. Macam-macam kebaikan Mealshake ini. Ia sesuai juga untuk ibu yang menyusu, mengandung, mereka yang berdiet,atlit dan macam-macam lagi. Jom baca sekilas fakta tentang Mealshake ni..

6 fakta tentang Mealshake:

1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.
Ops saya nak belanja uols dengan video ini. Kisah seorang ibu yang sangat gembira sejak mengamalkan mealshake Shaklee. Jom kita tonton!


Antara kebaikan Mealshake ini ialah : 

  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 

Jom baca apa kata mereka

Testimoni #1

Testimoni #2

Testimoni #3

Testimoni #4

Baguskan Mealshakes Shaklee? Kenapa kita masih teragak-agak untuk mencubanya? Laburkan duit kita untuk kebaikan diri dan kelauarga kita. Jom lakukan pembelian dengan mudah dan pantas dengan klik gambar di bawah:


ATAU


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Menjana Pendapatan dengan Shaklee - Bisnes Online

with 0 Comment
Rebutlah peluang menjana pendapatan dengan Shaklee

Memang diakui kehidupan di bandar besar terutama di KL Megapolitan ini sangat mencabar. Semuanya kena ada duit. Nak masuk toilet pon kena bayar duit. Kos hidup di sini memang besar walaupun keluarga belum lagi sebesar mana. Betul tak?


Menjana Pendapatan dengan Shaklee - Bisnes Online


Kalau setakat seisi keluarga di bandar besar ini berpendapatan 5 ribu ke 6 ribu tu memang sekadar cukup makan sahaja. Nak kata selesa pun tak jugak. Nak kata susah pun tak jugak. Dapat gaji je habis membayar segala keperluan yang wajib dibayar setiap bulan.  Nak simpan duit pon tak boleh. Itu pon nasib baik kalau takda berlakunya kecemasan seperti anak sakit demam, kereta rosak atau ada hal mustahak di kampung. Memang kadang-kadang tu stress menikam jiwa dibuatnya. Bak kata orang Perak duit tu cepuih-cepuih je.

Satu usaha perlu dibuat. Tindakan segera perlu dilaksanakan untuk menjana pendapatan keluarga. Saya mula terfikir untuk cari side income setelah anak kedua saya Ilmuna Izzahra dilahirkan. Kos kehidupan semakin hari meninggi. Tapi kualiti kehidupan tak juga semakin meninggi. Alhamdulillah saya telah ditemukan dengan Shaklee. Itupun secara kebetulan kerana saya memang mengamalkan vitamin Shaklee semasa hamil, berpantang dan menyusu. Dalam kepayahan survive di bandar besar ini, Allah telah membuka jalan kepada saya. Yang pasti kita kena selalu berdoa kepadaNYA dan berusaha untuk memajukan diri.

Mesti nak tahukan kenapa saya pilih Shaklee? Kenapa saya sangat mencintai bisnes Shaklee ini? Nak tahu bagaimana menjana pendapatan dengan Shaklee? Jemput baca entri ini sampai habis (",)


Tidak perlu keluar mencari customer, cuma duduk di hadapan laptop sahaja!
Saya seorang pemalu dan saya tidak ada pengalaman berniaga pun. Saya tak pandai nak terangkan produk. Saya tak pandai nak pujuk-pujuk orang supaya membeli produk yang saya jual. Tapi di Shaklee dalam group Euphoria saya hanya perlu sharing dan 'cerita' sahaja pengalaman dan kebaikan Shaklee. Dan paling best, semuanya dibuat menggunakan jari jemari sahaja iaitu menaip di laptop atau pun di smartphone! Saya percaya anda juga mampu melakukannya.

Memberikan saya masa kerja yang fleksibel


kerja yang fleksibel

Bagi yang tercari-cari bisnes untuk dilakukan daripada rumah sambil-sambil  menjaga anak dan suami, maka Shaklee adalah jawapannya. Untuk membuat sales di internet kita tidak perlu duduk di hadapan laptop 24 jam. Mungkin kita cuma perlukan 1 jam untuk updateblog dan facebook, 1 jam untuk membalas emel, 30 minit untuk merangka pelan bisnes anda, 1 jam berurusan dengan pos laju dan 30 minit cod vitamin. Lagi 20 jam adalah kepunyaan suami dan anak-anak kita! Best tak?


Tidak perlu menyimpan stok
Kenapa? Tak percaya ke? Cara menjual barang di Shaklee senang sahaja. Cuma perlu rasai dan kongsi pengalaman anda. Apabila mendapat pesanan dari pelanggan saya cuma perlu emel kepada Shaklee dan biarkan mereka yang packing dan poskan untuk pelanggan saya. Mudahkan? Kalau anda sedang bercuti-cuti di oversea pun anda masih boleh membuat perniagaan anda ini! Boleh juga simpan stok sedikit untuk cod atau pun nak pos sendiri.

Siapa yang berusaha lebih dia yang akan berjaya
Shaklee memang MLM. Group Euphoria telah mencetuskan revolusi MLM. Cara konvesional MLM yang lapuk sudah dipinggirkan. Semuanya berasaskan online. Anda juga akan diserap ke group online untuk mendapatkan tips dan coaching dari leader. Shaklee bukan skim cepat kaya atau pun MLM yang hanya menjaja marketing plan sahaja. Kekuatan Shaklee adalah produknya. Kalau anda menyertai saya pada hari ini, dan jualan anda melebihi jualan saya, maka anda akan mendapat bonus LEBIH daripada saya. Dan sekiranya anda lebih rajin daripada saya, maka anda juga boleh naik pangkat lebih cepat daripada saya. Pendek kata, Shaklee bukan bisnes 'siapa banyak kaki dia banyak duit' tetapi Shaklee adalah bisnes yang sangat adil 'siapa paling rajin dia banyak duit'.

Suplemen Shaklee adalah semulajadi selamat, berkesan, mesra alam dan terbukti selama lebih 50 tahun!
Istimewanya Shaklee adalah kerana kekuatan produknya. Bagi saya, sekiranya mahu menjual sesuatu produk kita kena pastikan produk itu berkualiti dan selamat. Produk yang berkualiti akan meraih kepercayaan daripada pengguna. Kepercayaanlah yang akan membina nama kita dalam dunia perniagaan dan akan berlakunya pembelian berulang. Kita juga berasa puas dan seronok  apabila dapat menggembirakan orang lain dengan produk yang berkualiti dan selamat.

Jaringan Euphoria memberikan support dan guideline kepada ahli-ahlinya
Saya diberikan panduan dan sokongan motivasi daripada Master-Master kami yang sangat hebat! Ada antara mereka ini sudah mempunyai pendapatan mencecah 6 angka! Percayalah ianya tidak MUSTAHIL walaupun anda cuma seorang suri rumah.


kerja yang fleksibel


Bermula dengan modal serendah RM65 ataupun tanpa modal langsung
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana mahu menyertai Shaklee. 



Caranya senang sahaja. 


  • Hubungi saya untuk menyertai keluarga Shaklee Superb Vitamin di bawah naungan group Euphoria
  • Saya akan uruskan proses pendaftaran dengan mengisi borang keahlian anda.
  • Bayar yuran keahlian sebanyak RM65 (Sila tambah RM10 untuk kos pengeposan)
  • Atau pun membeli produk Shaklee bernilai RM660 dan anda mendapat keahlian secara percuma

Banyak lagi sebenarnya cerita best mengenai bisness Shaklee ni. Sengaja saya simpan sedikit cerita best ini walaupun saya mampu untuk menceritakan kesemuanya. Nak tahu lagi kenalah join bisness ini. Lakukan anjakan paradigma terhadap diri anda. Titik tolaknya bermula selepas anda membaca entri ini. Jom menjana pendapatan dengan Shaklee.


Nak tahu bagaimana saya boleh terjebak dengan bisnes Shaklee ini? Sila klik di sini
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran keahlian Shaklee  boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini




Sapukan Masker Vitamin E Shaklee ke Wajah Anda

with 0 Comment
Jom kita buat sendiri masker Vitamin E..

Vitamin E Shaklee boleh buat masker

Caranya mudah sahaja.. cuma bahan-bahan dapur yang biasa.. dan mestilah vitamin E Shaklee yang baru beli tu.. Sebiji vitamin E yang hanya berharga lebih kurang RM1 memang sangat berbaloi berbanding anda spend berpuluh-puluh atau beratus ringgit di salun kan? :) 

Apa yang anda perlukan?


  • plain yogurt
  • buah-buahan pilihan anda.. yang sesuai avocado, tomato, kiwi, strawberi, pisang
  • saya pilih avocado since dah ada dalam fridge
  • 1 kapsul Vitamin E Shaklee.

Kebaikan Vitamin E Shaklee


Cara-caranya :
  1. masukkan yogurt ke dalam mangkuk kecil
  2. potong buah avokado kepada dua bahagian, buang biji dan potong kecil. - pilih buah avokado yang dah masak.
  3. lenyek-lenyekkan yogurt bersama avocado tadi sehingga sebati.
  4. untuk rasa yang lebih nyaman dan menyegarkan, biarkan adunan yogurt & avokado tadi di dalam peti sejuk seketika.
  5. selepas 10-15 minit, keluarkan campuran masker daripada peti ais, gunting hujung kapsul vitamin e tadi, dan picit cecair vitamin e itu ke dalam campuran yogurt & avokado tadi. gaul sebati dan sedia untuk disapukan ke muka.
  6. Lebih seronok disapu ke muka selepas mandi. Sejuk dan nyaman.
Hasilnya jika diamalkan dengan konsisten dan berterusan, kulit ada menjadi lebih lembut, halus dan licin jer. Selamat mencuba!

Testimoni  masker Vitamin E Shaklee

Jommm cubaaa... Fai dah cuba, kesannya?? Memang BEST...!!! Masker vitamin E ni memang MARVELLOUS!!! Fai baru try dua hari... sapu sebelum tidur... bangun pagi rasa muka sgt2 flawless, licinnn, gebusss. Tak payah dah nk tepek bedak sejuk. hihi... Sape2 yg ade vitamin E Shaklee tu cubalah ya. Kesannya memang superb...! InsyaAllah... :))) (Credit to Master Cery)


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Penghasilan Susu Ibu Lebih Efektif dengan Teknik Power Pumping

with 0 Comment

POWER PUMPING: Teknik berkesan untuk masalah susu merudum

breastfeeding mother


Adakah ibu-ibu  pernah atau sedang mengalami masalah susu merudum? Bayi menangis kerana tidak cukup susu? Cari dulu alternatif sebelum berfikir untuk memberikan susu formula kepada bayi anda. Apa yang boleh kita buat?  Salah satunya ialah menerusi kaedah POWER PUMPING.

Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
  • Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
  • Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Bagaimana caranya?

Teknik power pumping
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
  • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
  • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
  • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
  • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
  • Pum setiap 2-4jam sekali
  • Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
  • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

Happy pumping & breastfeeding!


SUSUILAH ANAK ANDA KERANA ITU HAKNYA :) 



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Saya Pengedar Sah Shaklee di Malaysia 'Now Everyone Can Grab Vitamin!'

with 2 comments
Dapatkan vitamin Shaklee dengan pengedar sah Shaklee sahaja!




Saya mulakan entri kali ini dengan tagline 'Now everyone can grab vitamin!' Wah! Nasib baik tak sama dengan tagline Air Asia 'Now everyone can fly'. Hahahah, best tak? Tapi persoalan yang utama sudah pasti nak tahu  macam mana nak grab vitamin Shaklee ni? Susah ke nak dapatkannya? 

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Malaysia secara amnya (group Euphoria). Saya adalah pengedar sah Shaklee di Selangor secara khususnya. Saya adalah pengedar sah Shaklee di Seksyen U5 Shah Alam secara perinciannya. ID Shaklee saya 880961. Kesimpulannya, semua penduduk di Malaysia ini iaitu dari Perlis Indera Kayangan hinggalah ke Sabah Negeri Bawah Bayu boleh mendapatkan vitamin Shaklee dengan saya. Almaklumlah taglinekan 'Now everyone can grab vitamin!' :) Sesuai tak?
Saya pengedar sah Shaklee di Kota Damansara dan Sungai Buloh
Untuk pengedaran vitamin Shaklee ke seluruh Malaysia saya akan menggunakan perkhidmatan Pos Laju. Modus operandinya mudah sahaja. Sebaik sahaja customer saya membuat pembayaran (bankin/transfer) untuk membeli vitamin Shaklee maka urusan pengeposan pun akan segera diuruskan. Yang paling penting alamat, nama penerima dan no h/p mesti tepat dan betul bagi memastikan kiriman selamat sampai ke tangan pembeli.


Untuk pengedaran di Selangor pula juga menggunakan modus operandi yang sama iaitu pos laju. Begitu jugalah dengan pengedaran di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur dan Selangor kan adik beradik...



Untuk pengedaran vitamin Shaklee tanpa kos pos atau secara cash on delivery (cod) pula ada dua kaedah.



  • Cod di pejabat
  • Cod di rumah

Saya pengedar sah Shaklee di Taman Tun Dr Ismail dan Shah Alam

Cod di pejabat hanya dilakukan pada waktu bekerja (8pagi hingga 5petang) sahaja. Kawasan cod ini meliputi seperti berikut:

Sekitar  Kota Damansara, Taman Tun Dr Ismail, Damansara Jaya, Bandar Utama Damansara, Bandar Baru Sungai Buloh, Bandar Sunway, Sekitar USJ, Subang HiTech, Batu 3 Shah Alam, Seksyen 13 Shah Alam, dan Glenmarie, Penghantaran akan dilakukan oleh my assistant cum my hubby. Bagaimanapun masa tertakluk pada kelapangan atau 'task planning'  my assistant pada hari penghantaran tersebut.


Cod di rumah pula meliputi di kawasan Seksyen U5 Shah Alam, Subang Bestari, Kg Melayu Subang, Bukit Subang, Denai Alam, Paya Jaras, Sungai Buloh, dan Kota Damansara. Kebiasaanya saya akan meminta customer saya membuat pembayaran (bankin/transfer) jika pembelian bernilai tinggi.



Apa yang bestnya saya juga menyediakan cod bersyarat untuk kawasan seperti:


  • Shah Alam
  • Puncak Alam
  • Bukit Jelutong
  • TTDI Jaya
  • Saujana Utama
  • Damansara Damai
  • Siera Mas
  • Valencia

Syarat utama cod bersyarat ini hanya dilakukan dengan pembelian vitamin Shaklee bernilai RM 250 ke atas sahaja.
* weekdays cod ke rumah akan dilakukan selepas waktu pejabat. Selalunya di  sebelah malam.
* weekend/ public holiday cod akan dilakukan pada waktu siang.


Anda juga boleh dapatkan produk Shaklee dengan rakan bisness Shaklee saya yang berhampran dengan kawasan anda. Sila lakukan pembelian eksklusif Shaklee menerusi rakan bisnes saya ini. Klik di sini.




Jom kita baca bagaimana menjana pendapatan dengan Shaklee. Sila klik di sini


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa 
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Promosi September 2016

Promosi September 2016
Jangan lepaskan peluang ini

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?