Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

ESP Shaklee Terbaik Sebagai Vitamin Ibu Menyusu

with 1 comment
Energizing Soy Protein Shaklee memang superb!

Alhamdulillah .. dapat juga saya mencuri masa untuk update blog saya malam ni. Semenjak 2 hari ini saya sibuk nak consult ahli2 di bawah saya mengenai Shaklee yang hebat ini. Ramai juga yang bertanyakan melalui email, sms, call dan blog pasal ESP dan cara minum ESP. Kalau tak percaya tengoklah gambar di bawah ni... Entri dari blog Superb Vitamin menguasai ranking teratas Google. Ini yang membuatkan saya sibuk melayan customer. Alhamdulillah setakat ini saya berjaya melayan customer saya dengan baik. Syukur......



So, hari ini saya nak share dengan pembaca blog saya mengenai best ever suplemen daripada Shaklee iaitu ESP. Jujur saya katakan saya sendiri masa first time ambik ESP 2 tahun lepas terus jatuh cinta sebab efek dan sensasi positif yang saya dapat daripada ESP ni. Masa tu, kesan pengambilan ESP yang saya nampak :

  • Susu jadi pekat (time awal-awal tu rajin woo buat stok EBM)
  • Anak saya Ilmuna menyusu kejap je.. tapi tidur lena
  • Berat badan Ilmuna memang marvellous sampai jadi 'baby michelin'
Mari saya beri serba sedikit info..ya la kan..apa2 benda pun, sebelum kita mencuba kenalah tau latar-belakangnya...kalau semua main hentam saja..susah tuuu...

KENAPA ESP NI BEST SANGAT!

  1. Sbb PROTEIN ADALAH MAKANAN TERPENTING UNTUK TUBUH MANUSIA. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama/tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak/cedera dengan tisu-tisu yang baru.
  2. APA yg BEST tentang ESP ? Merupakan sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Berasakan tumbuh- tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan TERBUKTI SECARA KLINIKAL dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, di samping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna. ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
  3. Kelebihan ESP dalam menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri, membantu hilangkan parut jerawat di muka, memberi tenaga berpanjangan, menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  4. Pengambilan ESP bersama suplemen-suplemen lain amat membantu dalam meng'optimum'kan kadar penyerapan nutrien suplemen-suplemen tersebut ke dalam tubuh kita .. senang kata, kesan pengambilan vitamin/mineral akan lebih efektif bersama pengambilan ESP (reason : baca point nombor satu tu semula)


Secara ringkasnya ESP dapat membantu kita:
  • Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi 
  • Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. 
  • Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. Tumbuhan berprotein yang berkualiti tertinggi dengan kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan 
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot 
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal 
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal 
*sumber dari website shaklee

Anda juga boleh dapatkan ESP bersama dengan set-set berkaitannya seperti Set Menyusu 3M, Set Ibu Hamil, Set Bersalin, Set Diet Kurus dan Set Kecantikan Kulit.





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com


Isteri Hamil - Suami Juga Punya Peranan

with 0 Comment
Ini bukan konspirasi mengada-ngada ibu hamil!

Berita tentang kehamilan isteri pastinya mengembirakan si suami terutama bagi yang pertama kali bakal menjadi bapa. Perasaan teruja pasti dirasai setiap pasangan suami isteri bila Sang Pencipta mengizinkan ciptaannya dihasilkan. Namun senyuman lebar ini saja tidak cukup untuk membantu isteri yang mengandungkan benih si suami. 

Suami juga perlu memainkan peranan supaya isteri dapat menjalani tempoh kehamilan dengan seronok, gembira dan mudah. Sebelum anda merungut dan mengelak, anda perlu tahu bahawa tuntutan ini sebenarnya disokong oleh kajian ilmiah dan bukannya hasil konspirasi mengada-ngada ibu hamil.



TRIMESTER PERTAMA (masa penuh emosi)
Ketika hamil terdapat banyak perubahan berlaku kepada tubuh isteri dan yang paling menonjol adalah perubahan emosinya. sebabnya adalah kerana kadar estrogen dan progesterone di dalam tubuhnya berubah dan ini tidaklah menghairankan mengapa mood ibu yang hamil sering berubah-ubah. jadi sebagai suami anda mesti pandai pengatur peranan ketika itu supaya bayi anda dapat dilahirkan dengan selamat.

Perkara yang dialami isteri
• sering mual dan muntah terutama diwaktu pagi ( morning sickness )
• lekas penat dan mudah mengantuk
• mungkin tiba-tiba meminta atau menginginkan sesuatu yg aneh misalnya makan rojak pukul 2 pagi…( sabar..! sabar..! sabar..! angguk angguk geleng geleng… )
• emosinya cepat berubah,menangis dan berasa tertekan tanpa sebab yang jelas.

Perkara yang boleh suami lakukan
• buatkan isteri anda berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, contohnya mengusap lembut kepalanya
• bersiap untuk menghadapi ujian untuk mengukur betapa besarnya cinta anda kepadanya. jangan terkejut jika dia meminta sesuatu yang aneh di tengah malam,kalau mampu apa salahnya memenuhi permintaan ibu kepada anak anda!!
• tunjukkan rasa bahagia terhadap janin dalam kandungannya. sapaan seperti “ baby sedang buat apa, usik mama ye “ boleh menjadikan satu sokongan mental yang menyenangkan hati. selain itu ibu hamil perlukan kasih sayang dan perhatianlebih daripada biasa

TRIMESTER KEDUA (masa-masa bahagia)
Inilah masanya ibu boleh menikmati waktu kehamilan. anda tidak begitu terseksa berbanding tempoh trimester pertama. Waktu ini juga ibu akan dapat merasai gerakan kecil si anak dan juga waktunya suami akan mula merasakan peranannya sebagai calon ayah!

Perkara yang dialami isteri
• emosi lebih stabil dan morning sickness makin berkurang
• ibu hamil mula rasakan gerakan anaknya
• merasa bahagia dengan kehamilan
• cukup selesa dengan keadaannya sehingga timbul keinginan menikmati hubungan intim ( khabar baik buat suami ! )

Perkara yang boleh suami lakukan
• teruskan sikap penuh pengertian. ibu hamil masih mengalami perubahan emosi yang berkailan dengan kehamilannya
• seboleh mingkin dampingi dah hantarlah isteri tiap kali bertemu doktor
• ajaklah dia kembali menikmati hubungan intim

TRIMESTER KETIGA (takut dan cemas)

Perkara yang dialami oleh isteri
• semakin dekat dengan hari bersalin,biasanya isteri akan semakin takut dan cemas
• merasakan penampilannya tidak menarik kerana perubahan bentuk fizikal
• sering mengeluh sakit, sengal, nyilu dan berbagai rasa tidak senang pada tubuh terutamanya pada punggung dan bawah perut kerana bayi semakin membesar
• mengeluh kerana sukar tidur kerana perut yang membesar menyebabkan tidak selesa untuk berbaring ( bayangkan ada orang sedang mengeletek anda didalam perut ketika anda tidur ..kadang2 dia menendang tak kira masa terutama ketika ibu sedang berehat…jika kita bergerak, bayi akan diam sebab pergerakan kita membuai bayi di dalam perut tetapi apabila ibu mula berehat dan tidur..bayi akan semakin aktif)

Perkara yang boleh suami lakukan
• bantu pasangan untuk mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin. misalnya dengan mengalih perhatian dengan mengajaknya berbelanja keperluan bayi ( huh!!! bab shooping ni,tengah sarat pun sanggup naik turun tangga shooping komplek….)
• pujilah isteri anda bahawa dia tetap cantik dan menarik ( ramai orang yang menjadi bertambah cantik dan berseri2 apabila hamil )
• bantulah meringankan berbagai keluhannya dengan mengurut belakang isteri
• bersiaplah untuk membantu dan menemaninya pada masa isteri sukar tidur. (jangan teruskan menonton bola)

Keadaan pasangan anda tidak sama seperti apa yang dialami oleh isteri teman anda, kakak atau nenek anda ketika hamil kerana fizikal setiap wanita adalah berbeza. Begitu juga dengan reaksi dan perubahan tubuh. Apa pun terjadi,bulatkan tekad terus mendampingi isteri tercinta semasa tempoh kehamilan kerana sesungguhnya anda perlu menikmati keindahan keajaiban Allah sebagai Maha Pencipta!
sumber : http://www.kujie2.com/rumahtangga/isteri-hamil-suami-juga-punya-peranan.html

Suami juga perlu tahu tips-tips untuk menjauhi isteri daripada penyakit. Boleh baca perinciannya di sini. Sila klik entri ini.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com

Tips Mengetahui Tanda Awal Kehamilan

with 4 comments

Bagaimana mengetahui diri mengandung?


Hari ini saya nak sharing sedikit tips dengan para mommy tanda awal diri kita mengandung. Ada beberapa tanda awal kehamilan yang boleh kita rasa. Namun begitu setiap ibu mengandung tidak dapat merasai tanda yang sama. Setiap kita ini dilahirkan dengan kelebihan dan kekuatan masing-masing. Jadi ada yang  kelihatan cergas dan ada juga yang kelihatan letih dan penat ketika mula berbadan dua. 





Sebelum itu mari kita menonton video ini. Ada beberapa ikhtibar dan tips penting kita boleh perolehi dari video ini. Jom klik video di bawah sekarang!



Jom kita baca apa tanda-tanda awal kehamilan...


1. Payudara membengkak / terasa sakit 

Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon. 





2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan

Rasa lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.


3. Mual / loya / muntah

ni merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.


4. Lebih sensitif terhadap bauan

Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau. 


5. Kembung perut

Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil. 

6. Kerap buang air kecil

Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

7. Sakit kepala 

Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen. 


8. Sakit punggung 

Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan. 


9. Kram 

Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda. 


10. Ngidam 

Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil. 


11. Peningkatan temperatur tubuh 

Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi. 


12. Bau Badan 

Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.


13. Pusing atau pengsan 

Mungkin Anda sering menonton adegan wanita hamil yang pingsan. Namun faktanya ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh. 


14. Munculnya darah 

Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.


15. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan

Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.


Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah!





Untuk mengetahui set vitamin kesuburan sila klik di sini

Untuk mengetahui vitamin yang sesuai ketika hamil sila klik di sini

Untuk mengetahui set vitamin bersalin/pantang sila klik di sini



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa

♥ sms/whatsApp: 016-5199271

♥ Emel : maznifaeza@gmail.com


Kolagen Shaklee Menghilangkan Jeragat

with 0 Comment
Apakah kesan dan faedah mengambil Collagen Powder?


Collage Powder terbukti berkesan untuk:
- Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
- Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%

- Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
- Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
- Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
- Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
- Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
- Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
- Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%
  • Justeru, kesan dan faedah pengambilan Collagen Powder:
    • ANTI PENUAAN – mengurangkan liang pori-pori (pori-pori terbuka), kedutan dan garis halus.
    • MENGHIDRATKAN – Melembapkan kulit
    • MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT – Menjadikan kulir anjal, lembut dan tegang
    • MELICINKAN – Tingkatkan kelicinan kulit
    • MENYUBURKAN – Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat
    • MENCERAH – Mengurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tak sekata
    • MENEGANG – Membantu menegang dan menganjalkan payudara
Teruja betul melihat hasil testimoni salah seorang pengguna collagen powder Shaklee ni. Beliau seorang ibu yang mengambil kolagen. Mari kita baca apa katanya:

"Pic dua2 ni mmg pic asli.. Xpakai make up ke apa.. Sebab tu korang bleh tgok lagi kesan pigmentasi yg semakin samar2 tuh.. Kalo sekiranya sy apply fondation mmg kesan tuh hilang rata je ngan kulit.. Dulu kakak sy sndiri slalu suh sy guna naturactor bagai hehehe. Cuma sy rasa masih pelik kalo bersih tang2.. Dah bertahun2 ngan jeragat nih.. Semakin teruk bila mengandung.. Menjadi2. 

Jadi sy amik keputusan.. Biarlah sy tunggu hilang sndiri je dgn supplement shaklee nih..xyah susah2 nak smbunyikn..sebab sy yakin ia akan hilang. Btw umo sy masih 24tahun(salam perkenalan.. Sy mama 3anak kecil :P. ramai plak dok pm sy panggil kakak...segan hikhik).

Kesan utama collagen nih.. Sgt terasa kulit kita lembuttt je. Semakin cerah bukan kat muka je.. Tp semua2. Kesan calar2,sunburn..semua xde dah..sebab dulu sy nih mmg ahli persatuan..aktif berjemur,berkhemah sana sini. (baru suami ckp td haha. Sebab dia xnak tegur sbelum ni takut sy upload pic sndiri. Pdhal pic sndiri kat fb pun jarang nak kuar)" 

Teruja bukan dengan testimoni ni? Cantik sangat dengan wajah yang baru. Macammana?


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:Maznifaeza Md Mustaffa

♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com

10 Pilihan Cara Simpan Susu Ibu (perahan)

with 1 comment
Tips Penyusuan susu ibu part 1

Apabila saya disahkan hamil anak kedua saya mula menyimpan hasrat untuk memberi susu ibu sepenuhnya kepada cahaya mata saya yang ke2 ini. Mula-mula saya berasa gusar dan tidak yakin bolehke ibu yang bekerjaya seperti saya ni memberi 100% susu ibu kepada bayi saya.

Anak ke2 saya Ilmuna Izzahra
Setelah saya bertanyakan dengan kenkawan yang mengamalkan breastfeed dan mengoogle mengenai ilmu-ilmu  'dunia breastfeeding' baru saya bertambah yakin bahawa tidak mustahil saya juga boleh memberikan susu ibu kpd anak saya. Rasa kesal yang menebal terus menyelubungi dan saya bertanya pada diri sendiri kenapa saya tidak berbuat demikian kepada anak sulung saya Irfan.

Biasalah, ketika baru bergelar ibu pengalaman ini masih cetek lagi. Fasa kehidupan barulah katakan. Malas pula saya nak bertanya dan mencari ilmu mengenai penyusuan susu ibu masa tu.Asyik teruja dengan anugerah Allah membelek anak saje masa tu.

Untuk melaksanakan misi penyusuan susu ibu ini selama 2 tahun bukan sahaja memerlukan keazaman dan kecekalan yang kuat, tetapi para ibu perlu tahu kaedah2 atau teknik strategi juga. Ingat dalam acara sukan saja ada strategi perlawanan ke? Nak menyusukan anak pon ada strategi jugak! :)

Hari ini saya nak sharing siket bagaimana nak simpan susu perahan. Terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran. Dengan cara ini, tidak ada masalah untuk kita terus memberi si manja menikmati susu ibu meskipun ibu sibuk bekerja. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pemakanan yang terbaik untuk si manja ialah menerusi pemberian susu ibu secara langsung. Namun ini tidak bererti kita harus mengabaikan pemilihan bekas penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.

1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.
2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.
3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.
4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.
5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.
6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.
7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.
8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.
9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.
10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.


Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
Kita perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian kita perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika kita membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.

Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi kita tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.

kredit:

Okaylah... Setakat ini sahaja.... Jumpa lagi di lain entri. Insyallah saya akan sharingkan lagi tips2 dan pengalaman saya dalam menjayakan misi 2 tahun breastfeeding! :)

Kepada mommy2 dan mommy to be saya sarankan supaya mengambil suplement tambahan bagi menjayakan penyusuan susu ibu ini berjalan dengan lancar dan sempurna.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:Maznifaeza Md Mustaffa

♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com

Shaklee Shape-up Programme

with 0 Comment

Runsing lemak di badan? Anda mahu kurus?

Cinch Shake Mix adalah makanan gantian segera untuk mereka yang sibuk dan tidak ada masa  
menjaga pemakanan. Ia mengandungi serat yang tinggi dan membantu untuk rasa kenyang.
Bukan itu saja, ia mengandungi nutrisi yang lengkap untuk menjaga kesihatan.

Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi
isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. 
Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu menghilangkan lemak tetapi
tetap memelihara otot. Pendekata, berat dengan otot bukan berat dengan lemak
Lecithin Shaklee berasakan sumber semulajadi iaitu kacang soya. Kelebihan lecithin ini
sangat banyak antaranya 
-lecithin bersifat larut lemak 
-vitamin A,D,E,K lebih mudah diserap badan dgn kehadiran lecithin. 
-lecithin adalah pengemulsi yg baik iaitu mampu merubah ketulan lemak kepada pecahan kecil 
-bagus untuk orang yg hendak kurangkan berat badan atau kekalkan berat badan ideal 
-membantu membersihkan saluran darah dari lemak dan tersumbat 
-membersihkan hati dari disaluti lemak jadi mampu bekerja gn lebih baik dan mengurangkan
 risiko sakit hati 
-mampu mengawal penggumpulan platlet darah 
-membantu mengawal kolestrol dan menurunkan risiko sakit jantung 
-bagus untuk otak 
-mencerdaskan minda kerana mempunyai kolina yg diketahui penting untuk otak 

Jom baca testimonial Nani selepas sebulan mencuba. 
TESTIMONI:: 
ok la..since I dah makan product shaklee CINCH and LECITHIN for a month...cube tekaa.. 
dah berapa kilo berat saya turun??? heheh..jeng jeng jeng...I LOST....3 KG!!!Okla tu kan,
sebulan dapat turunkan 3Kg..lau turun mendadak nnt badan akan cepat naik..Ok ape..bukannye
I bersenam pun..hehe..saya akan minum Cinch around pukul 11.30pg after I dah breakfast.
Then, saya kadang2 memang tak akan lunch pon sbb perut dah kenyang minum cinch tu..
tapi saya akan lapar balik around 5-6pm. SO time ni saya akan dinner dah..saya mmg dinner awal
nnt ayah saya marah. sbb biasa org cina dinner b4 7pm..so ..my father cam tula..nk tau berat saya dulu berapa? starting from 48kg..berat saya naik smpai 65kg..antara sebab2 nye saya dinner after 7pm.mmg sape makan lewat malam bdn akan naik..so minumCinch tu untuk gantikan makanan lain la.drpd ambik yg lemak n carbohydrate yang byk, baik minumcinch.lagipun cinch ni bukan sekadar mengenyangkan..tapi bakar lemak sekali,,n setiap malam b4 tido, saya akan ambik 3-4 capsule of Lecithin.yang ni pun bagus gak..mmg seriously bakar lemak. setakat ni if saya makan lecithin sahaja without cinch,at least I lost 200-300gram per day..sometimes till 400gram per day,,ok la tu lemak ilang byk tu sehari..dengan keadaan I yg bukannye bersenam nie..hehe..xsempat nk bersenam..bersenam ngan window shopping je.So, sesape yg nak kuruskan badan tu..sangatla saya saran kan ambik product ni..lagipun shaklee ni dah lama wujud kat dunia ni.So, kewibawaan product dia tak dapat di ragui la..and skang ni pun..mane2 I pegi mesti org akan cakap..diet ek??nampak kurus la skang..heheso seronok bila ade orang cakap camtu..So, I decide to keep using this product until i reach my target weight,,tapi after dah smpai target pun still nak guna jugak..coz nak maintain la plak kan??

CARA PENGAMBILAN 


Minggu Pertama
Pagi : Breakfast mcm biasa
Morning Teabreak : minum Cinch segelas.. Bancuh satu scoop dgn plain water/fresh milk/soya milk..
Lunch : makan macam biasa. lps lunch amik lecithin 3biji
Petang teabreak : minum Cinch segelas.. Bancuh satu scoop dgn plain water/fresh milk/soya milk..
Malam : dinner mcm biasa/ if tak makan, make sure ada makan biskut ke roti ke.. JANGAN skip mkn .. lps tue amik lecithin 3biji..
Minggu Kedua
Sama jadual tapi dah boleh start minum Cinch sekali sehari kalau nak.. Cinch ni akan bg kiter rasa kenyang dan bertenaga juga..


TIPS :
- morning teabreak dlm kul 10am
- afternoon teabreak dlm kul 430pm-500pm
- minum air putih 2-3 L sehari.. WAJIB
- JANGAN sesekali skip minum air putih yea
- JANGAN skip mkn .. at least mkn biskut, roti, hirup sup,
Penting DISPLIN!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com


Cinch Shake Bagus Untuk Diet Anda

with 0 Comment
Apa Cinch Shake ni?

Cinch™ Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan "Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?". 

Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda. 




Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda. 
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com

Vitamin untuk Kesihatan Lelaki (Men's Vital Health)

with 2 comments

Vitamin Untuk Lelaki 



Dengan cara hidup zaman sekarang ditambah dengan pemakanan yg tidak seimbang, kurang rehat, stress dan pencemaran udara/air, lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok dan banyak lagi. Ada di antara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit dalam hidup mereka seperti:


  • Mati pucuk
  • Pembesaran prostate
  • Kelesuan
  • Kurang tenaga & stamina
Program Men’s Vital Health Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki.
Kebaikan:

- Memelihara kesihatan prostat
- Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
- Memelihara jantung yang sihat
- Membantu mengekalkan tekanan darah normal
- Mengawal tahap kolestrol yang sihat

Set Men’s Vital Health

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?